Selasa, 13 September 2011

MERDEKARAYA MENJELANG TIBA

HARI MERDEKARAYA MENJELANG TIBA
Setiap tahun apabila menjelangnya Hari Raya anak-anak yatim dan pelajar yang ibubapa mereka berpendapatan rendah tidak dilupakan. Pihak pengurusan sekolah telah berusaha mengumpulkan dana untuk menjayakan program yang murni ini dengan melancarkan kutipan derma anak-anak yatim kepada semua ibubapa dan penjaga pelajar sktbi sepanjang bulan ramadan yang lalu.Ia juga merupan program tahunan yang dikendalikan bersama oleh Panitia Agama Islam sktbi. Lebih kuran 30 orang pelajar sesi petang tersenarai sebagai penerima sumbangan berupa wang saku Hari Raya. Wajah keriangan terpancar pada wajah mereka apabila menerima sumbangan tersebut.

Program ini bertujuan untuk :
  1. Memberikan bantaun sumbangan hari raya kepada mereka supaya mereka juga bergembira seperti anak-anak yang lain.
  2. Menhidupkan budaya kasih sayang , tolong menolong sesama insan yang memerlukan bantaun.
  3. Redha dan sebagai zakat atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita.
  4. Amalan yang sangat mulia dan dituntut oleh agama islam khasnya menjelang hari raya.
  5. Menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar sktbi yang perihatin.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan. Semoaga Allah swt memberikan keberkatan dan kemurahan rezeki kepada kita semua. Allah hu akbar ......

PROGRAM TADARUS - BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

PELAJAR-PELAJAR SKTBI BERTADARUS SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK
Program ini melibatkan kelas tahun 3 Bestari , Cemerlang , Dinamik dan Gemilang yang dijalankan setiap hari Jumaat bulan Ramadan yang lalu. Ia dibimbing oleh Ustaz dan Ustazah yang mana setiap kelas akan membaca surah-surah yang ditetapkan. Ia merupakan program tahunan yang telah berjalan lebih kurang 3 tahun yang lalu.Program ini dijalankan di Dewan Budiman pada jam 4.00 hingga 5.30 petang.Ia juga melibatkan lebih kurang 120 orang pelajar.
Program ini anjuran Panitia Agama Islam dan JQAF sktbi yang antara lain bertujuan untuk :
  1. Mewujudkan penghayatan kepada pelajar dalam bulan yang mulia dan amalan yang dituntut oleh agama.
  2. Mengasuh dan membimbing pelajar cinta dan sayangkan Al-Quran sebagai pewaris jenerasi masa depan yang bertaqwa dan beriman.
  3. Memohon keredoaan Allah SWT supaya memberi rahmat kepada semua umat dan sktbi khasnya supaya menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang.
  4. Salah satu pengisian dalam bulan ramadan selain daripada ceramah Israk & Mikraj.
  5. Membimbing anak-anak ini supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.
  6. Memohon keberkatan untuk mereka , ibubapa mereka dan muslimim dan muslimat.
Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat , Panitia Agama Islam sktbi dan ibubapa pelajar yang terlibat serta mereka-mereka yang memberikan sokongan dalam usaha yang murni ini.


MAJLIS MUAFAKAT IBUBAPA PELAJAR LINUS

IBUBAPA PELAJAR LINUS SKTBI
Perjumpaan ibubapa pelajar Linus Litrasi & Numerasi telah diadakan pada Hari Terbuka Sekolah sempena penyampaian Buku Adab Pelajar. Lebih kurang 30 orang ibubapa hadir dalam perjumpaan tersebut yang berjalan lancar dan dianggap berjaya serta berkesan. Guru Besar ( Pn. Jamilah bt. Abd. Rahman ) , GPK Petang ( En. Ishak Osman ) , Guru Linus Litrasi ( Pn. Norzila bt. Jaapar ) , Guru Linus Numerasi ( Pn. Norihan bt Nawawi ) dan Guru Pemulihan Khas ( En. Shahril ) telah memberikan taklimat tentang perkembangan semasa Program Linus SKTBI supaya ibubapa pelajar faham dan dapat membantu peningkatan pelajar-pelajar linus. Naib Pengerusi PIBG ( En. Azhar ) juga hadir sama dalam majlis perjumpaan tersebut. Perjumpaan ini bertujuan untuk :
  1. Mendedahkan program baru Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM )
  2. Mewujudkan hubungan siratulrahim yang lebih erat dan mesra antara pihak sekolah , PIBG dan ibubapa pelajar yang terlibat.
  3. Memberi peluang kepada ibubapa pelajar bertanyakan sebarang soalan atau pemasalahan tentang Program Linus.
  4. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan kaedah pendidikan kanak-kanak yang istimewa ini.
  5. Salah satu daripada agenda dalam program linus sekolah.
  6. Untuk meningkatkan pencapian pelajar linus dalam ujian saringan yang diadakan oleh pihak kementerian.
Hasil daripada perjumpaan ini didapati keputusan pelajar linus meningkat dalam saringan ke 2 dan bilangan pelajar linus berkurangan iaitu tahun 2 tinggal 4 orang dan tahun 1 tinggal lebih kurang 11 orang. Tidak ada pelajar linus tegar. Numerasi tahun 1 dan 2 semua pelajar berada aras perdana.




Ahad, 11 September 2011

LAWATAN PASUKAN TAEKWONDO PEACECOP DARI KOREA SELATAN KE SK TAMAN BUKIT INDAH

PASUKAN TAEKWONDO PEACECOP DARI KOREA SELATAN 
Pada 1hb. April 2011 PIBG SK Taman Bukit Indah dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Malaysia telah mengadakan demonstrasi di Dataran Perhimpunan sempena pendaftaran ahli pasukan taekwondo sekolah. Deligasi di ketuai oleh En. Rajindran salah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah. Kehadiran mereka adalah untuk :

  1. Menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum khasnya taekwondo.
  2. Memberi pendedahan kemahiran asas kepada pelajar
  3. Menjadi sebahagian daripada aktviti dan sumbangan pihak PIBG kepada sekolah dan pelajar khasnya.
Kehadiran mereka dapat menambah minat pelajar akan kepentingan taekwondo sebagai asas mempertahankan diri dari gangguan orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka menghabiskan masa lebih kurang 2 jam dan beramah mesra dengan pelajar. Sebelah malamnya pula mereka kembali ke Korea Selatan. Peluang ini menjadi kenangan manis kepada pelajar khasnya sesi petang. Ini adalah julungkalinya pihak luar negara yg sudi membuat pertunjukkan. Terima kasih kepada Persatuan Taekwondo Malaysia, PIBG SK Taman Bukit Indah dan Pasukan Peacecop Korea Selatan.