Jumaat, 11 Mei 2012

PROGRAM 3K - KECERIAAN SEKOLAH


                                                         


Program 3K melibatkan faktor keselamatan , keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Sekolah yang ceria dan kondusif dapat menarik minat pelajar datang ke sekolah setiap hari dan dapat membentuk nilai sayang , bangga dan cintakan sekolah. Gambaran awal terhadap imej sesebuah sekolah terletak pada keindahan persekitarannya dan wajah bangunan yang seronok mata memandang. Untuk mencapai hasrat ini , pihak pengurusan sekolah harus melihat faktor berikut :
  1. Keciaan kawasan persekitaran sekolah
  2. Keceriaan bangunan 
  3. Keceriaan landskap
  4. Keceriaan kantin
  5. Keceriaan bilik darjah
  6. Kemudahan pasarana
Program 3K dibawah Unit Hal Ehwal Murid yang mana unit ini menubuhkan Ahli Jawatankuasa Program 3K peringkat Sekolah. Ahli jawatan kuasa terdiri dari pihak sekolah dengan agensi luar yang terlibat anataranya Pasukan Bomba dan Penyelamat , Polis DiRaja Malaysia , pengusaha bas sekolah , Majlis Perbandaran , Pejabat Kesihatan Daerah , Persatuan ibubapa dan komuniti setempat. Mereka harus mengadakan mesyuarat sekurang - kurangnya 2 kali setahun.

KECERIAAN KAWASAN PERSEKITARAN

  


Persekitaran yang ceria dapat menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah setiap hari. Mereka merasa seronok ketika berada dalam kawasan sekolah. Dam Haji Gergasi ini dapat menarik minat mereka datang awal ke sekolah dan bermain bersama rakan - rakan mereka dalam keadaan yang riang. Air terjun dan kolam ikan membuatkan mereka asyik melihat ikan - ikan berenang bebas dan mendengar derunan air yang terjun jatuh ke dalam kolam. Pondok sehat yang disediakan membolehkan mereka belajar bersama - sama sebelum sekolah bermula. Untuk mengindahkan kawasan persekitaran sekolah memerlukan kos dan masa untuk melaksanakannya. Untuk tujuan itu pihak sekolah boleh :
  1. Mengadakan aktiviti gotong royong menceriakan kawasan sekolah
  2. Mengadakan usahasama dengan pihak pibg
  3. Mendapatkan sumbangan dana dari pihak luar
  4. Sumbangan ikhlas dari ibubapa pelajar
KECERIAAN BANGUNAN SEKOLAH



Mural pada dinding bangunan sekolah ditempatkan di temapt yang strategik menjadikan wajah sekolah bertambah cantik dan menarik. Ia ibarat bangunan yang disaluti dengan pakaian yang cantik dan menarik. Dari jauh sudah kelihatan keindahan dan keunikannya. Bangunan sekolah yang malap akan mengakibatkan 
  1. Kelihatan kurang daya tarikan awal
  2. Menggambarkan imej awal pihak pentakbiran sekolah
  3. Keseronokan tidak wujud diperingkat awal lagi
  4. Pesepsi yang kurang baik dari pandangan orang luar serta ibubapa pelajar
  5. Wujudnya perasaan malas pelajar untuk datang ke sekolah kerana tidak ada daya tarikan
KECERIAAN LANDSKAP SEKOLAH




Sekolah yang berkonsepkan sekolah dalam taman memerlukan keceriaan landskap yang tersusun dan menarik. Kaedah sagmen ( sudut ) dan lorong boleh digunakan sebagai strategi susun atur. Wujudkan taman sains , taman herba , kebun buah - buahan , kebun sayur , taman kektus  dan dataran kemerdekaan. Kejayaan pihak sekolah membangunkan keceriaan landskap banyak bergantung kepada hubungan dengan pihak :
  1. Kontraktor pembersihan sekolah
  2. Persatuan ibubapa dan guru
  3. Kelab dan persatuan di sekolah
KECERIAAN KANTIN SEKOLAH



Kantin yang ceria dan selesa menambah seri sesebuah sekolah. Kemudahan asas hendaklah lengkap , dalam keadaan baik dan teratur. Manu makanan haruslah dipelbagaikan terutama barang makanan yang berkhasiat. Keceriaan dan keselesaan ini boleh dibantu oleh pengusaha kantin dan kekerapan ahli jawatankuasa kantin menilai tahap kebersihan , keceriaan dan keselamatan pelajar. Laporan mingguan harus diteliti dan jika ada sebarang isu atau pandangan , hendaklah diambil tindakan pantas. Faktor penting adalah keselesaan dan keselamatan pelajar.

KECERIAAN BILIK DARJAH



Kelas yang ceria dan selesa serta bersih dapat meransang minda pelajar untuk belajar dalam suasana yang kondusif.  Maklumat - maklumat yang ditampal pada papan kenyataan harus menarik dan diselenggara selalu supaya dikemaskini.  Untuk tujuan ini pihak sekolah harus mengerakkan :
  1. Penglibatan guru darjah dan seluruh warganya
  2. Mengadakan program pertandingan keceriaan kelas setiap minggu
  3. Memberi pengiktirafan berstatus bintang yang dilekatkan pada papan kenyataan dalam kelas yang bertujuan untuk memberi ransangan supaya terus berusaha mengekal dan mempertingkatkan keceriaan kelas mereka.
  4. Penglibatan pihak persatuan ibubapa serta ibubapa pelajar kelas tersebut dengan cara memberikan bantuan dari aspek pembelian cat  dan kain langsir.
Asas utama kepada kejayaan program ini adalah kerjasama yang bersepadu serta seronok melaksanakan keceriaan dengan bantuan pelbagai pihak. Penat lelah akan terubat jika segala usaha yang dijalankan mendapat sokongan dari pelbagai pihak khasnya ibubapa pelajar itu sendiri.

KEMUDAHAN PRASARANA SEKOLAH


Bilik - bilik khas dan podok rehat adalah merupakan sebahagian daripada prasarana sekolah yang boleh membantu meningkatkan suasana kecerian sesebuah sekolah. Prasarana yang lengkap dan diselenggara dengan baik serta sentiasa dimunafaatkan demi kemenjadian pelajar.

PENGURUSAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Kesihatan melibatkan 3 elemen penting yang harus diberikan perhatian sama penting dengan akademik pelajar. Tiga faktor yang harus diberikan perhatian iaitu :
  1. Kesihatan fizikal yang melibatkan jasmani
  2. Kesihatan mental yang melibatkan rohani
  3. Kesihatan sosial atau gaya hidup
Pentakbir sekolah harus peka dengan perkembangan kesihatan yang melibatkan guru dan juga pelajar kerana jika diabaikan ia mengundang masalah tekanan , ketidak selesaan dan ketegangan @ ketidak tenteraman. Ia juga boleh mengakibatkan kemurungan atau kecelaruan jiwa jika dibiarkan berpanjangan. Persekitaran kerja yang tidak kondusif atau gaya kepimpinan yang tidak bersesuaian boleh menjadi faktor penyumbang. Persekitaran pembelajaran yang tidak harmoni dan kurang menarik menyebabkan pelajar menjadi bosan atau tertekan.


................................... Inshaallah akan disambung dengan 4 lagi dimensi keceriaan ..........................

1 ulasan:

  1. Terima kasih diatas maklumat yg diberikan. Mohon kongsi bbrp idea dan fakta ye.

    BalasPadam