Khamis, 3 Mei 2012

PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN TAHUN 2012


PENDAHULUAN

Perancangan yang teliti , sistematik dan fleksibal serta gaya pengurusan berkonsepkan kekeluargaan boleh menjamin kejayaan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Penyaluran maklumat tentang sasaran yang diharapkan perlu dilakukan supaya seluruh entiti organisasi faham dan dapat melaksanakan rancangan yang telah disusun dengan jujur serta penuh bertanggungjawab. Rancangan dan sasaran harus bersifat realistik , fleksibal dan mampu dicapai dengan menggunakan sumber yang sedia ada serta kepakaran yang dimiliki. Ada rancangan yang merupakan program kementerian dan ada juga program susunan sekolah. Umumnya rancangan dapat disusun dan di olah dengan baik tapi gagal untuk dilaksanakan kerana tidak mendapat sokongan yang padu dari seluruh entiti organisasi.

Setakat bulan Mei 2012 , pengurusan sesi petang telah dapat melaksanakan 23 program yang boleh membantu mempertingkatkan prestasi akademik , sahsiah dan disiplin pelajar. Kejayaan ini adalah hasil bimbingan dari Guru Besar yang komited ( Pn. Jamilah bt. Abd. Rahman ) serta kerjasama yg baik dari barisan penolong kanan serta guru - guru sktbi khasnya sesi petang.Antara rancangan yang telah dijalankan adalah :
  1. Program kssr / pbs yang telah melangkah ke tahun ke 2.
  2. Program Linus literasi dan numerasi yang telah melangkah ke tahun ke 3.
  3. Kelas Tasmek - luar jadual waktu 
  4. Kem Bestari Solat & Program motivasi pelajar moral yang telah masuk ke siri ke 2
  5. Program sahsiahku gemilang
  6. Kurusu Induksi pengawas tahap 1
  7. Kem pemantapan pengawas
  8. Program Solat Jumaat yang telah masuk tahun ke 6
  9. Program Solat berjemaah pelajar tahun 2 dan 3
  10. Program pemeriksaan pergigian
  11. Program pemeriksaan kesihatan
  12. Program mohon keberkatan ilmu
  13. Program kami guru penyayang
  14. Program / Karnival PPDa peringkat sekolah
  15. Program pemulihan
  16. Program muafakat ibubapa pelajar linus
  17. Taklimat guru kssr tahap 1
  18. Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah
  19. Program orientasi pengawas baru
  20. Berzikir dan berdoa setiap hari sebelum naik memulakan sesi pembelajaran
  21. Program bersalaman dengan guru - guru yang telah masuk ke tahun 5
  22. Program orientasi dan transisi pelajar tahun 1 2012 serta taklimat pentakbir dengan ibubapa / penjaga pelajar tahun 1.
  23. Karnival Linus Daerah Gombak - literasi dan numerasi
  24. Program suntikkan pelalian pelajar tahun 1
  25. Program Sifat ponteng
  26. Majlis Sambutan Hari Jadi pelajat dan guru
  27. Hari Terbuka - Bicara Akademik
  28. Majlis Meraikan pelajar cemerlang 5A tahun 3
  29. Program Keceriaan Kelas
  30. Majlis Pengesahan Pelajar tahun 1 tahun 2013
  31. Senamrobik - 1 Murid  1 Sukan  1 Malaysia   1 sktbi
  32. Hari kanak kanak peringkat sekolah
  33. Hari Anugerah kokurikulum - kecemerlangan akademik
PROGRAM KSSR / PBS


Program kssr / pbs melibatkan semua guru tahun 1 dan tahun 2 yang mana ia merupakan program baru Kementerian Pendidikan. Kurikulum Standart Sekolah Rendah merupakan program baru sebagai penambah baikan program kbsr. Untuk memastikan program ini berjalan lancar keperluan dan kesediaan guru amat penting , oleh itu elemen berikut perlu dilakukan :
  1. Kursus dalaman bagi semua 11 mata pelajaran diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua guru tahun 1 dan 2 khasnya dan seluruh guru amnya.
  2. Memastikan guru memiliki dua dokumen penting iaitu Standart Pelajaran dan Standart Prestasi supaya memudahkan mereka menjalankan tugas dengan penuh keyakinan.
  3. Guru kelas menyediakan fail peribadi pelajar.
  4. Guru mata pelajaran menyediakan fail showcase subjek mereka.
  5. Guru mata pelajaran mendaftarkan pelajar mereka dalam Potal Lembaga Peperiksaan secara online
  6. Menyediakan segala kemudahan yang perlu ada dalam bilik kssr / pbs
  7. Merancang dan membina evidens yang akan digunakan  semua mata tahun 1 dan 2
PROGRAM LINUS LITERASI & NUMERASI


Program linus juga merupakan program baru Kementerian Pendidikan menggantikan Program KIA 2M. Program ini dibawah seliaan NKRA - Pendidikan dan telah masuk ke tahun ke 3. Pelajar linus iaitu pelajar yang menghadapai masalah 2M. Mereka dikenalpasti semasa Ujian Sringan Linus yang dijalankan semasa Program Transisi selama 2 minggu pada bulan Januari yang lalu. Pelajar yang gagal dalam ujian saringan ini akan ditempatkan dalam kelas khas dan diberi bimbingan oleh guru - guru linus selama 3 bulan.. Mereka diuji sekali lagi pada bulan Mac yang lalau dalam ujian saringan pertama. Jika mereka masih gagal mereka kekal dalam kelas khas yang disediakan untuk meneruskan program yang telah dirancang. Untuk mempastikan program ini berjalan lancar , beberapa perkara perlu dilaksanakan iaitu :
  1. Menyediakan kelas yang kondusif dan ceria
  2. Memastikan guru linus memiliki buku modul linus yang dibekalkan oleh kementerian
  3. Memastikan guru linus mencukupi dan terlatih
  4. Memastikan bahan bantuan mengajar mencukupi
  5. Memastikan pelajar memiliki buku modul linus yang ditetapkan oleh kementerian
  6. Sentiasa berhubung dengan JU Linus Daerah untuk berkongsi pegetahuan dan pengalaman
  7. Mengenalpasti profil pelajar secara mendalam dan menyediakan fail frofil mereka
Pemantauan oleh pihak Jemaah Nazir , Pegawai dari PPD dan FasiLINUS terhadap program Linus disekolah tertumpu kepada 3 aspek iaitu :
  1. Pengurusan LINUS di sekolah - Pengurusan fail LINUS
  2. Aspek bilik darjah dan guru
  3. Aspek pengajaran dan pembelajaran
ASPEK PENGURUSAN LINUS DI SEKOLAH


Aspek pengurusan Linus di sekolah melibatkan pihak pentakbir , penyelaras Linus dan semua guru. Mereka akan meneliti 4 perkara penting iaitu :
  1. Semua guru sekolah harus tahu tentang NKRA dan program LINUS
  2. Sudut Linus iaitu papan kenyataan yang digunakan sebagai medium penyampaian infomasi Linus kepada ibubapa. Sudut Linus juga mempamirkan hasil kerja pelajar Linus sebagai showcase.
  3. Pengurusan sistem fail yang lengkap. Terdapat 4 elemen yang harus dilengkapkan iaitu Fail Induk , Fail Konsep , Fail murid dan Fail data
  4. Hubungan guru Linus dengan pihak pentakbir - aduan dan saranan yang diajukan harus di terima oleh pihak pentakbir dan diselesaikan demi kelancaran program
  5. Fail induk adalah Fail Utama. Terdapat 11 elemen dalam fail ini terdiri daripada :
          a. Carta organisasi
          b. Pekeliling / punca kuasa yang berkaitan
          c. Surat menyurat
          d. Minit mesyuarat
          e. Perancangan kewangan
          f. Jadual dan elemen pemantauan
          g. Minit curai
          h. Biodata guru Linus
          i. Jadual waktu guru Linus
          j. Perancangan aktiviti / pelan tindakan - 1 tahun
          k.Perancangan strategik - 3 tahun
     6. Fail konsep - menggandungi 3 elemen utama iaitu Konsep Linus , Manuel Linus Saringan
         Linus.   Saringan Linus pula menggandungi :
           a. Manuel pentakbiran instrumen saringan 1
           b. Instrumen saringan 1
           c. Manuel pentakbiran saringan 2
           d. Instrumen saringan 2
           e. Manuel pentakbiran saringan 3
           f. Instrumen saringan 3
           g. Manuel pentakbiran saringan khas
           h. Instrumen saringan khas
      7. Fail murid Linus - menggandungi 2 elemen penting iaitu senarai nama murid - murid Linus
          dan Surat /    rekod pemeriksaan doktor.
      8. Fail data pula menggandungi 3 penting iaitu ujian saringan , headcount dan TOV

ASPEK BILIK DARJAH DAN GURU LINUS

Aspek bilik darjah yang diberikan penekanan menggandungi 6 elemen penting yang harus dilaksanakan di peringkat sekolah iaitu :
  1. Keceriaan kelas
  2. Sudut pengajaran dan pembelajaran
  3. Kemudahan ICT
  4. Opsyen guru yang mengajar kelas Linus - bukan guru sandaran
  5. Kursus dalaman kepada semua guru
  6. Program perbincanag pengajaran , pedagogi dan masalah murid Linus
ASPEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Aspek ini memberi penekanan kepada 6 elemen penting yang harus dipatuhi oleh guru - guru Linus dalam proses pengajaran iaitu :
  1. Penyediaan RPH mengikut format yang ditetapkan dan selari dengan perlaksanaan dalam kelas
  2. Penggunaan modul yang di bekalkan oleh Bahagian Pendidikan Khas ( BPK ) untuk guru dan juga untuk pelajar.
  3. Mencatatkan kemahiran yang hendak di ajar dalam buku ringkasan mengajar - spt standart pengajaran kssr
  4. Pengurusan masa dalam pengajaran harus maksimum
  5. Kawalan kelas harus diberi penekanan
  6. Penggunaan BBM yang maksima bersesuaian dengan perkembangan pelajar dan dicatatkan dalam buku ringkasan.

KELAS TASMEK - PROGRAM JQAF


Kelas Tasmek merupakan sebahagian daripada komponen yang terdapat dalam Program JQAF. Program ini telah masuk ke tahun ke 6. Kelas tasmek dikendalikan oleh guru - guru JQAF yang terlatih khasnya Bahasa Arab. Kelas ini dijalankan diluar jadual waktu selama 30 minit seminggu. Ia amat membantu bacaan dalam Al -Quran dengan menggunakan modul khas Rasm Uthmani yang diberikan oleh kementerian kepada semua pelajar. Setiap aktiviti yang dilakukan direkodkan dan diserahkan kepada Unit Agama Islam Pejabat Pendidikan Daerah dalam masa yang ditetapkan. Untuk memastikan kelas ini berjalan lancar , perkara yang perlu dilakukan adalah :
  1. Mengenalpasti kelas / bilik yang hendak digunakan
  2. Memastikan bilik mempunyai kelengkapan yang mencukupi
  3. Menyediakan jadual guru tasmek
  4. Mengeluarkan surat makluman kepada ibubapa / pemjaga
  5. Memastikan buku modul mencukupi
  6. Menyediakan jadual giliran kelas tasmek untuk pelajar tahun 1 , 2 dan 3
KEM BESTARI SOLAT


Program ini juga merupakan sebahagian daripada komponen JQAF yang mesti dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program ini mesti dijalankan sekurang - kurangnya 2 kali setahun. Ia dikendalikan oleh Panitia Agama Islam dan dibantu oleh guru - guru JQAF. Dijalankan dalam waktu pengajaran dan tidak dibenarkan bermalam. Ia merupakan program sehari dengan menggunakan modul yang ditetapkan iaitu Solat Bestari yang diberikan kepada semua pelajar sebagai panduan. Untuk memastikan program ini lancar  aspek - aspek berikut perlu diberi penetakan :
  1. Menydiakan surat makluman kepada ibubapa / penjaga
  2. Memastikan keperluan guru mencukupi
  3. Memastikan pelajar memiliki buku modul yang ditetapkan
  4. Menyediakan dokumen penilaian akativiti pelajar
  5. Rekod dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah dalam masa yang ditetapkan
  6. Kehadiran pelajar diwajibkan
  7. Memastikan tempat aktiviti ada dan mencukupi

PROGRAM PEMERIKSAAN PERGIGIAN


Program ini dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid ( HEM ). Ia merupakan program tahunan dan wajib kepada semua pelajar tahun 1. Program ini disusuli dengan Program penjagaan gigi yang juga dikendalikan oleh unit yang sama. Tumpuan lebih diberikan kepada pelajar tahun 1 yang berteraskan konsep penjagaan dan pencegahan awal. Aktiviti dijalankan dalam Bilik Kesihatan dan peralatan dibekalkan oleh Pej. Kesihatan Daerah.

Untuk memastikan program ini berjaya dan lancar , beberapa perkara perlu dilakukan tertebih dahulu antaranya adalah :
  1. Memastikan setiap pelajar memiliki Buku Rekod Kesihatan dan Buku Rekod Pergigian
  2. Memastikan bilik sedia untuk digunakan
  3. Pej. Kesihatan Daerah akan memaklumkan tarikh kehadiran mereka
  4. Mereka akan menghantar kelengkapan yang diperlukan lebih awal dan ditempatkan dalam bilik kesihatan
  5. Memaklumkan kepada ibubapa / penjaga tentang program tersebut
  6. Buku Rekod Kesihatan dan Buku Rekod Pergigian mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada ibubapa / penjaga pelajar terlibat
  7. Menyediakan giliran mendapatkan perkhidmatan
  8. Memastikan guru sentiasa ada bersama pelajar sepanjang perkhidmatan diberikan
Alhamdulillah dan terima kasih kepada Pej. Kesihatan Daerah Gombak kerana menghantar seorang doktor khusus untuk program tersebut disamping jururawat yang terlatih.

PROGRAM PEMULIHAN


Program Pemulihan merupakan lanjutan kepada Program Linus yang mana ia dikendalikan oleh guru pemulihan khas yang terlatih dan mengkhusus dalam bidang ini. Murid pemulihan merupakan murid linus tegar yang menghadapi masalah 2M. Untuk memastikan program ini berjalan lancar , perkara yang perlu diberikan perhatian khusus iaitu :
  1. Guru pemulihan khas ada dan mencukupi
  2. Menyediakan bilik pemulihan yang kondusif dan ceria
  3. Memastikan murid pemulihan telah menduduki ujian saringan 1 dan gagal melepasi syarat yang ditetapkan
  4. Memastikan bahan bantuan pengajaran yang sesuai dan mencukupi
  5. Memastikan murid mempunyai fail peribadi untuk merekodkan perkembangan mereka
  6. Berhubung rapat dengan JU Linus Daerah
  7. Memastikan jadual pelajaran berjalan serentak dengan murid linus dan murid arus perdana supaya pengasingan boleh dilakukan.
TAKLIMAT & PEMBENTUKKAN AJK KSSR


Kejayaan perlaksanaan program bergantung kepada aspek pengurusan dan sumber tenaga pengajar yang kimited , dedikasi dan faham akan aspirasi program yang perlu dolaksanakan. Pembentukan ahli jawatankuasa kssr diperingkat sekolah amat penting kerana tugas dan tanggungjawab mereka meliputi :
  1. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garispanduan yang ditetapkan
  2. Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun
  3. Mesyuarat pertama - menetapan hala tuju , matlamat , menyediakan jadual aktiviti pengoperasian bilik kssr , kemasukan data dalam potal LPM , penyimpanan evidence pelajar dan lain - lain
  4. Mesyuarat ke 2 - kajian suku tahun pertama
  5. Mesyuarat ke 3 - kajian suku tahun kedua
  6. Mesyuarat ke 4 - post mortem perlaksanaan
  7. Meminitkan segala keputusan mesyuarat yang diadakan dan disimpan dalam fail kssr
Guru kssr tahun 1 dan 2 harus bersedia melaksanakan amanah yang diberi dan faham akan segala arahan serta peraturan berkaitan dengan subjek yang mereka ajar. Guru kssr harus memiliki beberapa dokumen penting yang boleh dijadian panduan sebagaimana yang diarahkan semasa kursus bersama JU dan dalaman peringkat sekolah. Standart kurikulum , standart prestasi , fail showcase , bahan evidence penilaian dan buku teks. 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh Panitia Agama Islam. Program ini diharapkan supaya pelajar dapat menghayati dan mencontohi akhlak Rasulullah saw. Antara aktiviti yang dijalankan dan dipertandingka adalah :
  1. Perarakan sambil berselawat yang melibatkan pelajar tahun 1 , 2 dan 3
  2. Pesembahan nasyid oleh pelajar tahun 1 , 2 dan 3
  3. Ceramah / sirah agama
Keseronokan terbayang pada wajah mereka yang mana ada diantara mereka yang tidak berpeluang mengambil bahagian dalam perarakan yang diaturkan oleh pihak luar.

MAJLIS MUAFAKAT IBUBAPA PELAJAR LINUS LITERASI DAN NUMERASI 


Majlis muafakat ibubapa pelajar Linus merupakan pakatan strategik antara pihak pentakbir sekolah dengan ibubapa pelajar Linus serta kerjasama PIBG. Telah dilaksanakan bermula pada tahun 2011 dan akan diteruskan sebagai salah acara / program tahunan sekolah serta dimasukkan dalam taqwim . Ia dibuat semasa Hari Terbuka / Bicara Akademik sekolah yang mana ibubapa mempunyai masa luang yang selesa. Dalam majlis tersebut :
  1. Guru Besar akan memberi taklimat tentang perkembangan / kemajuan program linus
  2. GPK Petang akan memberi taklimat tentang proses perlaksanaan di peringkat sekolah
  3. Guru Linus Literasi akan memberi penerangan tentang modul literasi
  4. Guru Linus Numerasi akan memberikan penerangan tentang modul numerasi
  5. Guru Pemulihan akan memberi penerangan tentang program pemulihan Linus tegar
  6. Sesi soal jawab dan pertukaran pengalaman
Ibubapa mungkin kurang faham proses pembelajaran pelajar linus yang melibatkan anak - anak mereka maka dengan cara ini mereka dapat pendedahan yang secukupnya serta dapat membantu anak - anak mereka di rumah. Berdasarkan pengalaman lalu program ini berjaya membantu meningkatkan prestasi pelajar linus.

PROGRAM MOHON KEBERKATAN ILMU


Majlis bersalaman dengan guru sehari sebelum peperiksaan merupakan salah satu acara tradisi sejak 6 tahun lalu. Ia bertujuan mohon restu dan kemaafan guru - guru dengan pelajar supaya mereka bersih dari segala kesilapan yang dilakukan. Guru - guru akan berbaris menanti pelajar yang bergerak seorang demi seorang mengikuti urutan kelas masing - masing sebelum mereka pulang dan akan menduduki peperiksaan pada hari yang ditetapkan. Kegembiraan terpancar diwajah mereka kerana dapat memohon kemaafan dari semua guru yang mengajar mereka. Majlis ini diadakan 4 kali setahun iaitu pada peperiksaan fasa 1 , pertengahan tahun , fasa 2 dan akhir tahun.


Setiap hari sebelum balik mereka juga bersalaman dengan guru yang mengajar waktu akhir kelas mereka. Guru akan membawa mereka turun dan bersalaman. Budaya ini berterusan setiap hari apabila bertemu dengan guru - guru dimana jua dalam dan di luar kawasan sekolah . Untuk memberkati lagi , pelajar akan berdoa terlebih dahulu sebelum mereka naik ke kelas meneruskan pelajaran setiap hari. Ada program lain yang berkaitan dengan program ini antaranya :
  1. Program solat jumaat
  2. Program solat berjemaah disurau mengikut jadual yang disediakan
  3. Kem Bestari Solat
  4. Kelas Tasmik
  5. Waktu kelas agama mereka akan melafaskan syahadah dan berdoa sebelum memulakan pelajaran
PROGRAM GURU PENYAYANG


Kehadiran pelajar disambut oleh Guru Besar , Penolong kanan dan guru - guru setiap hari secara bergilir di pintu masuk utama sekolah. Mereka bersalaman sebelum masuk ke kawasan sekolah dan Guru Besar , Penolong Kanan atau guru - guru yang menyambut kehadiran pelajar akan :
  1. Mengucapkan tahniah kerana mereka hadir ke sekolah
  2. Bertanyakan khabar ... sudah bersarapan atau belum dan sebagainya
Pada waktu rehat , guru - guru yang bertugas di kantin sekolah akan menemani dan melayan pelajar dan mengarahkan mereka duduk mengikut kedudukan meja yang disediakan untuk mereka. Ketika itu kebajikan  dan keselamatan pelajar terjamin. Setiap bulan pihak sekolah akan meraikan sambutan hari jadi pelajar dan guru dalam majlis rasmi sekolah. Ada juga ibubapa yang meraikan hari jadi anak - anak mereka dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar lain untuk menikmati bersama. Pihak pentakbir akan memberi sedikit kelongaran dan ruang untuk majlis seumpama ini yang diberikan kebenaran. Aktiviti lain :
  1. Guru akan menghubungi ibubapa pelajar jika tidak sehat semasa berada disekolah
  2. Mengadakan lawatan ke hospital / rumah pelajar
  3. Guru - guru yang bertugas harian akan memastikan pelajar pulang dengan selamat walaupun terpaksa menunggu kehadiran ibubapa pelajar lewat menjemput anak - anak mereka
  4. Mengadakan majlis sambutan Hari Jadi pelajar dan guru
  5. Kutipan derma untuk anak - anak yatim menyambut hari raya
PROGRAM SUNTIKKAN PELALIAN PELAJAR TAHUN 1

 
Merupakan program tahunan yang dijalankan pada bulan Jun / Julai kepada semua pelajar tahun 1 dan tahun 6 yang tidak berbuat demikian semasa di tahun 1. Program ini dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dengan kerjasama Hospital Selayang. Program ini diketuai oleh seorang doktor bertauliah dan dibantu oleh beberapa orang jururawat terlatih dari hospital yang sama.


Proses kendalian :
  1. Guru kelas memastikan Buku Rekod Kesihatan lengkap dan ditandatangani oleh ibubapa sebagai tanda persetujuan,
  2. Menyediakan jadual giliran mendapatkan pemeriksaan dan suntikan
  3. Membawa pelajar turun ke bilik kesihatan untuk mendapatkan rawatan
  4. Guru mengiringi pelajar sehingga akhir
  5. Pelajar dikumpulkan semula sebelum dibawa naik ke kelas
  6. Jururawat yang bertugas akan membuat catatan pada buku rekod kesihatan
  7. Guru pengiring memastikan tidak timbul sebarang masalah selepas suntikan
    PROGRAM SIFAR PONTENG


    Untuk mempertingkatkan kehadiran pelajar datang ke sekolah setiap hari maka Unit Hem telah berusaha meletakkan papan tanda pada pintu masuk kawasan sekolah yg berbunyi ..... TAHNIAH KERANA ANDA HADIR KE SEKOLAH HARI INI ....... DATANG DENGAN HARAPAN DAN PULANG DENGAN KEJAYAAN. Unit Hem juga mengadakan pertandingan sifar ponteng 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan pada bulan November. Kategori yang dipertandingkan :
    1. Tempat pertana , ke dua dan ke tiga setiap aliran
    2. Johan keseluruhan sesi pagi dan sesi petang
    3. Johan peringkat sekolah - pemenang mewakili aliran tahun 1 hingga 6 
    Unit Hem akan mengumpulkan data ponteng setiap bulan berdasarkan Buku Kedatangan Pelajar dan Rekod dalam SSDM.  Setiap bulan akan diambil purata sehingga bulan Jun. Peringkat ke dua pada bulan November.

    Piala sebelah kiri warna emas adalah piala Johan peringkat sekolah dan yang disebelah kanan Johan keseluruhan untuk sesi petang. Penyelaras tahun akan menyimpan piala pusingan ini selama enam bulan sehingga akhir bulan November nanti.
    Program ini bertujuan untuk :
    1. Meningkatkan kehadiran pelajar
    2. Memberi pengiktirafan kepada kelas - kelas yang peratus kehadirannya tinggi
    3. Mengurangkan peratus ponteng
    4. Memberi kesedaran kepada pelajar , kehadiran mereka dipantau dan diberi pengiktirafan
    5. Mengikis sikap suka ponteng tanpa tujuan yang bermunafaat
    6. Memberi kesedaran bahawa ponteng sekolah atau ponteng kelas merugikan diri sendiri.
    SAMBUTAN HARI JADI PELAJAR @ GURU


     Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling sekolah sebagai salah satu dari aktiviti mereka untuk memberi penghargaan. Diadakan pada setiap akhir bulan dalam majlis rasmi sekolah, Tujuan program ini adalah :
    1. Memberikan penghargaan dengan meraikan mereka dalam majlis rasmi
    2. Memberi peluang kepada pelajar yang kurang kemampuan untuk merasai suasana majlis
    3. Mengeratkan hubungan guru pelajar
    4. Mengamalkan konsep penyayang di peringkat sekolah
    Proses pengendalian program :
    1. Kaunselor akan memaklumkan kepada pentakbir untuk mengadakan majlis tersebut terlebih dahulu kerana takut ada petindihan program pada masa yang sama
    2. Guru kelas akan memberikan nama - nama pelajar yang lahir pada bulan tersebut
    3. Kaunselor akan mendapatkan senarai nama guru - guru yang lahir pada bulan tersebut dari pejabat sekolah
    4. Kaunselor akan memanggil nama pelajar dan guru untuk naik ke pentas
    5. Pelajar dan guru - guru menyanyikan lagu selamat hari jadi dengan iringan muzik beramai - ramai
    6. Pentakbir akan menyampaikan cenderahati kepada pelajar dan guru
    7. Kaunselor akan membacakan ciri - ciri perwatakkan orang yang lahir pada bulan tersebut dan jenis bintangnya
    MAJLIS MERAIKAN PELAJAR CEMERLANG 5A

    Kecemerlangan dan kemenjadian pelajar memerlukan ransangan dan pengiktirafan dari pihak sekolah. Lazimnya pengiktirafan hanya diberikan kepada pelajar pada akhir tahun dalam Majlis Anugerah Cemerlang atau Majlis Graduasi untuk pelajar tahun 6. Dalam peperiksaan fasa 1 , pertengahan tahun dan fasa 2 , pelajar tidak diberikan ransangan atau pengiktirafan kesannya pelajar kurang bermotivasi untuk mencapai sasaran. Pihak pengurusan sesi petang telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis tersebut dengan memberikan :
    1. Sijil Kecemerlangan Akademik 5A
    2. Lencana cemerlang 5A
    3. Membuat banner senarai nama pelajar cemerlang
    4. Mengadakan jamuan meraikan kejayaan mereka 
    5. Memasukkan gambar - gambar mereka dalam face book
    Program ini telah dijalankan sejak 6 tahun yang lalu dan kesannya amat membanggakan kerana bilangan pelajar yang mendapat 5A bertambah setiap tahun , begitu juga pelajar yang mendapat 4A dan 1B. Peratus kelulusan juga meningkat. Tujuan mengadakan majlis atau program ini adalah bertujuan untuk :
    1. Mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
    2. Meningkatkan motivasi pelajar mengejar kecemerlangan setiap masa
    3. Memberi peluang kepada pelajar yang kurang mampu merasai suasana majlis
    4. Pelajar mempunyai sasaran yang perlu dicapai
    5. Mengiktiraf usaha mereka sehingga menjadi cemerlang
    6. Menjadi contoh ikutan kepada pelajar lain untuk berlumba - lumba kearah kecmerlangan
    7. Menjadi tradisi pengurusan sekolah

    HARI TERBUKA - BICARA AKADEMIK

    Hari Terbuka - Bicara Akademik di adakan sekali dalam setahun iaitu pada pertengahan tahun - Bulan Julai dimana ibubapa pelajar berpeluang bersemuka dengan guru kelas anak - anak mereka untuk  mendapatkan maklumat perkembangan prestasi akademik anak - anak mereka. Pada tahun ini adalah kali  pertama ibubapa pelajar tahun 1 dan 2 mendapatkan Kad Pelaporan Penilaian Berasaskan Sekolah - PBS.  Pelaporan prestasi pelajar berdasarkan band pencapaian bagi setiap mata pelajaran. Ibubapa juga  berpeluang melihat evidens mata pelajaran anak - anak mereka dalam Fail Peribadi Pelajar. Pelajar tahun 3  masih menggunakan Buku Adab Pelajar dan SAPS online untuk melihat keputusan peperiksaan pertengahan tahun , fasa 2 dan akhir tahun.


     Program ini bertujuan untuk :
    1. Membina jaringan yang rapat dan mesra diantara guru - guru dan pentadbir dengan ibubapa pelajar
    2. Bertukar - tukar maklumat berkaitan dengan perkembangan potensi anak
    3. Pendedahan yang lebih realiti tentang Program Kssr - Pbs yang baru dilaksanakan
    4. Ibubapa berpeluang melihat persekitaran dan prasarana yang ada untuk kemudahan pembelajaran anak - anak mereka
    5. Memotivasikan pelajar kerana ibubapa dapat maklumat terus dari guru kelas mereka.
    KEM KEPI MPINAN PENGAWAS TAHAP 1



    Setiap tahun pengawas tahap satu akan dibawa ke kem kepimpinan pengawas yang dikendalikan oleh Unit Lembaga Pengawas dan Unit Hal Ehwal Murid. Pada tahun ini , mereka dibawa ke Kem An Naim , Hulu Langat , Selangor dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Seramai lebih kurang 70 orang pelajar tahun 1 , 2 dan 3 serta 10 orang guru terlibat dengan program ini. Pengisian program direka bersesuaian dengan tahap ketahanan dan kemahiran yg mereka miliki. Antara pengisian program adalah :
    1. Ceramah kepimpinan - matlamat & hala tuju
    2. Latihan dalam kumpulan - cantuman murni & gelungan tangan
    3. Latihan dalam kumpulan - Mencari sinar
    4. Solat berjemaah
    5. Latihan kemahiran memasang kemah
    6. Jungle traking - laluan anak air
    7. Permainan air
    Program ini bertujuan untuk melatih dan membimbing pelajar sebagai pelapis kepimpinan pengawas sekolah pada masa depan. Antara matlamat yang perlu diterapkan adalah :
    1. Membimbing mereka menjadi pengawas yang berwibawa dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
    2. Membentuk sikap kerjasama semasa menjalankan tugas seharian
    3. Menguji ketahanan fizikal dan mental dalam mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan
    4. Menjadi pemimpin yang taat kepada ajaran agama
    5. Mewujudkan satu pengalaman baru dalam kehidupan mereka
    HARI KANAK KANAK PERINGKAT SEKOLAH & JAMUAN KELAS
    AKHIR TAHUN

        Setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan sambutan hari kanak kanak peringkat sekolah yang bertujuan
        mengikraf mereka dan meraikan mereka sebagai kanak kanak yang perlu dihormati. Pada hari tersebut acara yang dijalankan adalah :
        1. Persembahan kebudayaan
        2. Anugerah Tokoh Kanak kanak lelaki dan perempuan
        3. Jamuan kelas akhir tahun


        TOKOH KANAK KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
        PERSEMBAHAN ACTION SONG - PELAJAR TAHUN 3

         


        PERSEMBAHAN TARIAN 1 MALAYSIA - PELAJAR TAHUN 2



        HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUN

        
        Pelajar tahun 1 dan 2 yang terlibat dengan Program kssr / sppbs dan Program Linus juga akan diberikan Sijil Kecemerlangan Akademik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang tahun. Maklumat pencapaian mereka diperolehi dari Sistem Pengurusan Pentaksiran Berdasarkan Sekolah - Lembaga Peperiksaan. Manakala Program Linus pula , data pencapaian mereka diperolehi dari Potal NKRA - LINUS - Kementerian Pendidikan Malaysia. Katogeri anugerah yang diberi adalah :
        1. Pelajar yang memperolehi band 6 yang paling banyak - sekurang kurangnya 3 subjek untuk pelajar tahun 1 dan 2.
        2. Pelajar yang memperolehi band 5 yang paling banyak - sekurang kurangnya 7 mata pelajaran untuk pelajar tahun 1 dan 2.
        3. 3 orang pelajar terbaik dalam kelas berdasarkan pencapaian band yang diperolehi untuk kelas kelas tahun 1 dan 2
        4. 3 orang pelajar terbaik dalam setiap aliran iaitu terbaik tahun 1 dan tahun 2
        5. Anugerah khas Lonjakkan Pradigma pelajar Linus - pencapaian yang luar biasa
        Hampir melebihi 100 orang pelajar tahun 1 dan 2 yang terlibat dalam majlis ini. Bilangan pelajar tahun 1 dan 2 hampir 600 orang dan ini bererti nisbah 1 : 6 orang yang berpeluang menerima sijil kecemerlangan sebagai pengiktirafan dan juga meningkatkan motivasi mereka supaya lebih cemerlang pada tahun tahun berikutnya. Mereka akan lebih bersemangat apabila diberikan pengiktirafan sebegini tambahan pula kehadiran ibubapa yang menyaksikan pengiktirafan kecemerlangan mereka.

        Selasa, 1 Mei 2012

        KEM BESTARI SOLAT & KELAS TASMIK - JQAF




        Kem Bestari Solat dan Kelas Tasmik merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Program JQAF yang wajib dikendalikan oleh pihak sekolah. Kem Bestari Solat yang melibatkan pelajar tahap 1 diadakan 2 kali setahun bagi setiap aliran. Program ini dikendalikan oleh Panitia Agama Islam & JQAF. Mereka dibekalkan dengan buku Panduan Solat Bestari yang boleh digunakan untuk 3 tahun , dari tahun 1 hingga tahun 3 secara percuma. Aktiviti yang dijalankan direkodkan dan dihantar ke Unit Agama Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Antara perkara yang di ajar adalah :
        1. Rukun dan syarat solat.
        2. Rukun , niat dan amali wuduk
        3. Niat - niat solat 5 waktu
        4. Surah Al - Fatihah dan ayat lazim dalam solat.
        5. Gerakan dalam solat yang betul
        6. Solat bersendirian dan solat berjemaah.
        Program ini bertujuan supaya pelajar menjadi insan yang taat perintah Allah swt dan dapat melakukan solat yang berkualiti seterusnya menunaikan kewajipan setiap hari. Pelajar tahun 3 , kami ada menyediakan jadual solat berjemaah waktu zuhur dan Asar di surau yang dibawa oleh ustaz dan ustazah mengikut giliran masing - masing. Pelajar tahun 1 dan 2 yang ingin menunaikan solat , guru kelas akan mengeluarkan pas untuk pergi solat di surau. Mereka diberi berdua dalam satu - satu waktu. Jika ada guru - guru yang menunaikan solat ketika itu mereka boleh berjemaah dengan guru yang ada. Setakat ini alhamdulillah ... ada kesan yang positif.

        Selain daripada solat berjemaah , pelajar juga dibawa Solat Jumaat di Masjid Bukit Indah yang berhampiran dengan sekolah. Syukur kepada allah yang memberikan kemudahan ini. Program ini secara sukarela dan bukan paksaan. Mereka diawasi oleh guru lelaki yang juga menunaikan solat jumaat di masjid yang sama. Alhamdulillah .... ada juga masyarakat Bukit Indah yang turut membantu. Mereka bergerak berjalan kaki ke masjid beramai - ramai setiap minggu kecuali waktu cuti sekolah.

        Kelas Tasmek pula dijalan diluar jadual waktu yang khusus membantu mengaji dan Bahasa Arab. Mereka menggunakan Buku Rasam Uthmani yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Alhamdulillah , program ini telah masuk ke tahun 6 tahun ini. Pada akhir tahun ini pelajar tahun 6 akan mengadakan Program Khatam Al - Quran perdana di Dewan Budiman. Kelas Tasmek dijalankan pada jam 12.30 hingga 1.00 tengahari untuk pelajar sesi petang yang dikendalikan oleh guru JQAF. Jadual giliran disediakan :
        Isnin     -  tahun 1
        Selasa  -  tahun 2
        Khamis - tahun 3

        Sambutan untuk program ini amat baik dan pelajar yang terlibat ramai yang hadir pada hari - hari yang ditetapkan. Syukur kepada allah dan terima kasih kepada semua ibubapa yang perihatin. Untuk melengkapkan rohani anak - anak ini mereka berzikir dan berdoa di Dewan Budiman setiap hari sebelum naik ke kelas pada jam 1.20 petang. Sebagai penutup hari , pelajar bersalaman dengan guru - guru sebelum mereka balik ke rumah masing - masing. Ia dilakukan setiap hari supaya jiwa anak - anak ini bersih.


        Semua program ini telah berjalan selama 6 tahun , hasilnya tahun demi tahun sktbi mencipta nama dan kegemilangan sama ada peringkat daerah atau negeri. Antara kegemilangan yang dicipta oleh sktbi adalah :
        1. Naib Johan Sekolah Harapan Negeri Selangor pada tahun 2007
        2. Nombor 1 peratusan tertinggi UPSR Daerah Gombak pada tahun 2011
        3. Kedudukan 3 terbaik dalam Daerah Gombak dan ke 23 Negeri Selangor
        4. Johan PPDa Negeri Selangor pada tahun 2012
        5. Tempat ke 3 Landskap MPAJ tahun 2012
        6. Calun sekolah KLUSTER pada tahun 2011
        Kami semua warga sktbi amat - amat berterima kasih kepada semua ibubapa / penjaga sktbi , PIBG , PPD Gombak , Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang banyak membantu untuk mencapai kegemilangan ..... Terima kasih dari kami semua .................


        LAWATAN PENGIKTIRAFAN DARI SK AMPANG - PPD HULU LANGAT



        Satu lagi pengiktirafan bagi unit kssr / pbs telah diberikan oleh rombongan 10 orang guru dari SK Ampang , PPD Hulu Langat pada 27hb. Feb 2012 yang lalu yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Pentakbiran sekolah mereka.. Mereka datang meninjau perkembangan bilik kssr / pbs sktbi dan berkongsi pengalaman dalam usaha meningkatkan keberkesanan program kssr / pbs di sekolah mereka. Sebelum diberi taklimat oleh Pn. Jamilah bt. Abd. Rahman , Guru Besar SK Taman Bukit Indah , mereka dibawa melihat bilik kssr / pbs terlebih dahulu untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu dilakukan dan bagaimana kami melaksanakannya. Mereka berpeluang melihat kandungan fail peribadi pelajar , fail showcase guru , contoh evidens yang kami gunakan dan proses pengendalian bilik tersebut.

        Taklimat ringkas telah diberikan oleh Pn. Jamilah Abd. Rahman ( Guru Besar ) , Pn. Azira Arif ( JU kssr Negeri Kedah  ) , cik Maryam Adila ( setiausaha pbs ) dan En. Ishak Osman ( GPK Petang ). Puan Guru Besar memberi taklimat umum kssr , Pn. Aziera Arif memberikan penerangan tentang pengendalian kssr / pbs , cik Maryam Adila memberi penerangan tentang fail showcase guru dan GPK Petang memberi penerangan dari aspek pengurusan bilik kssr pbs dan sumber evidens. Sesi soaljawab diadakan untuk proses pertukaran idea dan pengalaman. Sesi soaljawab tertumpu pada aspek :
        1. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang menggunakan standart kurikulum dan standart prestasi.
        2. Penyediaan fail peribadi pelajar dan fail showcase guru.
        3. Penggunaan evidens dalam penilaian dan sumbernya
        4. Pengurusan dan pengendalian bilik kssr / pbs serta sumber kewangannya.
        Sktbi amat bertuah kerana diberikan pengiktirafan sebegini yang jarang diperolehi , begitu juga yang diberikan untuk unit PDDa sktbi oleh pihak - pihak luar. Mereka berpuas hati dengan apa yang mereka lihat dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam usaha mengendalikan Program kssr / pbs apabila mereka kembali ke sekolah mereka. Kami semua warga sktbi mengucapkan berbanyak terima kasih dan berharap mereka dapat apa yang mereka hajati dari lawatan ini. Kami doakan semoga mereka berjaya dalam usaha menguruskan unit kssr / pbs di sekolah mereka nanti. 

        Kami juga mendapat tetamu dari SK Gombak 1 pada petengahan bulan Sept yang lalu dan mereka diberikan penerangan oleh puan guru besar dan dibawa melihat bilik kssr tahun 1 dan tahun 2. Mereka juga berpeluang melihat Surau Al - Mubarak sktbi yang menjadi Johan Daerah Gombak dan juga diberikan penerangan tentang PDDa sktbi yang menjadi Johan Negeri Selangor dan akan mewakili Negeri Selangor di peringkat kebangsaan.

        INOVASI BAHAN BANTUAN PENGAJARAN LINUS NUMERASI - NEGERI SELANGOR


        Pada tahun 2011 dalam karnival linus Peringkat Daerah Gombak , SK Taman Bukit Indah hanya mendapat tempat saguhati dalam katogeri literasi yang diusahakan oleh En. Ahmad Shahril guru pemulihan dan Pn. Fauzi Hassan guru numerasi  yang pertama kali diadakan. Ini merupakan satu pengiktirafan buat Program Linus sktbi yang menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan - NKRA Pendidikan. Bahan bantuan mengajar yang menarik dapat membantu pelajar memahami topik yang diajar dengan mudah. Pelajar linus amat memerlukan bahan bantuan mengajar untuk menarik minat mereka belajar. Selain daripada perisian  yang disediakan dalam komputer , bahan bantuan mengajar yang disediakan oleh guru amat diperlukan.

        Pada tahun 2012 mereka memasuki pertandingan inovasi bahan bantuan mengajar numerasi peringkat Negeri Selangor. Pada 23hb. April 2012 yang lalu mereka telah dipantau dan dinilai oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Ini merupakan satu lagi pengiktirafan buat sekolah dan unit linus khasnya. Dengan ada pertandingan seumpama ini ia dapat :

        1. Memberi pengiktirafan kepada guru - guru untuk terus berusaha memajukan bidang pilihan mereka.
        2. Dapat menambah  koleksi bahan bantuan mengajar yang boleh digunakan dalam proses pengajaran yang telah di akui akan keberkesanannya.
        3. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan guru - guru dari sekolah lain dalam usaha meningkatkan prestasi program linus
        Ciri - ciri bahan bantuan mengajar yang terpilih mestilah mudah , menarik , berkesan dan tidak memerlukan kos yang banyak. Dari aspek keberkesanannya , pelajar seronok belajar , boleh mengikuti proses pengajaran dengan mudah dan berkesan membantu kefahaman pelajar. Bahan yang digunakan mestilah mudah diperolehi dan senang disediakan. Harap mereka berjaya dan dapat meningkatkan lagi imej sekolah.

        Isnin, 30 April 2012

        PROGRAM SAHSIAHKU GEMILANG ( PSG )


        Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling dengan bantuan Unit Disiplin pelajar sesi petang sebagi salah satu usaha untuk mempertingkatkan sahsiah pelajar supaya menjadi pelajar cemerlang dari segi akhlak dan akademik. Program ini menekankan tentang adab dan tingkahlaku yang sewajarnya ditunjukkan oleh setiap pelajar di sekolah. Program ini penting sebagai satu usaha pendedahan secara khusus kepada murid tentang adab di sekolah yang mana sememangnya kurang didedahkan di dalam kelas yang bersifat akademik.

        Rasionalnya 
        Rasional kepada keperluan program seumpama ini adalah untuk :
        1. Memberi kesedaran kepada semua pelajar  tentang perlunya adab walaupun di mana mereka berada.
        2. Mendedahkan pelajar tentang adab di sekolah sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.
        3. Memberi kefahaman kepada pelajar tentang kesan kepada diri jika tidak mempamirkan adab yang baik.
        Adab amat penting dan perlu didedahkan kepada pelajar khasnya tahap 1 supaya mereka diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka masuk ke tahap 2. Biasanya pelajar tahap 1 seronok melakukan sesuatu perbuatan tanpa memikirkan resiko yang mungkin mereka hadapi. Ini adalah sifat kanak - kanak yang belum matang.

        Matlamatnya.
        Program ini didedahkan dengan tujuan untuk membentuk dan membimbing pelajar supaya sentiasa menjaga adab walaupun di mana mereka berada.

        Objektif program.
        Pada akhir program ini adalah diharapkan supaya pelajar dapat :
        1. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab dengan guru.
        2. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab dalam kelas atau dikenali juga dengan rukun dalam kelas.
        3. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab semasa berada di kantin.
        4. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab semasa berada dan menggunakan kemudahan yang ada dalam tandas.
        5. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab semasa berada di dewan dan tapak perhimpunan
        Tarikh perlaksanaan.

        Tarikh   : 20 , 22 , 27 dan 29 hb.Mac dan 2 dan 5 hb. Apr 2012.
        Hari      : Isnin , Selasa dan Khamis.
        Masa    : 1.20 - 3.20 dan 4.10 - 6.10
        Tempat  : Bilik Gerakan
        Sasaran : Semua pelajar tahun 1 , 2 dan 3

        Program ini menggunakan vedio dan slide sebagai bahan program. Vedio dan slide diambil berdasarkan perkembangsaan semasa sekolah supaya mereka melihat sendiri perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan semasa berada dalam kawasan sekolah sebagai iktibar. Pelajar juga diberikan perbincangan secara berkumpulan berdasarkan topik - topik yang dirancang. Ia merupakan program sehari yang jika dikendalikan dengan betul ia dapat memberikan kesan yang positif. Ini adalah kali ke 2 program ini dijalankan. Berdasarkan pengalaman pertama ia membawa inpak yang positif.

        Untuk menjadikan program ini lebih berkesan semua guru harus bertindak proaktif selepas program ini dilaksanakan dengan memberikan teguran kepada pelajar apabila melihat mereka mempamirkan adab yang negatif. Teguran berhemah dengan kata - kata yang sopan secara berterusan akan dapat membentuk pelajar yang memiliki adab yang baik serta cemerlang dalam pelajaran. Kita harus ingat bahawa pelajar :

        1. Masih memiliki sifat keanak - anakan
        2. Tidak sempurna sepanjang masa - we are not perfect 100%.
        3. Pelajar sentiasa memerlukannasihat dan bimbingan
        4. Perlu dibentuk diperingkat awal supaya mereka memiliki akhlak yang mulia.

        BILIK KSSR DAN PBS


        Bilik KSSR / PBS merupakan bilik operasi penyimpanan bahan - bahan KSSR dan PBS. Dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa KSSR / PBS harus menetapkan cara penyimpanan bahan - bahan kssr dan pbs serta tempoh penyimpanan evidens yang disimpan dalam fail peribadi pelajar. Bilik ini memerlukan bahan - bahan seperi :
        1. Rak fail peribadi pelajar dan bahan showcase guru.
        2. Fail peribadi pelajar.
        3. Fail showcase guru
        4. Komputer berinternet
        5. Pencetak.
        6. Meja guru.
        7. Hawa dingin / kipas.
        8. Papan kenyataan diluar bilik operasi.
        FAIL PERIBADI PELAJAR.


        Fail peribadi pelajar menggandungi profil pelajar di bahagian hadapan bersama dengan gambarnya sekali. Bahagian dalam fail dibahagikan kepada 10 bahagian yang mana setiap satu bahagian mewakili setiap mata pelajaran yang diajar pada tahap 1. Contohnya bahagian 1 untuk subjek Bahasa Melayu ( sk ). Yang perlu pada bahagian ini ialah lebel subjek dan evidens subjek tersebut yang disimpan untuk sesuatu tempoh tertentu. Evidens mungkin dalam bentuk lembaran kerja yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan ditandakan bandnya sekali. Evidens dibina berdasarkan standard pembelajaran ( sylebus subjek ) .Dalam fail ini juga mesti ada carta atau graf perkembangan prestasi pelajar bagi setiap topik dalam Standard Pembelajaran.  Fail peribadi pelajar sangat penting kerana :
        1. Menjadi bahan rujukan kepada ibubapa apabila diminta untuk menunjukkan bukti pencapaiaan dan tugasan yang diberi kepada anak mereka.
        2. Menjadi bahan rujukkan kepada pegawai - pegawai dari PPD , JPN atau LPM serta penyelaras pbs / kssr peringkat daerah atau negaeri.
        Evidens yang disimpan dalam fail ini harus ditetapkan tempoh masa penyimpanannya contohnya untuk 3 bulan. Selepas 3 bulan evidens tersebut dilupuskan dengan memulangkan semula kepada pelajar berkenaan dan rekod telah di masukkan dalam Potal Lembaga Peperiksaan secara online.

        FAIL SHOWCASE GURU


        Fail showcase guru merupakan fail rujukkan guru yang mana fail ini perlu ada pada semua guru kssr tahap 1 setiap mata pelajaran. Fail ini harus sentiasa berada bersama - sama guru sepanjang masa dan pada akhir tahun fail ini disimpan dalam bilik kssr / pbs. Fail ini menggandungi bahan - bahan berikut :
        1. Maklumat peribadi serta gambar guru
        2. Jadual waktu - peribadi guru
        3. Contoh bahan - bahan evidens yang akan digunakan
        4. Standard pelajaran - sylebus
        5. Standard prestasi - penyataan standard pencapaian pelajar ( Band 1 hingga Band 6 )
        6. Laporan pencapaian pelajar - secara manuel.
        7. Dokumen- dokumen lain yang difikirkan perlu.
        HARI TERBUKA / BICARA AKADEMIK
        SEMAKAN FAIL PERIBADI PELAJAR


        Pada hari terbuka / Bicara Akademik ibubapa / penjaga pelajar diberikan peluang untuk menyemak fail kssr / pbs anak - anak mereka untuk :
        1. Menyemak evidens setiap mata pelajaran yang dimasukkan oleh guru mata pelajaran
        2. Menyemak keputusan Linus Literasi - Bahasa Melayu , Numerasi , Literasi Bahasa Inggeris , Bahasa Arab dan jawi.


        Ahad, 29 April 2012

        PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )




        PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN

        Kurikulum Standart Sekolah Rendah ( KSSR ) berkait rapat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 
        ( PBS ). Program ini bermula pada tahun 2011 dan kini telah masuk ke tahun 2.  Pentaksiran Sekolah
        ( PS ) adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.  Pentaksiran Sekolah mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu - satu proses pengajaran. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan , pembinaan item dan instrumen pentaksiran , pentadbiran , pemeriksaan atau pengskoran , perekodan dan pelaporan. 

        PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang ( JERI - Jasmani , Emosi , Rohani dan Interlek ).  PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi murid ke tahap maksimun.

        PS mempunyai ciri - ciri berikut :
        1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
        2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan proses pengajaran.
        3. Fleksibal iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
        4. Merujuk standart prestasi yang dibina berdasarkan standart kurikulum.
        Pentaksiran Sekolah boleh dijalankan secara :
        1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran.
        2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran , semester atau tahunan.
        PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDART.
        Ia menggunakan Standart Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang pelajar. Ia merupakan proses mendapat maklumat tentang sejauh mana murid tahu , faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standart prestasi yang ditetapkan mengikut tahap - tahap pencapaian seperti yang dihasilkan dalam dokumen kurikulum ( Standart Kurikulum ).

        Pentaksiran Rujukan Standart tidak membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain tetapi melaporkan prestasi pelajar dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan pelajar. Pelajar dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan , kebolehan , bakat , kemahiran dan potensi diri tanpa membandingkan dengan orang lain.

        STANDART PRESTASI
        Merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam tempoh pembelajaran berdasarkan satu petanda aras yang telah dikenal pasti . Ia menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti pelajar , ibubapa serta pihak yang berkepentingan. Dengan menggunakan standart prestasi :
        1. Pelajar tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai , apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
        2. Guru tahu maklumat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah . apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada pelajar.
        3. Ibubapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak - anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk sesuatu tempoh tertentu.
        4. Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.
        KERANGKA STANDART PRESTASI
        Standart Prestasi menggandungi 6 Band sebagai asas pentaksiran. Pentaksiran dibuat bersasarkan Evidens dan Deskriptor. Penyataan standart bermaksud penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran yang merujuk kepada objektif mata pelajaran. Deskriptor bermaksud Apa yang murid tahu dan boleh buat yang merujuk kepada standart kurikulum ( Sylebus ). Evidens bermaksud bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat.


        Band 1 - murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau member respon terhadap 
                        perkara asas. ( Tahu )
        Band 2 - murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta 
                       menjelaskan apa yang telah dipelajari. ( Tahu dan Faham )
        Band 3 - murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu 
                       situasi. ( Tahu , Faham dan Boleh Buat )
        Band 4 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab seperti tertib atau melaksanakan sesuatu 
                       mengikut prosidur / arahan secara sistematik. ( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab ).
        Band 5 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru dengan mengikut 
                       prosidur / arahan secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. ( Tahu , Faham dan Boleh      
                       buat  dengan beradab Terpuji ).
        Band 6 - murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif  , mempunyai keupayaan membuat 
                      keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh 
                      berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara 
                      bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.  ( Tahu , Faham dan Boleh Buat dengan beradab 
                      Mitali ).

        PERANAN STANDART PRESTASI DALAM PENGAJARAN.
        1. Guru memilih standart kurikulum yang hendak diajar ( sylebus )
        2. Guru merancang pengajaran , pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran ( evidens ).
        3. Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran di akhir pengajaran atau sesuatu topik pengajaran.
        4. Guru menilai prestasi pelajar , merekod dan melaporkan berdasarkan evidens - Key in dalam Potal Lembaga Peperiksaan.
        5. Melakukan pemulihan kpd pelajar yg gagal dalam standart penilaian yg ditetapkan
        6. Pilih Standart pengajaran yang baru dan laksanakan pengajaran , pembelajaran dan pentaksiran seterusnya.
        CONTOH PELAPORAN DARI POTAL LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.

        PENYATAAN PELAPORAN PRESTASI SUMATIF MURID
        BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK ( SK ) KSSR TAHUN 1

        Nama murid               :  DAVINA ALBAB
        No. MyKid               :  023401002789
        Nama Sekolah            :  SK DAYANG
        Kod Sekolah              :   BBA 5423
        Darjah                        :  1
        Nama mata pelajaran :   MATEMATIK ( SK )

        Prestasi                      : Band 3

        Penyataan pelaporan prestasi.
        DAVINA ALBAB boleh :
        1. boleh menyelesaikan operasi asas tambah dan tolak
        2. boleh membundarkan nombor bulat
        3. boleh melengkapkan pola berbentuk tiga dimensi ( 3D ) dan bentuk dua dimensi ( 2D ) serta pola nombor bulat.
        4. boleh melakukan penukaran nilai wang
        5. boleh menulis waktu 
        Syabas diucapkan kepada DAVINA ALBAB di atas pencapaian yang amat membanggakan. Beliau telah menguasai sepenuhnya Band 3 dan layak ke Band 4.




        .......................................................                                                   ..................................................
        Tandatangan Guru mata pelajaran                                                       Tandatangan ibubapa / penjaga.