Halaman

Isnin, 30 April 2012

PROGRAM SAHSIAHKU GEMILANG ( PSG )


Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling dengan bantuan Unit Disiplin pelajar sesi petang sebagi salah satu usaha untuk mempertingkatkan sahsiah pelajar supaya menjadi pelajar cemerlang dari segi akhlak dan akademik. Program ini menekankan tentang adab dan tingkahlaku yang sewajarnya ditunjukkan oleh setiap pelajar di sekolah. Program ini penting sebagai satu usaha pendedahan secara khusus kepada murid tentang adab di sekolah yang mana sememangnya kurang didedahkan di dalam kelas yang bersifat akademik.

Rasionalnya 
Rasional kepada keperluan program seumpama ini adalah untuk :
  1. Memberi kesedaran kepada semua pelajar  tentang perlunya adab walaupun di mana mereka berada.
  2. Mendedahkan pelajar tentang adab di sekolah sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.
  3. Memberi kefahaman kepada pelajar tentang kesan kepada diri jika tidak mempamirkan adab yang baik.
Adab amat penting dan perlu didedahkan kepada pelajar khasnya tahap 1 supaya mereka diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka masuk ke tahap 2. Biasanya pelajar tahap 1 seronok melakukan sesuatu perbuatan tanpa memikirkan resiko yang mungkin mereka hadapi. Ini adalah sifat kanak - kanak yang belum matang.

Matlamatnya.
Program ini didedahkan dengan tujuan untuk membentuk dan membimbing pelajar supaya sentiasa menjaga adab walaupun di mana mereka berada.

Objektif program.
Pada akhir program ini adalah diharapkan supaya pelajar dapat :
  1. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab dengan guru.
  2. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab dalam kelas atau dikenali juga dengan rukun dalam kelas.
  3. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab semasa berada di kantin.
  4. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab semasa berada dan menggunakan kemudahan yang ada dalam tandas.
  5. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab semasa berada di dewan dan tapak perhimpunan
Tarikh perlaksanaan.

Tarikh   : 20 , 22 , 27 dan 29 hb.Mac dan 2 dan 5 hb. Apr 2012.
Hari      : Isnin , Selasa dan Khamis.
Masa    : 1.20 - 3.20 dan 4.10 - 6.10
Tempat  : Bilik Gerakan
Sasaran : Semua pelajar tahun 1 , 2 dan 3

Program ini menggunakan vedio dan slide sebagai bahan program. Vedio dan slide diambil berdasarkan perkembangsaan semasa sekolah supaya mereka melihat sendiri perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan semasa berada dalam kawasan sekolah sebagai iktibar. Pelajar juga diberikan perbincangan secara berkumpulan berdasarkan topik - topik yang dirancang. Ia merupakan program sehari yang jika dikendalikan dengan betul ia dapat memberikan kesan yang positif. Ini adalah kali ke 2 program ini dijalankan. Berdasarkan pengalaman pertama ia membawa inpak yang positif.

Untuk menjadikan program ini lebih berkesan semua guru harus bertindak proaktif selepas program ini dilaksanakan dengan memberikan teguran kepada pelajar apabila melihat mereka mempamirkan adab yang negatif. Teguran berhemah dengan kata - kata yang sopan secara berterusan akan dapat membentuk pelajar yang memiliki adab yang baik serta cemerlang dalam pelajaran. Kita harus ingat bahawa pelajar :

1. Masih memiliki sifat keanak - anakan
2. Tidak sempurna sepanjang masa - we are not perfect 100%.
3. Pelajar sentiasa memerlukannasihat dan bimbingan
4. Perlu dibentuk diperingkat awal supaya mereka memiliki akhlak yang mulia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan