Rabu, 5 Disember 2012


 PROGRAM TRANSISI TAHUN 1



PENGENALAN

Program Transisi bertujuan untuk membantu pelajar baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program ini dijalankan selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan. Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka. Mereka diajar menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukanika yang dirancang untuk mereka.

 RASIONALNYA

Pelajar yang melangkah masuk ke tahun 1 biasanya mempunyai pelbagai pengalaman dan latarbelakang yang berbeza. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang berterusan dalam aspek pengurusan pembelajaran. Antaranya :
  1. Tahap kematangan yang berbeza antara murid
  2. Kesediaan untuk belajar
  3. Pengetahuan dan kemahiran
Tahap kematangan mereka tidak sama ia berpunca dari persekitaran mereka membesar iaitu persekitaran di rumah dan dalam masyarakat. Mereka akan bergaul dengan kumpulan yang lebih besar berbanding kumpulan yang pernah mereka lalaui semasa di PraSekolah. Pelbagai cabaran dan dugaan akan mereka hadapi khasnya pada minggu minggu pertama persekolahan. Terdapat pelajar yang tidak mengikuti program PraSekolah atau Tadika oleh itu mereka masih belum bersedia sepenuhnya. Pelajar yang mengikuti program PraSekolah dan Tadika sudah sedia untuk menerima pembelajaran secara formal. Mereka lebih mudah berkembang berbanding pelajar yang tidak mengikuti proses pembelajaran awal yang terancang.

TUJUAN PROGRAM

Program ini dirancang berdasarkan konsep Guru Penyayang - Minda cerdas ... mata bercahaya. Antara tujuannya ialah :
  1. Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran , guru - guru dan rakan - rakan baru dalam masa yang singkat
  2. Guru dapat menyelaraskan keperluan pelajar dari segi kognitif , emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1
  3. Meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk terus belajar dalam suasana yang baru
  4. Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran tahun 1
  5. Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam kelas tahun 1
  6. Menyatu padukan pendekatan PraSekolah dengan Program kssr di tahun 1
Minda cerdas bermaksud kemampuan pelajar tahun 1 membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui pelbagai aktiviti berkumpulan dan saling membantu diantara satu dengan yang lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti - aktiviti yang terancang menunjukkan minda cerdas. Mata bercahaya pula bermaksud pelajar tahun 1 dapat merasakan keseronokan untuk terus belajar bersama - sama dengan kawan - kawan , suasana , persekitaran dan guru yang baru.

OBJEKTIFNYA
Diantara objektif program ini dijalankan adalah untuk mencapai aspirasi berikut iaitu :
  1. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran tematik , bersepadu dan belajar melalui kaedah didik hibur
  2. Memudahkan guru merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara fornal
  3. Meningkatkan kefahaman tentang konsep awal kanak - kanak
  4. Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajaran dan pembelajaran serta tingkahlaku pelajar

PERLAKSANAAN PROGRAM

TUGAS GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN
  1. Memilih guru - guru tahun 1 yang sesuai dan berminat
  2. Menubuhkan Ajk Perlaksanaan
  3. Memberi sokongan dan bantuan untuk program keceriaan sekolah dan bilik darjah
  4. Memberi taklimat kepada semua guru dan ibubapa semasa Program Orientasi Pelajar Tahun 1 yang baru didaftarkan dan ditempatkan
PERSEDIAAN AWAL

Pada peringkat ini sebelum sesi persekolahan bermula , pihak sekolah harus melaksanakan penyediaan fizikal bilik darjah termasuk susun atur kerusi meja untuk memuidahkan aktiviti dijalankan. Ajk Perlaksana yang dipengerusikan oleh Guru Besar harus menyediakan perancangan aktiviti yang hendak dilaksanakan semasa minggu transisi. Menyediakan tentatif program semasa Hari Orientasi Pelajar Baru serta Taklimat pentadfbir dengan ibubapa pelajar.

MINGGU TRANSISI

Minggu Transisi yang berjalan selama 2 minggu harus mempunyai perisian program yang mantap dan bersesuaian supaya tujuan dan objektif yang ditetapkan tercapai. Aktiviti yang dirancang termasuklah aktiviti individu serta kumpulan. Bahan aktiviti harus bersesuaian dengan Program kssr yang akan mereka ikuti selepas minggu transisi. Antara kemahiran yang harus diterapkan adalah seperti kemahiran pranombor , prapenulisan dan prabacaan. Aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti :
  1. Suaikenal - rakan baru dan guru baru
  2. Hidup bersama - persekitaran kelas
  3. Pembentukan tingkahlaku - ucap selamat , doa , lagu sekolah , disiplin
  4. Motivasi diri - kaunselor sekolah
  5. Penglibatan dalam aktiviti kretif - subjek Dunia Seni Visual
  6. Main sembil belajar - lagu dan mengayakan pergerakan
Perlaksanaan aktiviti berbeza sepanjang dua minggu pertama persekolahan sebagai persediaan pelajar untuk proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokan. Pada masa yang sama guru boleh mengenalpasti kemahiran asas psikomotor , kognatif , ektika dan daya kreatif pelajar serta ketatanegaraan. Ujian Dignostik boleh dijalankan pada minggu ke 2 untuk mengesan pelajar yang masih menghadapi masalah 3M. Ujian Dignostik Bahasa Melayu , Matematik dan Bahasa Inggeris boleh diadakan sebagai persediaan pelajar yang lemah ke Program Linus Literasi , Numerasi dan Bahasa Inggeris.


CONTOH JADUAL PROGRAM TRANSISI 
MINGGU PERTAMA


WAKTU / HARI


ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

1.20 – 2.20



Perhimpunan ringkas di Dewan Budiman
Pengurusan kelas / kenali rakan sekelas
- Cerita Teladan
- Mengenal huruf besar / kecil


2.20 – 3.20


Suai kenal dengan rakan / guru
Mengenal warna dan mewarna gambar

Mewarna Jalur Gemilang

3.20 – 3.40


REHAT

REHAT

REHAT

REHAT

REHAT

3.40 – 4.40



Lawatan ke pejabat guru , surau , blk kaunseling , blk muzik . tandas , kantin

Mengenal benda Maujud dalam kelas dan luar kelas
Taklimat peraturan sekolah dari guru penasihat badan pengawas

1.40  – 5.40



Nyanyian Lagu Sekolah
Nyanyian Lagu Negara Ku
Negeri Selangor

Nyanyian lagu
Jalur Gemilang

5.40 – 6.40



Perhimpunan rasmi
Taklimat Kaunselor sekolah
Mengenal huruf vokal


CONTOH JADUAL PROGRAM TRANSISI 
MINGGU KE 2


WAKTU / HARI


ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

TEMA

HAIWAN

BENTUK WARNA
DAN SAIZ

ANGGOTA BADAN

KELUARGA

BENDA WAUJUD

1.20 – 2.20
Cerita teladan / cari ganbar tersembunyi

Cerita teladan / cari benda tersembunyi
Cerita teladan / cari benda tersembunyi
Mencari gambar tersembunyi
Bahasa Malaysia
Suku kata


2.20 – 3.20
Bahasa Malaysia
Mengecam bunyi / lakukan gerakan
Dunia Sains
Bentuk
Dunia Sains
Menggenal anggota badan
Mencari gambar tersembunyi

Bahasa Inggeris
Numbers

3.20 – 3.40


REHAT

REHAT

REHAT

REHAT

REHAT

3.40 – 4.40

Dunia sains
Menamakan bahagian tubuh badan
Pend. Seni Visual
Corak dan rekaan
Pend. Seni Visual
Boneka tapak tangan

Nyanyian
Lagu – Papa ku pulang dan warna gambar
Pend. Moral / Agama
Ciptaan tuhan / manusia

1.40  – 5.40

Pend. Seni Visual
Membuat topeng haiwan
Matematik
Banyak / sedikit
Corak
Mewarna nombor
Bahasa Inggeris
Parts of the body
Matematik
Mengenal nombor
1 - 10

Sukanika

5.40 – 6.40

Nyanyian
Bunyi Binatang
Nyanyian
Buah buahan
Malaysia
Nyanyian
Kiri dan kanan
Bahasa Inggeris
Family members
Sukanika




UJIAN DIGNOSTIK

Ujian ini diadakan bertujuan untuk mengesan pelajar yang lemah dan tidak menguasai Bahasa Melayu , matematik dan Bahasa Inggeris. Kumpulan pelajar ini akan di letakan dalam Program Linus Literasi , Linus Nimerasi dan Linus Bahasa Inggeris. Pelajar akan dibimbing dan diajar selama 3 bulan sebelum Ujian Saringan KPM di adakan. Pelajar yang sangat lemah akan dimasukan dalam Program Pemulihan Khas bagi pelajar tegar akan diajar oleh Guru Pemulihan. Pelajar Linus akan diajar oleh Guru Linus Literasi , Numerasi dan Bahasa Inggeris.

Pelajar yang melepasi tahap penguasaan akan mengikuti Program kssr dan pbs dan diajar oleh guru - guru subjek tahun 1. Pelajar tahun 1 boleh dikelasifikasikan kepada 3 kumpulan asas iaitu :

  1. Program kssr
  2. Program Linus Literasi , Numerasi dan Bahasa Inggeris
  3. Program Pemulihan bagi murid tegar
Kertas soalan bagi ujian dignostik boleh disediakan berdasarkan tahap pelajar sesebuah sekolah kerana tahap sekolah tidak sama dari aspek kualiti pelajar baru yang diterima. Ia sebenarnya untuk mengesan kelemahan penguasaan pelajar supaya bimbingan dan persediaan awal dapat dirancang. Bagi Program Linus , guru boleh menggunakan  konstruk 1 - 12 bagi literasi dan konstruk 1 - 8 bagi numerasi. Program Linus Bahasa Inggeris adalah program baru dibawah Program Tranfomasi Pendidikan , Kementerian Pelajaran.

Pada akhir bulan Januari majlis penutupan Program Transisi boleh diadakan dan penyampaian hadiah untuk aktiviti sukanika dan aktiviti dalam kelas. Pelajar akan lebih bermotivasi jika pengiktirafan sebegini diberikan kepada mereka bermula diperingkat awal persekolahan. Minggu ke 3 pengedaran buku teks boleh diberikan kepada pelajar.


Isnin, 8 Oktober 2012

MEMBINA EVIDENS MATA PELAJARAN

MEMBINA EVIDENS MATA PELAJARAN

Evidens adalah bahan bukti atau tugasan yang dilakukan oleh pelajar terhadap sesuatu tajuk yang diajar. Ia merupakan bahan sokongan yang digunakan untuk direkodkan dalam Potal SPPBS Lembaga Peperiksaan secara online dan juga bukti terhadap pencapaian prestasi pelajar. Membina evidens bukanlah perkara yang mudah kerana banyak faktor yang perlu dipertimbangkan , antaranya adalah :
  1. Keupayaan pelajar di sesebuah sekolah itu TIDAK sama dengan sekolah lain - tahap penguasaan pelajar
  2. Penyeragaman penggunaan diperingkat sekolah iaitu semua guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran harus menggunakan evidens yang sama
  3. Bahan sokongan yang digunakan untuk membina evidens tersebut , contohnya dari kssr online atau buku eviden bercetak yang ada dipasaran
  4. Kandungan data yang terdapat dalam Potal Lembaga Peperiksaan harus sama kodnya dengan evidens yang dibina
  5. Pengetahuan dan pengalam guru membina soalan peperiksaan dari aspek bentuk dan jenis soalan - pengetahuan tentang Jadual Taburan Ujian ( JTU ) , ia berkaitan dengan Aras Soalan yang dibina.
Sebelum membina evidens guru perlu memahami kandungan Standart Prestasi yang digunakan dari aspek Band ( 1 hingga 6 ) , penyataan Band dan Tafsirannya.
  1. Band 1 - Tahu : Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau respon terhadap perkara asas.
  2. Band 2 - Tahu dan Faham : Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
  3. Band 3 - Tahu , Faham dan Boleh buat : Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada sesuatu situasi.
  4. Band 4 - Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab : Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab ( mengikut arahan yg diberi , prosidur dan bersistematik ).
  5. Band 5 - Tahu , Faham dan Boleh buat dengan adab terpuji : Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosidur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
  6. Band 6 - Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab Mitali : Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif , mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi tokoh yang tekal.
Tafsiran bagi setiap mata pelajaran TIDAK sama , oleh itu ia harus berpandukan Dokumen Standart Pembelajaran mata pelajaran berkaitan. Maklumat tafsiran yang diberikan diatas merupakan tafsiran umum. Guru juga harus memahami Kod yang digunakan dalam Buku Standart Prestasi dan juga Dalam Potal Lembaga Peperiksaan. Contohnya Kod : B1D1E1 ...
  1. B1 : Bermaksud kod Band 1
  2. D1 : Bermaksud kod Deskriptor - bab pelajaran : Bab 1 hingga 14
  3. E1 : Bermaksud kod evidens 1 hingga 14


BAND 1
 
Band 1 bermaksud pelajar tahu perkara asas tentang sesuatu tajuk yang diajar oleh guru dalam proses pengajaran dalam kelas. Pelajar boleh respon apabila ditanyakan soalan tentang tajuk yang diajar. Contohnya :
  1. Mata pelajaran moral : Tajuk - Kepercayaan kepada tuhan - Pelajar boleh menjawab tentang bukti adanya Tuhan iaitu benda - benda ciptaan tuhan. Diskripsi eviden : Pelajar dapat membezakan benda - benda ciptaan tuhan.
  2. Mata pelajaran matematik : Tajuk - Nombor - Pelajar dapat membezakan nombor dengan perkataan. Diskripsi eviden : Pelajar dapat membezakan nombor dan bukan nombor.
  3. Mata pelajaran sains dan teknologi : Tajuk - Benda Hidup - Pelajar dapat membezakan antara benda yg hidup dan bukan hidup ( mati ). Diskripsi eviden : Pelajar dapat membezakan benda - benda hidup.
Contoh soalan :
  1. Berdasarkan gambar dibawah tuliskan ( YA ) pada benda ciptaan tuhan dan ( BUKAN ) pada benda ciptaan manusia
  2. Warnakan benda benda hidup dalam gambar yang diberikan dibawah.
  3. Warnakan MERAH untuk nombor dan BIRU untuk perkataan
  4. Tandakan BETUL atau SALAH

    Pada peringkat ini bentuk soalan yang sesuai adalah seperti warnakan atau tindakan pada gambar - gambar yang diberi. Pada peringkat ini soalan yang dibina harus berada pada Aras Mudah. Pelajar tahu perkara asas kepada tajuk yang diajar , dengan perkataan mudah pelajar kenal tapi tidak secara mendalam. Pelajar tahu Tuhan , pelajar tahu nombor dan pelajar tahu benda hidup kerana itu adalah asasnya.

    BAND 2

    Band 2 bermaksud pelajar tahu dan faham iaitu pelajar berkeupayaan menukar bentuk kefahaman kepada menterjemahkan atau menjelaskan sesuatu situasi. Pada peringkat ini Aras Soalan masih lagi pada peringkat mudah. Pelajar boleh menjelaskan bukti kewujudan Tuhan , pelajar boleh menjelaskan angka dan bilangannya atau pelajar dapat menjelaskan benda hidup dengan benda mati. Soalan YA atau TIDAK dan BETUL atau SALAH sesuai digunakan. Bentuk soalan masih lagi berpandu dan tertutup.Diskripsi eviden boleh didapati didalam dokumen standart prestasi di kolum Evidens.
    Contoh :
    1. Mata pelajaran moral : Tajuk - Kepercayaan kepada tuhan - Menghargai alam ciptaan tuhan. Diskripsi eviden - Pelajar boleh menghargai alam ciptaan tuhan.
    2. Mata pelajaran matematik : Tajuk Nombor - operasi asas : tambah dan tolak. Diskripsi evidens - Pelajar boleh menyelesaikan operasi asas tambah dan tolak.
    3. Mata pelajaran sains dan teknologi : Keperluan asas benda hidup. Diskripsi evidens : Pelajar boleh mengenalpasti keperluan asas benda hidup.
    Contoh soalan :
    1. Tandakan BETUL atau SALAH dalam kotak yang disediakan berdasarkan penyataan yang diberi.
    2. Padankan perkataan yang diberi dengan gambar yang sesuai
    3. Tuliskan perkataan yang diberi dalam kotak yang sesuai dengan gambar yang diberi.


      BAND 3

      Band 3 bermaksud pelajar tahu , faham dan boleh buat  iaitu menggunakan kefahaman atau kemahiran pada sesuatu situasi. Bentuk soalan masih tertutup dan berpandu. Aras soalan pada peringkat ini adalah Sederhana susah. Soalan bentuk objektif , isi tempat kosong , padankan perkataan dengan gambar dan gariskan jawapan yang betul sesuai digunakan. Pada peringkat ini kefahaman pelajar sudah pada tahap mendalam. 
      Contohnya :
      1. Bahasa Melayu - Tajuk : Membaca petikan. Diskripsi evidens - membaca ayat dengan sebutan dan entonasi yang betul , memberikan respon terhadap sesuatu soalan , arahan atau pesanan. Berkeupayaan mencatatkan maklumat yang difahami.
      2. Pendidikan Jasmani - Tajuk : Asas pergerakan. Diskripsi evidens - boleh melakukan pergerakan berasaskan konsep pergerakan dan boleh melakukan aktiviti fizikal berdasarkan konsep kecergasan.
      3. Dunia seni visual - Tajuk : Karya seni. Diskripsi evidens -  mengetahui penggunaan media , teknik dan proses penghasilan karya
      Contoh soalan
      1. Gariskan jawapan yang betul yang diberi dalam kurungan
      2. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
      3. Jawab soalan soalan objektif berikut dan bulatkan jawapan yang betul
      4. Tandakan BETUL atau SALAH pada penyataan yang diberi


        BAND 4

        Band 4 bermaksud pelajar tahu , faham dan boleh buat dengan beradab. Menggunakan kemahiran dan melakukan dengan mengikut arahan atau prosidur yang ditetapkan. Aras soalan pada peringkat ini masih pada tahap sederhana susah. Menyusun mengikut urutan situasi , gariskan jawapan yang betul , isi tempat kosong dengan perkataan yang diberi adalah contoh - contoh bentuk soalan yang diberikan. Jika soalan objektif .. hanya ada 4 pilihan jawapan sahaja.
        Contohnya :
        1. Bahasa Inggeris - making simple sentences. Diskription evidence - able to make simple sentence
        2. Dunia muzik - Tajuk : elemen muzik. Diskripsi evidens - boleh memberi respon kepada elemen muzik dengan betul
        Contoh soalan :
        1. Susun gambar mengikut urutan yang betul supaya menjadi cerita yang lengkap
        2. Gariskan jawapan yang betul
        3. Tandakan BETUL atau SALAH
        4. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang disediakan diatas
        5. Apakah tindakan yang perlu dikta lakukan jika ........



          BAND 5
          

          Band 5 bermaksud pelajar tahu , faham dan boleh buat dengan beradab terpuji , melakukan kemahiran pada situasi baru mengikut peraturan , bersistematik , tekal dan positif. Pada tahap ini soalan yang dibina harus pada tahap SUSAH iaitu aras 6 atau 7. Bentuk soalan yang sesuai ada lah terbuka dan tidak berpandu. Pelajar harus menggunakan tahap pemikiran yang tinggi.
          Contohnya :
          1. Pendidikan kesihatan ( sk ) - Tajuk : Menjaga kesihatan , pakaian dan alat keperluan. Diskripsi eviden - boleh mengamalkan penjagaan kesihatan , pakaian dan alat keperluan diri. Pelajar juga dapat menyedari kepentingan mengambil ubat , boleh mengurus perasaan mengikut situasi dan boleh menerangkan tentang cara kuman dan penyakit berjangkit merebak.
          Contoh soalan :
          1. Tuliskan 4 kebaikan kenapa kita pewrlu menggosok gigi setiap hari ?.
          2. Apakah yang perlu dilakukan terhadap pakaian yang kotor ?
          3. Apakah keburukan jika kita makan terlalu banyak ?. Berikan 4 akibatnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
          4. Nyatakan 3 jenis penyakit berjangkit ?.
          5. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan di atas dan padankan dengan gambar yang diberi




            BAND 6

            Band 6 bermaksud pelajar tahu , faham dan boleh buat dengan mithali. Pelajar boleh menzahiran idea kreatif dan inovatif , mempunyai keupayaan membuat keputusan dan boleh menjelaskan idea dengan menggunakan ayat sendiri. Pada tahap ini soalan yang dibina harus pada tahap sukar atau SUSAH.
            Contoh solan :
            Soalan dari petikan teks atau topik yang diajar. Bedasarkan petikan teks diatas :
            a. Terangkan maksud perkataan .......
            b. Apakah pengajaran yang diperolehi dari situasi diatas
            c. Berikan 4 sebab penyakit boleh berjangkit 



            Bilangan pelajar yang boleh menjawab soalan begini sedikit kerana ia memerlukan pemikiran yang mendalam dan mempunyai asas terhadap topik yang diajar.