Khamis, 26 September 2013

MAJLIS PERSARAAN BLOGER


ASALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

En. Ishak bin Osman pemilik blog - Gpk Petang sktbi dengan rasminya bersara daripada jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Guru Penolong Kanan , SK Taman Bukit Indah pada 29.8.2013 oleh itu sebarang catatan selepas tarikh tersebut bukanlah dari saya sebagai penolong kanan petang. Jika ada catatan baru maka ia TIDAK rasmi dan jika ada Blog yang sama nama ia mungkin dari pentadbir sesi petang yang baru.

Saya ingin mengucapkan berbabyak terima kasih kepada rakan - rakan guru , pentadbir dan ibubapa yang telah sudi melawati melawati blog ini. Saya juga ingin memohon kemaafan jika ada sebarang infomasi dalam blog ini yang kurang memuaskan atau fakta kurang tepat.


Terima kasih izinkan saya mengundurkan diri .......... 

Isnin, 15 Julai 2013

PENGURUSAN HARI TERBUKA & BICARA AKADEMIK

Hari terbuka & Bicara Akademik diambil kesempatan oleh pihak pengurusan sekolah  tahap 1 iaitu tahun 1 hingga 3 yang terlibat dengan Program Kssr / Pbs manakala tahun 4 hingga 6 terlibat dengan Program Kbsr yang menggunakan Buku Adab Pelajar. Pada kesempatan ini kami menggunakannya dengan memberikan keputusan Program Linus kepada ibubapa pelajar menggantikan Buku Adab. Keputusan Saringan Pertama digunakan sebagai asas untuk subjek :
  1. Literasi Bahasa Melayu
  2. Literasi Bahasa Inggeris
  3. Numerasi
  4. Bahasa Arab
  5. Jawi / Pend. Moral
Subjek - subjek lain dikehendaki memasukkan evidens pelajar dalam Fail Peribadi Pelajar dengan menandakan Band yang diperolehi. Guru - guru yang terlibat dengan Program Linus , Bahasa Arab , Jawi dan Pendidikan Moral dikehendaki memasukkan Kertas Soalan Saringan dalam fail yang sama untuk semakkan ibubapa / penjaga pelajar pada hari terbuka / bicara akademik.



PROSES PENGENDALIAN SEMAKKAN FAIL PERIBADI PELAJAR

Proses pada hari tersebut melibatkan 2 tempat yang berasingan iaitu :
  1. Bilik Darjah 
  2. Bilik Operasi Pbs / kssr.
BILIK DARJAH

Bilik darjah dikehdalikan oleh Guru Kelas dimana mereka dibantu oleh Guru Ganti untuk mengawal pelajar dengan memberikan tugasan tertentu untuk dibuat manakala Guru Kelas akan melayan ibubapa yang datang untuk mengambil keputusan Ujian Saringan Linus. Tugasan yang perlu dilakukan oleh Guru Kelas sebagai persediaan :
  • Menyediakan Keputusan Ujian Saringan Linus - 2 Salinan
  • Nombor giliran
  • Kerusi menunggu
  • Keputusan Ujian Saringan Linus dari Potal NKRA Linus - konstruk yg dikuasai / belum kuasai
  • Borang kehadiran ibubapa / penjaga
  • Penerangan tentang konstruk Program Linus
Guru kelas akan berbincang dengan ibubapa / penjaga berkaitan perkembangan potensi anak mereka dengan memberikan keputusan ujian saringan sebagai asas perbincangan. Guru kelas akan memaklumkan ibubapa / penjaga pelajar diberikan kebenaran untuk melihat Fail Peribadi Pbs / Kssr anak mereka ditempat yang ditetapkan

BILIK OPERASI KSSR / PBS


Bilik utama operasi Fail Pbs / Kssr ditempatkan. Bilik ini dikendalikan oleh 7 orang guru yang berfunsi sebagai :

                                                   KAUNTER PERMOHONAN


Ibubapa / penjaga pelajar boleh mendapatkan borang permohonan untuk semakan fail kssr / pbs anak mereka dengan mengisi borang permohonan. Borang tersebut menggandungi maklumat nama ibubapa , nama pelajar dan kelas mereka. Guru yang bertugas dikaunter ini akan mengambil fail yang dipohon dan memberikan kepada pemohon.


Meja semakan disediakan untuk ibubapa / penjaga pelajar yang telah menerima fail anak mereka untuk penelitian dan semakan. Guru Penolong Kanan akan berada disini untuk menjawab dan memberikan penerangan yang diperlukan khasnya tentang Program Linus dan Program Pbs / Kssr.
   
 KAUNTER PEMULANGAN FAIL

Kaunter ini berfungsi untuk menerima fail yang telah disemak oleh ibubapa pelajar dan cop borang permohonan sebagai tanda pemulangan telah dilakukan. Ia berfungsi untuk mengesan fail yang tidak dipulangkan oleh ibubapa pelajar selepas semakkan dibuat. 

Rabu, 12 Jun 2013


PENILAIAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH - PKBS
LINUS JAWI DAN BAHASA ARAB


Program Penilaian Jawi dan Bahasa Arab menyerupai Program Linus Literasi , Nunerasi dan Bahasa Inggeris di bawah Potal Lembaga Peperiksaan secara dalam talian. Penilaian akan direkodkan terus ke potal yang ditetapkan dan soalan penilaian datangnya dari NKRA Kementerian Pelajaran. Semua pelajar tahun 1 , 2 dan 3 diwajibkan menduduki ujian penilaian ini yang bertujuan untuk mengesan kelemahan konstruk yang ditetapkan dan diberikan pemulihan. Penilaian jawi tahun 1 ada 6 konstruk yang ditetapkan untuk dikuasai sepanjang tahun. Tahun 2 pula mempunyai 7 konstruk wajib lulus manakala tahun 3 pula ada 9 konstruk yang perlu dikuasai.. Manakala Bahasa Arab pula penilaian dibuat bedasarkan 4 kemahiran  iaitu :
  1. Kemahiran mendengar
  2. Kemahiran bertutur
  3. Kemahiran membaca
  4. Kemahiran menulis
PENILAIAN JAWI - TAHUN 1


Pelajar tahun 1 akan diuji dengan 6 konstruk dan dikehendaki menguasainya semasa berada di tahun satu. Kesemua 6 konstruk ini merupakan asas jawi untuk meneruskan pelajaran di tahun 2 dan 3. Konstruk - konstruk atau bahagian tersebut adalah seperti berikut :
  1. Melengkapkan huruf jawi tunggal mengikut urutan yang betul
  2. Melorekkan huruf yang sama bentuk
  3. Menjelaskan , memilih dan memadankan huruf tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung
  4. Menyambung huruf tunggal menjadi suku kata
  5. Mencerakinkan suku kata
  6. Memadankan suku kata ( 2 suku kata ) yang sesuai dengan gambar
Jika pelajar gagal konstruk 1 dan 2 ia dianggap sebagai Tegar Jawi dan perlu diberikan pemulihan. Menguasai konstruk 1 dan 2 tapi gagal mana - mana satu dari konstruk 3 , 4 , 5 dan 6 ia dianggap Linus Jawi  dan juga perlu diberikan pemulihan. Jika seseorang pelajar melepasi konstruk 1 dan 2 , dia sudah boleh menguasai Band 3 dalam Program PBS / KSSR iaitu tahu , faham dan boleh buat. Pelajar yang menguasai kesemua 6 konstruk tersebut dianggap Perdana Jawi - Tahun 1.

PENILAIAN JAWI - TAHUN 2

Pelajar tahun 2 akan diuji dengan 7 konstruk dan dikehendaki menguasainya semasa di tahun dua. Kesemua 7 konstruk itu merupakan lanjutan kepada konstruk di tahun satu. Ia akan menjadi asas untuk meneruskan pembelajaran di tahun tiga. Konstruk - konstruk tersebut adalah :
  1. Melengkapkan suku kata menjadi perkataan
  2. Memadankan perkataan dengan gambar yang diberi
  3. Rumikan perkataan yang ditulis dalam jawi dan jawikan perkataan yang dditulis dalam jawi
  4. Menyambung huruf tunggal dan suku kata menjadi perkataan ( 3 suku kata )
  5. Memadankan rangkaian kata
  6. Menyusun perkataan menjadi ayat yang sempurna
  7. Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
Jika pelajar gagal konstruk 1 dan 2 ia dianggap Tegar Jawi - Tahun 2 dan perlu diberikan pemulihan. Menguasai konstruk 1 dan 2 tapi gagal mana - mana satu dari konstruk 3 , 4 , 5 , 6 dan 7 ia dianggap Linus Jawi - Tahun 2 dan perlu diberikan pemulihan. Pelajar yang menguasai kesemua 7 konstruk tersebut dianggap sebagai Perdana Jawi - Tahun 2.

PENILAIAN JAWI - TAHUN 3

Pelajar tahun 3 akan diuji dengan 9 konstruk yang ditetapkan sebagai lanjutan kepada pengajaran ditahun dua. Pelajar dikehendaki menguasai kesemua 9 konstruk yang ditetapkan. Apabila ia naik ke tahun 4 ia telah menguasai sepenuhnya 22 konstruk asas jawi dan dianggap telah menguasai tulisan dan pembacaan jawi sepenuhnya. Konstruk - konstruk tersebut adalah :
  1. Merumikan perkataan jawi yang diberi
  2. Memasukkan imbuhan awalan yang sesuai
  3. Menyambung huruf menjadi perkataan yang betul
  4. Menyesyuaikan perkataan berimbuhan dengan kata dasar yang betul
  5. Mencerakinkan huruf bagi perkataan berimbuhan
  6. Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
  7. Mengeluarkan imbuhan apitan daripada perkataan berimbuhan yang diberi
  8. Menyusun perkataan menjadi ayat yang sempurna
  9. Menjelaskan perkataan berimbuhan yang diberi
Linus Tegar Jawi - Tahun 3 iaitu pelajar yang gagal konstruk 1 dan 2 manakala Linus Jawi - Tahun 3 pula menguasai konstruk 1 dan 2 tapi gagal mana - mana satu daripada konstruk 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 dan 9. Pelajar Perdana Jawi - Tahun 3 boleh menguasai kesemua 9 konstruk yang ditetapkan.


PENILAIAN BAHASA ARAB - LINUS BAHASA ARAB

Penilaian Bahasa Arab terdiri daripada 4 komponen asas iaitu Kemahiran mendengar , Kemahiran bertutur , kemahiran membaca dan kemahiran menulis Bahasa Arab. Komponen - komponen ini berada dalam penilaian di tahun 1 , 2 dan 3. Pelajar yang gagal mana - mana bahagian yang ditetapkan akan diberikan pemulihan oleh guru yang mengajar Bahasa Arab.

PENILAIAN BAHASA ARAB - TAHUN 1
BAHAGIAN LISAN

Kemahiran mendengar perkataan dalam Bahasa Arab yang dibunyikan. Ia terdiri daripada komponen berikut :
  1. Mendengar bunyi huruf hijaiyyah berbaris di atas dengan betul
  2. Mendengar perkataan yang disebut oleh guru dengan betul
Kemahiran bertutur berkaitan dengan membaca ungkapandalam Bahasa Arab. Ia hanya ada satu komponen sahaja itu :
  1. Membaca ungkapan harian di dalam Bahasa Arab dengan betul
Kemahiran membaca pula mempunyai 2 komponen asas iaitu :
  1. Membaca huruf hijaiyyah berbaris atas dengan betul
  2. Membaca ayat mudah dengan betul
BAHAGIAN BERTULIS - MENULIS

Bahagian ini menggandungi 6 komponen utama yang perlu dikuasai oleh pelajar tahun 1 dan diuji dengan menggunakan soalan yang disediakan oleh NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia. Komponen - komponen tersebut adalah :
  1. Menyambung huruf hijaiyyah mengikut titik - titik yang dilakar
  2. Menulis huruf hijaiyyah mengikut susunan huruf hijaiyyah yang betul
  3. Menyambung huruf hijaiyyah tunggal menjadi perkataan
  4. Menulis perkataan yang betul berdasarkan gambar yang diberi
  5. Menulis ungkapan yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi
  6. Menulis jawapan yang betul berdasarkan pertanyaan mudah

PENILAIAN BAHASA ARAB - TAHUN 2
BAHAGIAN LISAN

Bahagian lisan terbahagi kepada 3 komponen asas iaitu kemahiran mendengar , kemahiran bertutur dan kemahiran membaca.
  1. Kemahiran mendengar - mendengar perkataan mudah dan tandakan  ( betul ) mengikut gambar yang betul
  2. Kemahiran bertutur - Membalas ungkapan dan pertanyaan di dalam Bahasa Arab dengan betul
  3. Kemahiran membaca - Bahagian ini terdiri dari 3 komponen asas iaitu :

     a. Membaca huruf hijaiyyah pelbagai baris
     b. Membaca perkataan mudah
     c. Membaca ayat mudah.

BAHAGIAN BERTULIS - MENULIS

Bahagian ini menggandungi 7 pecahan kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar tahun 2 sebagai persediaan ke tahun 3. Pecahan - pecahan itu adalah :
  1. Menulis huruf hijaiyyah mengikut susunan huruf hijaiyyah yang betul
  2. Menulis semula ayat mudah dengan betul
  3. Memadankan perkataan mengikut gambar yang diberi
  4. Menulis ayat yang betul berdasarkan gambar yang diberi
  5. Menulis dhomir ( kata ganti nama ) yang betul berdasarkan perkataan muzakar ( lelaki ) atau muannas ( perempuan )
  6. Menulis nombor dan bilangan yang betul berdasarkan gambar yang diberi
  7. Menyambung huruf hijaiyyah tunggal menjadi perkataan

PENILAIAN BAHASA ARAB - TAHUN 3
BAHAGIAN LISAN

Bahagian lisan terbahagi kepada 3 kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar tahun 3. Kemahiran - kemahiran tersebut adalah :
  1. Kemahiran mendengar - Bahagian ini menggandungi 2 pecahan kecil ia itu :
    a. Membezakan bunyi huruf yang hampir sama dengan betul
    b. Mendengar perkataan mudah dan menulisnya dengan betul
  2. Kemahiran bertutur - Menulis ungkapan dan persoalan di dalam Bahasa Arab dengan betul
  3. Kemahiran membaca - membaca perkataan dan ayat mudah dengan harakat pendek / panjang dengan betul
BAHAGIAN BERTULIS - MENULIS

Bahagian ini menggandungi 7 pecahan kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar semasa di tahun 3. Pecahan - pecahan tersebut adalah :
  1. Menyambung huruf menjadi perkataan
  2. Menyambung huruf tunggal yang diberi ) di awal , di tengah dan di akhir perkataan ) 
  3. Menulis semula perkataan dan warnakan gambar yang betul
  4. Mengisi tempat kosong berdasarkan gambar yang diberi
  5. Menulis nombor dan bilangan yang betul
  6. Menulis semula ayat mudah dan memadankannya mengikut gambar yang diberi
  7. Menulis isim isyarah ( kata tunjuk ) dan dhomir ( kata ganti nama ) yang betul berdasarkan kalimah yang diberi

KAEDAH PERLAKSANAAN

Apbila mendapat surat arahan dari pihak Kementerian Pelajaran dan penetapan tarikh - tarikh penilaian serta soalan penilaian , pihak sekolah mengadakan taklimat penilaian bersama semua guru mata pelajaran agama islam dan Jqaf. Menyusun dan menetapkan kaedah penilaian. Penilaian akan dilaksanakan semasa pdp mata pelajaran agama atau Bahasa Arab.Penilaian lisan secara individu manakala penilaian bertulis dijalankan serentak macam peperiksaan sekolah. Semua pelajar wajib mengambil peperiksaan lisan dan bertulis. Jika ada pelajar yang TIDAK HADIR , mereka dikehendaki membuat penilian pada hari berikutnya. Tidak ada seorang pun yang terkecuali.







Ahad, 9 Jun 2013

PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK



Kejayaan dan kegemilangan sekolah tertumpu kepada aspek pencapaian prestasi akademik khasnya dalam peperiksaan awam - UPSR di peringkat sekolah rendah. PMR , SPM dan STPM di peringkat sekolah menangah. Sekolah yang sering menjadi pilihan adalah sekolah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam dari aspek kualiti dan kuantiti. Persoalannya .... bagaimanakah untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan awam atau peperiksaan dalaman ?. Banyak faktor yang berkait dengan persoalan ini. Antaranya adalah :

  1. Kepimpinan sekolah
  2. Program sekolah
  3. Status guru
  4. Status pelajar
  5. Penglibatan ibubapa dan PIBG
  6. Persekitaran dan budaya sekolah
KEPIMPINAN SEKOLAH

Kepimpinan sekolah tertumpu kepada gaya kepimpinan Guru Besar / Pengetua yang menjadi teraju utama dan dibantu oleh penolong - penolong kanan , guru cemerlang , guru pakar dan Jurulatih dalam pelbagai bidang yg ada disekolah. Pihak pengurusan sekolah harus mempunyai hala tuju yang jelas dan boleh dicapai serta tindakkan susulan yg perlu digerakkan. Visi dan Misi sekolah serta perancangan strategik dan tektikal , seharusnya diterjemahkan dan di ketahui oleh semua warga sekolah. Gaya kepimpinan yang sesuai akan memudahkan tugas pengurusan dilaksanakan dan dapat diterima oleh seluruh warga sekolah. Gaya kepimpinan bergantung kepada budaya sekolah , persekitaran dalaman dan persekitaran luaran yang menjadi pelengkap sebagai sebuah institusi. Kepimpinan yang berjaya akan :
  1. Memudahkan segala perancangan dan program yg ditetapkan untuk tahun tersebut
  2. Dapat diterima oleh seluruh entiti sekolah
  3. Dapat mewujudkan persekiran kerja yang menyeronokkan dan bebas dari tekanan
  4. Kemajuan dan pencapaian sekolah akan berkembang setiap tahun
  5. KPI yang ditetapkan mudah dicapai
  6. Mendapat sokongan dan bantuan dari faktor persekitaran luaran - ibubapa dan PIBG
  7. Wujudnya persekitaran yg kondusif dan ceria
  8. Terbentuknya budaya yang positif
  9. Prestasi akademik meningkat setiap tahun
  10. Kurang guru yang memohon pertukaran sekolah
  11. Keceriaan pelajar yang hadir ke sekolah boleh dilihat dengan jelas 
  12. Ranking sekolah akan meningkat dan menjadi pilihan
Pengurusan sekolah adalah pengurusan berangkai ( chain management ) yang mana setiap entiti penting dan berfungsi dengan sempurna serta bergerak seiring dengan perancangan strategik dan tektikal. Jika salah satu daripada rantaian putus / tak berfungsi maka visi dan misi dianggap gagal mencapai KPI yang ditetapkan. Masalah utama pengurusan adalah konterversi dan dasar yg memihak kepada satu rantaian sahaja. Wujudnya ketidak puasan kepada staf , pelajar dan juga ibubapa. Puncanya adalah pengurusan yang pincang dan tak berwawasan. Istilahnya statik / zon selesa. Penyaluran maklumat yang tersekat dan aduan tanpa tindakkan susulan. Apakah ciri - ciri yang perlu ada kepada pemimpin utama sesebuah sekolah ?. Antaranya adalah :
  1. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam mentadbir organisasi
  2. Bertwawasan dan berkrisma
  3. Diterima oleh seluruh entiti dengan senang hati
  4. Sharing n carering - berkongsi dan mengambil berat terhadap tanggungjawab
  5. Memahami keseluruhan fungsinya - persekitaran kerjanya
  6. Mesra dan mudah didampingi
  7. Pengasih dan penyayang
  8. Tahu menghargai dan menilai berdasarkan fakta yg nyata
  9. Tidak terpengaruh dan tergoda dengan provokasi atau hasutan yg negatif
  10. Tidak ada pemisah dalam sistem pengurusan - open management system
  11. Sentiasa meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang tugasnya
  12. Menjadi model atau teladan
  13. Mengotakan apa yang dikatakan
  14. Kurang berkata - kata dan lebih mendengar
  15. Sedia berkengsi dan menerima ilmu serat pengalaman dari orang bawahan
  16. Tidak terburu - buru dalam membuat keputusan
  17. Tahu apa yang berlaku dalam persekitaran sekolah
  18. Dapat kerjasama dari pengurus lini dan mudah berinteraksi
  19. Perwatakan yang sesuai dan komunikasi yang berkesan
  20. Sedia menerima teguran dan pandangan orang lain serta sentiasa berlapang dada
  21. Merendah diri walaupun banyak pengalaman serta tinggi ilmunya
  22. Berpegang teguh kepada ajaran agama
  23. Memahami peraturan dan perundangan pengurusan
  24. Sentiasa melaksanakan inovasi dalam sistem pengurusan
  25. Proses kerja yang tersusun dan teratur
Banyak model dan gaya kepimpinan serta teori dari barat dan timur tapi model yang terbaik adalah kepimpinan Nabi Muhammad saw. Baginda adalah pemimpin , guru , bapa , sahabat yang lengkap dan membawa sinar kepada umat maknusia. 4 sifat kepimpinan kauzes & Posner ( 2002 ) , Pedagogi Ledership ( 1998 ) yang merangkumi 3 aspek penting , 4 dimensi kepimpinan pengajaran ( Blase & Blase 2000 ) adalah contoh - contoh teori dan gaya kepimpinan yang boleh dipelajari. Dalam sistem pengurusan dan kepimpinan sekolah yang terbaik adalah - 4 sifat kepimpinan Kauze + 2 kepimpinan pedagogi + 4 sifat kepimpinan pengajaran yang boleh menjana kemajuan . Dari segi teori serta kefahaman sahaja tidak mencukupi kerana yang paling penting adalah perlaksanaan. Perancangan cukup bagus , strategi sesuai tetapi gagal dari aspek perlaksanaan. Akhirnya Visi , Misi , perancangan strategi dan tektikal hanya menjadi bahan catatan dalam kertas semata - mata. Jika seseorang pemimpin itu baik dan berjaya maka jika diletakkan ditempat yang kurang maju maka akan berlaku kemajuan sebaliknya jika seseorang pemimpin itu kurang baik , jika ditempatkan ditempat yg maju tempat tersebut akan merundum kegagalan.

PROGRAM SEKOLAH

Program sekolah harus dirancang dengan teliti supaya bersesuaian dengan persekitaran sekolah dan tercatat dalam Taqwim sekolah serta diketahui oleh keseluruhan entiti organisasi. Program sekolah terbahagi kepada 2 iaitu program tahunan dan Program Khas. Program khas itu merupakan core business kepada organisasi atau dengan bahasa mudahnya sasaran khusus untuk tahun tersebut. Program khas boleh diambil dari unit akademik , unit Hem atau unit kokurikulum atau projek khas PIBG berkaitan dengan kemudahan asas sekolah. Program tahunan adalah program yang biasa dilaksanakan setiap tahun secara berterusan. Antaranya adalah :

  1. Kelas tambahan                                                                   30. Solat berjemaah zuhur & Asar
  2. Program motivasi                                                                 31. Solat Jumaat
  3. Seminar peperiksaan                                                            32. Anugerah Lencana Cemerlang
  4. Program muafakat ibubapa pelajar                                       33. Program Sahsiah ku gemilang
  5. Bicara akademik                                                                 34. Program Bijak Berbelanja
  6. Pengiktirafan dan anugerah kecemerlangan
  7. Graduasi
  8. Solat hajat
  9. Hari Kantin / karnival
  10. Program Nilam
  11. Kem kepimpinan
  12. Kem rakan sebaya
  13. Program Linus
  14. Program Kssr / Pbs
  15. Program Pemulihan
  16. Program Orientasi pelajar dan guru baru
  17. Program Transisi
  18. Protim
  19. Program kesihatan
  20. Program JQAF
  21. Program Tasmek
  22. Program Hafazan
  23. Program celik jawi
  24. Program bahasa asing
  25. Program Tasmek
  26. Program Khatam Al - Quran
  27. Program Anti Dadah
  28. Program Pencegahan Jenayah
  29. Program Kesihatan dan Pergigian
  30. Program sukan , unit beruniform dan persatuan - kawat kaki , ikhtiar hidup 
Program yang dirancang harus menyeluruh dan seimbang berasakan konsep JERI iaitu Jasmani , emosi , rohani dan interlak. Program yang dirancang hendaklah :
  1. Dipantau perlaksanaannya
  2. Dibuat penilaian dan penambahbaikan
  3. Didokumentasikan sebagai bahan rujukkan masa depan
  4. Dipilih mengikut keperluan semasa dan perseekitaran
  5. Wujud nilai tambah atau value added.
  6. Melibat ibubapa dan komuniti setempat
  7. Perancangan dalam taqwim sekolah harus dilaksanakan
  8. Memastikan perlaksanaannya mencapai objektif dan kumpulan sasaran
  9. Segala maklumat harus disalurkan supaya tidak berlaku salah faham atau konterversi

STATUS GURU
Guru adalah aset penting kepada sesebuah sekolah oleh itu pihak pengurusan harus mengenali dan memahami guru - guru mereka dari aspek kekuatan dan kelemahan. Analisa Swot boleh digunakan sebagai panduan dan dokumen rujukkan. Guru yang berilmu dan berpengalaman adalah aset terpenting yang perlu diberikan perhatian. Kehilangan salah seorang daripada mereka merupakan satu kerugian kepada pihak sekolah khasnya kepakaran dan pengalaman yang dimilikinya. Apakah ciri - ciri guru yang kita perlukan untuk membangun dan mencapai kejayaan sekolah ?. Sekumpulan guru yang menjadi aset sekolah harus memiliki ciri - ciri berikut :
  1. Komited dan bertanggungjawab terhadap tugas serta amanah yg diberi
  2. Berwawasan dan berobjektif - ada sasaran yg ditetapkan
  3. Memahami budaya dan persekitaran sekolah - menjiwai budaya sekolah
  4. Memahami visi dan misi sekolah dan berusaha membantu pihak sekolah mencapainya
  5. Berilmu , berpengalaman dan memiliki kepakaran dalam bidang - bidang tertentu seperti guru cemerlang , jurulatih utam , guru inovasi , guru pakar dll
  6. Tahan lasak dan sanggup menerima cabaran
  7. Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi dan pengetahuan
  8. Disenangi dan disayangi oleh pelajar 
  9. Mempunyai keperibadian yang unggul dan boleh diteladani
  10. memiliki jiwa guru sejati.
  11. Memiliki komunikasi yang berkesan dan hubungan luar yang baik.
Apakah tindakkan yang perlu diambil oleh pihak pengurusan untuk menghasilkan sekumpulan guru yang boleh membantu kecemerlangan sekolah ?. Antaranya adalah ....
  1. Mewujudkan persekitaran kerja yang ceria dan menyeronokkan. Wujudnya rasa seronok untuk bekerja dengan ikhlas. Faktor ini berbalik kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pihak pengurusan. Gaya otokrati akan mewujudkan rasa tekanan dan ketidak selesaan manakala gaya Lasie fair pula mewujudkan zon selesa atau tidak produktif.
  2. Meletakkan guru pada tempat yang bersesuaian dengan pengalaman , ilmu dan kepakaran dalam bidang yang diberikan. Ciri - ciri terhadap sesuatu tanggungjawab itu harus difahami dan syaratnya. Contohnya calun guru tahun 1, apakah ciri - ciri dan syarat yang perlu ada pada tanggungjawab itu , jika cukup maka guru tersebut boleh diberikan kepercayaan. Kesannya wujud keseronokan untuk bekerja.
  3. Berlaku adil dalam mengagihkan tanggungjawab serta adil semasa memberi anugerah supaya tidak berlaku work load atau tidak berlaku konterversi. Contohnya calun guru untuk perkhidmatan cemerlang ..... pastikan ia benar - benar layak dan maklumkan secara terbuka sebab - sebab pemilihan. Situasi begini baru ada ada ketelusan dalam pengurusan.
  4. Perbanyakkan mendengar keluhan dan rintihan mereka supaya dapat memberikan bantuan , bimbuingan serta ransangan. Memahami mereka dan cuba tidak menghampakan mereka. Nabi saw sentiasa mengamalkan nilai murni ini.
  5. Belajar untuk menerima teguran dan kritikan dan bukan hanya tahu mengkritik atau menegur. Dengar teguran dan cuba hayati teguran itu. Jangan sekali - kali menggunakan budaya mencantas atau i am a boss. 
  6. Mendekatkan diri kepada mereka dan buang tembok pemisah maka baru wujud kemesraan dan kejelekitan dalam organisasi. Mudah didekati dan didampingi.
  7. Wujudkan budaya kekeluargaan dan kotakan apa yang dikatakan. Buktikan dengan perbuatan bukan hanya dengan lisan semata - mata. Jangan amalkan ungkapan cakap tak serupa bikin atau bijak berkata - kita.
  8. Memberi teguran serta bimbingan secara berhemah dan beradap - jauhkan pesangka negetif dan emosi yang negatif. Teguran yang diberi itu harus :
        a. Mempunyai bukti yang jelas - jangan berdasarkan hear say.
        b. Diberi peluang untuk membela atau penjelasan
        c. Berikan bimbingan
        d. Tidak wujud unsur negatif - pesangka buruk
STATUS PELAJAR
Pelajar adalah pelanggan penting kepada sesebuah sekolah kerana tanpa pelajar sekolah dan jawatan guru tidak akan wujud. Ungkapan Pelajar didahulukan dan pencapaian diutamakan amat bertepatan untuk diberikan perhatian. Status pelajar berdasarkan kedudukan sesebuah sekolah sama ada bandar , pinggir bandar atau luar bandar. Ciri dan sifatnya tidak sama kerana ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran , sosioekonomi , taraf pendidikan dan budaya hidup. Sekolah juga terdiri daripada sekolah harian , sekolah berarama atau separa asrama. Ia juga mempunyai ciri - ciri dan sifat yang berbeza. Sistem pentadbirannya sama tapi budayanya ada sedikit berbeza. Persekitaran sekolah bandar tidak sama dengan persekitaran sekolah luar bandar. 

Jika sesebuah sekolah itu teletak dalam kawasan tempat tinggal elit sudah pasti kejayaan lebih mudah dicapai berbanding sekolah luar bandar atau kampong. Bagaimanakah untuk mempertingkatkan prestasi pelajar ?. Apakah kaedah yang sesuai perlu digunakan ?. Jika sekolah itu berada dalam kawasan bandar dan penempatan elit maka usaha yang perlu digerakkan adalah :



  1. Mewujudkan budaya sekolah yang positif dan menjadi kebanggan mereka. Contohnya budaya membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu oleh itu Program Nilam harus bergerak lebih pantas dengan melakukan :
  • Mempromosikan budaya membaca seperti projek membaca 1 hari sebuah buku
  • Tanamkan sikap suka membaca dan pastikan mereka membaca buku sementara menunggu masa                   untuk naik ke kelas setiap hari di dewan atau tapak himpunan
  • Beri ransangan - hadiah mingguan atau bulanan kepada pembaca buku terbanyak
  • Bercerita selama 5 minit setiap minggu diberikan kepada pelajar diperhimpunan
  • Berikan tag , lencana atau sijil sebagai motivasi kepada mereka
  • Infokan dalam media sosial tentang aktiviti , gambar atau anugerah yang diberi
   2. Wujudkan motto atau sorakan yang membolehkan mereka bersemangat dan bangga dengan sekolah 
        mereka. Cinta dan sayangkan sekolah akan wujud dengan sendirinya.
   3. Pengajaran dan pembelajaran harus menarik serta mencabar. Contohnya penggunaan teknologi dalam 
       pendidikan ia penggunaan LCD dan komputer. Kaedah didik hibur berkeupayaan untuk menarik minat 
       pelajar untuk belajar bersungguh - sungguh.


   4.Wujudkan situasi pembelajaran yang pelbagai supaya pelajar tidak merasa bosan terperap dalam kelas 
      selama 6 jam setiap hari. Pembelajaran boleh berlaku diluar bilik darjah dengan menggunakan bilik - bilik 
       khas yang dimiliki atau pondok - pondok bacaan.


   5. Pelajar yang menggunakan makmal sains memakai pakaian jubah putih seperti seorang doktor supaya 
       mereka dapat menerap budaya dalam makmal. Bilik KH menggunakan baju yang berwarna biru seperti 
       pekerja amali bengkel.
   6. Latihan atau amali yang diberi mestilah berkualiti tinggi daripada aras sebenar. Barulah kelihatan kualiti 
       pembelajaran yang tinggi.
   7. Pelajar yang berjaya dalam setiap kali peperiksaan diberikan ganjaran supaya mereka berlumba - lumba 
       untuk mencapai ganjaran yang disediakan , contohnya Anugerah Lencana 5A dan sijil kecemerlangan 
       akademik.

   8. Wujudkan papan kenyataan khas untuk mempamirkan keputusan peperiksaan mengikut aliran dan mata 
       pelajaran. Nama pelajar yang berjaya mendapat 5A juga dipamirkan. Sebarkan maklumat anugerah 
       yang diberikan kepada semua pelajar supaya mereka membuat persediaan yang secukupnya.






Khamis, 23 Mei 2013

LINUS 2.0 LITERASI BAHASA INGGERIS : NKRA PENDIDIKAN

LINUS 2.0 LITERASI BAHASA INGGERIS
NKRA PENDIDIKAN


Satu daripada National Key Result Area ( NKRA ) Kementerian Pendidikan Malaysia yang berobjektifkan semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah iaitu tahun 1 hingga tahun 3. Program pertama kali diperkenalkan pada tahun 2013 yang mewajibkan semua murid tahun 1 menduduki ujian saringan ini. Definisi Literasi Bahasa Inggeris ialah :

a. Able to communicate with peer and adult appropriately
b. Able to read and comprehend simple texts and stories
c. Able to write a range of texts through a variety of media.


Linus Literasi 2.0 Bahasa Inggeris ini juga bertujuan untuk mengenalpasti murid yang tidak melepasi standart prestasi Literasi Bahasa Inggeris supaya murid ini diberikan pemulihan  mana - mana konstruk yang tidak di kuasai. Instrument saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Program ini sama seperti Linus Literasi Bahasa Melayu yang telah dilaksanakan selama 3 tahun. Program ini mengandungi 12 konstruk yang perlu dikuasai oleh semua pelajar dalam tempoh 3 tahun. Tahun ke 4 semua pelajar boleh menguasai semua 3 definisi diatas atau dengan bahasa mudahnya pelajar tidak menghadapi masalah asas Bahasa Inggeris semasa ditahun 4. Mereka harus berstatus perdana - menguasai keseluruhan konstruk yang ditetapkan. Ujian saringan dijalankan 2 kali setahun dan 6 kali selama 3 tahun. Ujian saringan terdiri daripada :


 a. Saringan membaca
b. Saringan bertulis


Saringan 1 dan 2 semasa ditahun 1 , saringan 3 dan 4 semasa di tahun 2 dan saringan 5 dan 6 semasa ditahun 3. Mereka wajib menduduki ujian saringan ini dan pencapaian prestasi mereka akan direkodkan secara online dengan Lembaga Peperiksaan. Saringan pertama pada bulan Mei dan saringan ke 2 pada bulan September / oktober setiap tahun.

KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM LITERASI BAHASA INGGERIS

Ia mengandungi 12 konstruk iaitu konstruk 1 hingga 12. Pelajar pula diketogorikan kepada 2 kumpulan asas iaitu   :

a. TIDAK menguasai - Linus dan Linus tegar
b. Menguasai - Perdana

Linus Tegar ialah pelajar yang gagal konstruk 1 dan 2 manakala pelajar Linus pula gagal salah satu daripada konstruk 3 hingga 12. Murid perdana menguasai kesemua 12 konstruk yang ditetapkan. Konstruk yang ditetapkan adalah :

Construct 1    : Able to identify and distinguish shape of the letters of the alphabet
Construct 2    : Able to associate sounds with the letters of the alphabet
Construct 3    : Able to blend phonemes into recognizable words
Construct 4    : Able to segment words into phonemes
Construct 5    : Able to understand and used the language at word level
Construct 6    : Able to participate in daly conversations using appropriate phrases
Construct 7    : Able to understand and used the language at phrase level in liner texts
Construct 8    : Able to understand and used the language at phrase level in non - linear texts
Construct 9   : Able to read and understand sentences with guidance
Construct 10 : Able to understand and used the language at paragraph level in non - linear texts
Construct 11 : Able to understand and use the language at paragraph level in linear texts
Construct 12 : Able to construct sentences with guidance


LITERASI MEMBACA - LISAN


CONSTRUCK 1
Able to identify shape of letters
The ability to identify and distinguish the shapes of letters. Pupil read the given letters. Pelajar diberikan kad huruf yang dipilih secara rawak A hingga Z oleh guru. Pelajar menyebut huruf yang tercatat pada kad huruf yang ditunjukkan. 

CONSTRUCK 2
Able to associate sound with the letters of alphabet
The ability to say aloud the sounds of the phonemes. Pupil says aloud the sound of the phonemes. Guru menunjukkan huruf yang dipilih dan pelajar dikehendaki membunyikan huruf tersebut dengan bunyi yang betul. Pada tahap ini pelajar tahu atau kenal huruf dan faham dengan membunyikannya dengan betul. Konstruk 1 dan 2 adalah konstruk asas. Jika gagal pelajar dikelasifikasikan tegar.

CONSTRUCT 3
Able to blend phonemes into recognizable word.
The ability to blend sound of phonemes into recognisable word. Pupil blends the phonemes and says the words aloud. Pupil should be alowed to say the whole word aloud without spelling it. Pelajar membunyikan perkataan yang diberi dengan membunyikan dengan kuat. Perkataan yang diberi menggandungi 2 suku kata. Contohnya :
m      at
a      nt
p     a     n

CONSTRUCK 4
Able to  segment words into phonemes. 
Ability to segment words into phonemes. Pupil says the words then sounds the given phonemes. Guru menunjukkan gambar beserta perkataan yang tertera pada kad yang dipilih. Pelajar akan melihat gambar yang diberi dan membunyikan perkataan yang tertulis pada kad tersebut. Contohnya :

Gambat tap                        tap
Gambar tin                       tin
Gambar muka sedih          sad

CONSTRUCK 5 : 
Able to understand and used the language at word level
Teacher describe the picture given for example mat , tin and pin. Pupil listens to the teacher , circle the correct words and says them aloud. 

CONSTRUCT 6 :  
Able to participate in daily conversations using appropriate phrases. Teacher asks pupil to read and tick the correct responses. Pupil read and ticks the correct answers. Example :

Responses -                                                    correct answears
Thank you                                                      You are welcome
                                                                       I am sorry

CONSTRUCT 7: 
Able to understand and used the language at phase level in linear texts. Teacher shows the picture and phrases. Teacher may describe the picture briefly. Pupil read and matches the pictures to the correct phases. Example :
Picture                                                                                               Phrases
1 a toy car                                                                                        a cup of tea

two big bags                                                                                     walk to school

walk to school a cup of tea                                                                two big bags

a cup of tea                                                                                       a toy car


CONSTRUCT 8:  
Able to understand and use the language at phase level in non - linear texs. Teacher shows the picture to the pupil and asks : What do you see in this picture ?.

A picture in the playing ground :                                                        Tick the correct answears    
a dog , cat sleeps , three flowers  , one kite                                          1.   a dog
                                                                                                                 a birds

                                                                                                          2.   a cat sleeps
                                                                                                                a boy stand

                                                                                                          3.  two kites
                                                                                                               three flowers

CONSTRUCT 9 :  
Able to read and understand sentences. Teacher may guide the pupil to read the entire paragraph aloud anad prompt when necessary. Not more than 3 mispronounced words in the paragraph can be accepted and full marks should be awarded. Pupil read the sentences aloud. Example :
I have a bag , It is a big bag . It is a big blue bag.

CONSTRUCT 10 : 
Able to understand and use the language at sentence level in non - linear texts. Teacher points to the picture and briefly describe them. Pupil listens , read and matches the picture to the correct sentences. Example :
Picture                                                                                          Sentences                                                                   
Picture Sarah walk to school                                                She eats breakfast

She eats breakfast                                                               Sara wake up early

She wake up early                                                              Sarah walk to school

She brushes her teeth                                                          She brushes her teeth

CONSTRUCT 11
Able to understand and used the language at paragraph level in linear texts. Teacher guide the pupil to read aloud the paragraph aloud , prompting where necessary. Pupil read the paragraph and answears the quistions by ticking Yes or NO. Example :

Picture of a cat                                                                           Quistions                    Yes            No
This is a cat                                                                             Is this a dog ?.

It is a big cat                                                                           Is it a big cat ?.

It likes milk                                                                             Does it like milk ?.


CONSTRUCT 12
Able to construct sentences with guidence. Teacher guide the pupil to form simple sentences using the subsitution table. Pupil constructs sentences from the subsititution table and reads them aloud. Example :

Words                                                                                        construct sentences

This                                            a book                                      This is a book

She                     is                     Mimi                                          She is Mimi

Today                                        Monday                                     To day is Monday         

LITERASI MENULIS                      

CONSTRUCT 1 :    Pupil writes the letters correctly given in the quistion paper
CONSTRUCT 2 :    Pupil writes the letters with the correct sounds in the given boxes
CONSTRUCT 3 :    Pupil writes the correct words based on the pictures given
CONSTRUCT 4 :    Pupil fills in the boxes with the correct letters to spell the words based on the picutres
CONSTRUCT 5 :    Pupil reads the greeting card given and fills in the blanks with the correct words
CONSTRUCT 6 :    Pupil read the sentences and writes the correct answears.
CONSTRUCT 7 :    Pupil reads the form and writes the correct phrases in th blanks
CONSTRUCT 8 :    Pupil readst he phrases and write them correctly based on the picture given
CONSTRUCT 9 :    Pupil reads , traces and copies the sentences correctly based on the pictures given
CONSTRUCT 10 :  Pupil reads and copies the sentences correctly in neat legble print
CONSTRUCT 11 :  Pupil reads and answears the questions given
CONSTRUCT 12 :  Pupil reads and rearranges the phrases to form correct sentenses

PROSIDUR PERLAKSANAAN - SARINGAN LISAN ( MEMBACA )

Apabila tarikh yang diberi oleh NKRA - KPM dan soalan saringan lisan telah diterima , pentadbir akan menyemak kertas soalan tersebut bersama guru - guru Bahasa Inggeris dan memastikan segala dokumen perlaksanaan ada :
  1. Manual Am Pentadbiran Instrumen Literasi - Saringan 1 ( Baseline )
  2. Manual Pentadbiran Instrumen Literasi Membaca - Saringan 1 ( Baseline )
  3. Manual Pentdbiran Instrumen Literasi Menulis - Saringan 1 ( Baseline )
Pentadbir akan mengadakan taklimat perlaksanaan kepada semua guru - guru Bahasa Inggeris tahun 1 dan membincangkan cara perlaksanaan. Guru Bahasa Inggeris akan diberikan satu salinan setiap instrumen tersebut. Pentadbir juga memastikan jumlah bilangan soalan yang diberi mencukupi , jika berkurangan pihak sekolah akan membuat salinan tambahan jika bilangannya sedikit. Jika bilangannya banyak pihak sekolah akan menghubungi pihak pencetak dan memaklumkan juga kepada PPDG. Kaedah saringan lisan :

  1. Guru akan menggunakan masa PDP Bahasa Inggeris untuk melaksanakan ujian saringan lisan dan akan menghabiskannya dalam masa yang ditetapkan - 4 hari.
  2. Saringan dibuat secara individu dalam kelas
  3. Jika ada pelajar yang tidak hadir pada hari tersebut , pelajar akan diberi untuk mengambil ujian saringan pada hari berikutnya kerana setiap pelajar wajib mengambil ujian saringan yang ditetapkan.

PROSIDUR PERLAKSANAAN - SARINGAN MENULIS

Kaedah perlaksanaan hampir sama seperti Saringan Lisan ( Membaca ) tetapi pihak NKRA - KPM ada memberikan cara perlasanaan iaitu - 2 Pilihan :

Pilihan 1 - Dalam 3 sesi - 30 minit bagi setiap sesi
Sesi pertama - untuk konstruk 1 - 4 ( kertas soalan akan dikutip sblm meneruskan sesi 2 )
Sesi ke dua - untuk konstruk 5 - 8
Sesi ke tiga - untuk konstruk 9 - 12

Pilihan 2 - Dalam 2 sesi - 60 minit setiap sesi
Sesi pertama - untuk konstruk 1 - 6
Sesi ke dua - untuk konstruk 7 - 12





Ahad, 24 Mac 2013

PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Pengajaran dan pemvelajaran guru yang berkesan akan ditentukan melalui pencerapan guru oleh Guru Besar / Pengetua dan pentadbir ( Penolong Kanan ) . Pencerapan dilakukan 2 kali dalam setahun dengan menggunakan Borang Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran Guru - SKPM 2010.

PENCERAPAN PEMBELAJARAN  DAN PENGAJARAN GURU

NAMA GURU :………………………………….. NO KP ……………………………….
NAMA SEKOLAH   ............................................................................................................                                          KOD SEKOLAH ……………                               TARIKH ……………….......................
MATA PELAJARAN …………………………...  MASA ……………………….............. 
KELAS  ………………..                                        BILANAGAN MURID ……................

    NO
ASPEK

ASPEK

KRITERIA KRITIKAL
  SKOR
   1 - 6
4.1
 Penglibatan Murid
  Penglibatan aktif murid membolehkan
  berlakunya pembelajaran berkesan

4.2
 Penguasaan Pembelajaran Murid
  Penguasaan pembelajaran selaras
  dengan objektif yang ditetapkan

4.3
 Hasil kerja Murid
  Hasil kerja murid yang berkualiti 
  dapat  mengukuhkan pembelajaran

4.4
 Perancangan Dan Persediaan   
 Guru
  Perancangan dan persediaan yang 
  rapimeningkatkan keberkesanan  
  pengajaran

4.5
 Kaedah Penyampaian
  Kaedah penyampaian yang sesuai 
  meningkatkan pencapaian objektif 
  pengajaran

4.6
 Kemahiran Komunikasi
  Komunikasi berkesan memudahkan  
  pemahaman dan menggalakkan 
  pembelajaran murid

4.7
 Penggunaan Sumber Pendidikan
  Penggunaan sumber pendidikan yang 
  berkesan membantu mengukuhkan    
  pembelajaran murid

4.8
 Penilaian
  Penilaian yang berterusan
  meningkatkan keberkesanan  
  pembelajaran dan pengajaran

4.9
 Teknik Penyoalan
  Teknik penyoalan yang berkesan 
  meningkatkan pemahaman murid

4.10
 Penguasaan Isi Kandungan
  Penguasaan isi kandungan yang 
  mendalam membolehkan pelajaran 
  disampaikan dengan yakin , jelas dan 
  tepat

4.11
 Penguasaan Kelas
  Penguasaan kelas yang cekap 
  mewujudkan suasana yang kondusif 
  untuk keberkesanan pembelajaran 
  dan pengajaran

4.12
 Amalan Profesionalisme   
 Keguruan
  Pematuhan ektika kerja dan amalan 
  nilai yang positif mewujudkan 
  keyakinan dan kepercayaan murid 
  terhadap guru


                                               

                  Jumlah skor Diperolehi



    Skor Min ( Jumlah skor / 12 )



    Peratus Pencapaian ( min – 1 / 5 x 
    100 )



    Taraf Pencapaian



ULASAN SELEPAS PENCERAPAN


        I.            Kekuatan Guru











      II.            Kelemahan Guru













   III.            Cadangan Penambahbaikan ( Jika berkaitan )


















  Tandatanga 

……………………………………..    Nama Pencerap : ……………………………………



Tandatangan guru yang dicerap : ………………………………………………


 SANGAT LEMAH

LEMAH

MEMUASKAN

HARAPAN

BAIK

CEMERLANG
0 – 18%
20 – 39%
40 – 59%
60 – 79%
80 – 89%
90 – 100%


Pembelajaran dan pengajaran guru harus mematuhi 12 elemen yang ditetapkan. Sekurang - kurangnya 10 elemen harus mendapat skor 6 dan 2 elemen mendapat skor 5 = Jumlah skor 70 dan min = 5.8 manakala peratusnya = 5.6 - 1 = 4.6 / 5 x 100 = 92%. Untuk mendapatkan pencapian cemerlang  guru harus :

1. Penglibatan murid dalam kelas harus aktif dan terkawal yang mana pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid  dengan menggunakan kaedah pengajaran didik hibur , aktiviti kumpulan , persembahan / lakukan , bacaan berirama dll .
2.  Penguasaan pembelajaran murid dilihat kepada objektif pengajaran yang ditetapkan dalam RPH
3. Hasil kerja murid dilihat daripada semakan buku latihan pelajar yang disemak oleh guru dan ada pembetulan
4.  Perancangan dan persediaan guru dilihat dari penyediaan RPH yg mengikut format std kssr yang tersusun , ada menyediakan bahan bantuan pengajaran untuk topik itu. Bahan bantuan pengajaran tak perlu cangih tapi sesuai dan  berkesan .
5. Kaedah penyampaian merujuk kepada teknik pengajaran yang digunakan , suara guru dan keyakinan dalam  penyampaian   isi pengajaran .
6. Kemahiran komunikasi - wujud komunikasi 2 hala guru murid dan wujudnya suasana erat dan mesra . pelajar tidak  merasa tertekan atau menjadi pasif.
7. Penggunaan sumber pendidikan - merujuk kepada bahan bantuan pengajaran yang digunakan
8. Penilaian - merujuk kepada soalan yg diajukan oleh guru kepada pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Solan harus jelas , mudah difahami , menyeluruh , tersusun dari mudah kepada yg lebih susah serta memberi masa  kepada  pelajar untuk menjawab.
 9. Penguasaan isi kandungan pengajaran - guru yakin akan isi pengajaran yang hendak disampaikan
10.Penguasaan kelas - dilihat pada aspek pengurusan kelas diperingkat awal , kelas bersih , tersusun dan terurus supaya   pengajaran berada dalam situasi yang kondusif. Guru harus berkeupayaan mengawal keseluruhan proses pengajaran.  Suasana kelas yang aktif , beritma , menyeronokkan dan pelajar nampak ceria mengikut pengajaran guru. Kelas tak  semestinya sunyi sepi atau menjadi pasif.

ALAT BANTU MENGAJAR - ABM


Alat bantuan mengajar TIDAK semestinya cangih dan memadailah dengan menggunakan sumber yang sedia ada kerana TIDAK semua sekolah mempunyai kemudahan teknologi pendidikan terkini yang cangih . Guru boleh menyediakan alat bantuan mengajar atas usaha sendiri dan berdasarkan keupayaan kelas pelajar yang dipertanggungjawabkan.



Ciri - ciri alat bantuan mengajar yang baik adalah :
1. Sesuai dengan prestasi kelas yang diajar
2. Besar dan jelas kelihatan oleh semua pelajar
3. Pemilihan warna dan perkataan yang boleh menarik perhatian pelajar
4. Berkesan untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar untuk memahami topik yang diajar
5. Dilakukan dengan teknik yang betul dan guru mahir menggunakannya supaya proses pengajaran berjalan 
    lancar


PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR - LAKUNAN



Pelajar yang melaksanakan proses pengajaran pada masa itu dan guru bertindak sebagai pemudah cara. Gabungan penggunaan alat bantuan mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar dapat menarik dan menyeronokan proses pengajaran. Teknik didik hibur amat berkesan jika dapat dilaksanakan dengan betul seperti nyanyian , lakukan dan aktiviti kumpulan.

Pelajar diberikan peranan untuk melakunkan aktiviti yang dirancang. Kawalan dan pengurusan kelas amat penting pada ketika aktiviti persembahan pelajar sedang dijalankan. Wujudnya ritma dalam proses pengajaran.


LATIHAN DALAM KUMPULAN

Pelajar boleh melakukan aktiviti dalam kumpulan yang dirancang oleh guru kerana proses ini dapat membantu pelajar menghayati dan menjiwai isi pengajaran yang dirancang . Membentuk pengajaran  berasaskan belajar kesilapan melalui pengalaman.
Kesannya :
1. Pelajar akan berlumba - lumba untuk melakukan 
    yang terbaik untuk kumpulan mereka.
2. Membentuk daya saing yang positif dan sentiasa 
    bersemangat.





Ini merupakan proses pengajaran yang berkesan dan proses pengajaran TIDAK semestinya berlaku dalam kelas . Ia boleh dijalankan dalam bilik - bilik khas yang disediakan kerana ia akan memberikan pengalaman baru kepada mereka.