PERUTUSAN GPK PETANG

PENGURUSAN SESI PETANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI AKADEMIK , KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID PETANG TAHAP 1.

SEJARAH PENGURUSAN SESI PETANG

Sesi petang SK Taman Bukit Indah bermula pada tahun 2002 iaitu 2 tahun selepas penggunaannya. Kini sesi petang telah berusia 10 tahun. Bermula dengan 18 kelas bagi setiap aliran iaitu tahun 1 enam kelas , tahun 2 enam dan tahun 3 juga enam kelas dengan jumlah pelajar lebih kurang 764 orang. Kini sesi petang terdiri 24 kelas iaitu 8 kelas setiap aliran dengan bilangan pelajar melebihi 900 orang dan bilangan guru 45 orang. Sesi petang pernah ditakbirkan oleh 2 orang Penyelia Petang ( ketika itu ) mereka adalah :

  1. Pn Hajah Noraziab bt. Nordin ( Allahyarhamah )   - 2002 - 2003
  2. Pn. Lily a/p Sivarinathan                                        - 2003 - 2005 - Gpk 1 SK Hulu Kelang
  3. En. Ishak bin Osman                                             - 2005 - ogos 2013
Selain daripada itu seorang guru dilantik secara tidak rasmi sebagai pembantu kepada penolong kanan petang mengurus dan mentakbir guru - guru serta pelajar sesi petang :
  1. Pn. Maisurah bt Mohd. Yassin    - 2006 - 2007 - Naik pangkat GPK Lembah Keramat
  2. Pn Lee Bee Har                         -  2008 - 2009 - Naik pangkat GPK Tmn Melawati 2
  3. Pn Norashikin bt Omar              -  2009 - 2010 - Pindah ke Kedah
  4. Pn. Thevalatha Naidu                -   2010 - 2012 - Naik Pangkat GPK Hem -Pomson Hulu Langat
BILANGAN GURU PETANG MENGIKUT OPSSYEN

Bilangan guru yang mengajar di sesi petang seramai 45 orang. Guru lelaki 8 orang ( 18% ) dan guru perempuan 37 orang ( 82% ). Bilangan guru mengikut opsyen adalah seperti berikut :

Opsyen Mata Pelajaran
Bilangan guru
Bahasa Melayu
2
Bahasa Inggeris
7
Matematik
8
Dunia Sains & Teknologi
7
Pendidikan Islam
5
JQAF
7
Pend. Jasmani & Kesihatan
1
Dunia Muzik
2
Pemulihan
1
Pengajian Am
1
Bimbingan & Kaunseling
2
Kajian Tempatan
1
Pendidikan Seni Visual
1


Pecahan guru mengikut Gred Guru
           
Gred Guru
Bilangan
Peratus
DGA 29
6
13.3
DGA 32
12
26.7
DGA 41
27
60.0
                                         


POPULASI PELAJAR SESI PETANG TAHUN 2012.

TAHUN        
LELAKI
%
PEREMPUAN
%
JUMLAH
1
129
46.9
146
53.1
275
2
152
50.8
147
49.2
299
3
133
49.6
135
50.4
268
JUMLAH
414
49.2
426
50.6
842



Cemerlang dalam akademik.
Pelbagai program telah dirancang dan sedang dilaksanakan untuk mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar sesi petang antaranya ialah :
  1. Penganugerahan sijil dan lenca 5A kepada pelajar cemerlang yang mendapat 5A dalam peperiksaan fasa 1 , pertengahan tahun , fasa 2 dan akhir tahun.
  2. Membuat banner pelajar cemerlang yang mencatatkan nama - nama pelajar cemerlang serta kelas mereka. Banner ini ditempatkan dibahagian hadapan laluan masuk ke sekolah untuk tonton ibubapa pelajar dan semua pelajar. Ia bertujuan untuk memotivasikan mereka untuk terus mengekalkan dan meningkatkan prestasi.
  3. Mengambil gambar mereka semasa penyampaian sijil cemerlang dan lencana 5A serta memasukkan dalam Facebook untuk tatapan umum. Penyampaian sijil dalam majlis rasmi yang disampaikan oleh Guru Besar.
  4. Menyalurkan maklumat pencapaian pelajar dalam facebook yang menggandungi pencapaian keseluruhan semua mata pelajaran - peratus kelulusan , bilangan pelajar yang mendapat 5A dan GPS tahun 1 , 2 dan 3.
  5. Sentiasa memaklumkan kepada guru - guru dan pelajar tentang sasaran pencapain yang ditetapkan dalam perhimpunan rasmi sekolah serta memberikan pujian kepada kelas- kelas yang cemerlang.
  6. Mengadakan Majlis Muafakat ibubapa pelajar linus - perjumpaan dengan ibubapa pelajar linus yang bertujuan untuk mendedahkan program linus serta bertukar - tukar pandangan.
  7. Program mohon restu - dijalan pada hari akhir sebelum setiap kali peperiksaan diadakan. Pelajar berbaris dan bersalaman dengan semua guru memohon keberkatan ilmu yang diajar.
  8. Banner - Tahniah kerana anda hadir ke sekolah setiap hari.
ANALISA PENILAIAN PRESTASI MATA PELAJARAN AKHIR TAHUN 2012
PELAJAR TAHUN 1
SUBJEK
BAND  3- 6
PERATUS
BAND  1 - 2
PERATUS
BAHASA MELAYU  - SK
243
88.4
32
11.6
BAHASA  INGGERIS - SK
211
76.7
64
23.3
MATEMATIK
256
93.1
19
6.9
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
264
96.0
11
4.0
PENDIDIKAN ISLAM
227
89.7
26
10.3
PENDIDIKAN MORAL
19
84.4
3
13.6
PENDIDIKAN JASMANI
264
96.0
11
4.0
PENDIDIKAN KESIHATAN
255
92.7
2
0.7
DUNIA MUZIK
273
99.0
2
0.7
DUNIA SENI VISUAL
275
100.0
0
0
BAHASA  ARAB KOMUNIKASI
239
94.5
14
5.5

ANALISA PENILAIAN PRESTASI MATA PELAJARAN 

TAHUN 2012

PELAJAR TAHUN 2
SUBJEK
BAND  3- 6
PERATUS
BAND  1 - 2
PERATUS
BAHASA MELAYU  - SK
268
89.0
33
11.0
BAHASA  INGGERIS - SK
235
78.1
66
21.9
MATEMATIK
210
69.8
92
30.2
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
233
77.4
62
20.6
PENDIDIKAN ISLAM
231
80.5
56
19.5
PENDIDIKAN MORAL
13
92.9
1
7.1
PENDIDIKAN JASMANI
301
100.0
0
0
PENDIDIKAN KESIHATAN
301
100.0
0
0
DUNIA MUZIK
298
99.0
3
1.0
DUNIA SENI VISUAL
274
91.0
27
9.0
BAHASA  ARAB KOMUNIKASI
210
73.2
77
26.8



Berakhlak mulia.
Program yang dirancang dan sedang dilaksanakan untuk mempertingkatkan akhlak dan adab pelajar , antaranya :
  1. Program sahsiahku gemilang ( PSG ) untuk pelajar tahun 1 , 2 dan 3 dengan bantuan unit bimbingan dan kaunseling serta unit disiplin sekolah.
  2. Program solat berjemaah disurau sekolah yang dipimpin oleh panitia agama islam - mewujudkan jadual waktu solat zuhur dan asar secara bergilir.
  3. Program solat Jumaat - pelajar dibawa solat jumaat setiap minggu dan diawasi oleh guru - guru lelaki islam. Program ini secara sukarela serta mendapat bantuan ibubapa pelajar yang menjadi komuniti Bikit Indah.
  4. Program Kem Solat Bestari untuk pelajar tahun 1 ,2 dan 3 yang dibimbing oleh panitia agama islam dan dibantu oleh semua guru. Program ini dijalankan 2 kali setahun secara bergilir.
Kegiatan kokurikulum.
Program ini hanya melibatkan pelajar tahun 3 sahaja , antara perancangan yang dilakukan :
  1. Aktiviti kokurikulum dimasukkan dalam jadual sekolah - Hari Rabu - pukul 12.00 hingga 1.00 tengahari. Pelajar memakai pakaian seragam unit masing - masing.
  2. Guru penasihat juga memakai pakaian seragam untuk memotivasikan pelajar supaya wujud perasaan bangga kepada unit mereka.
  3. Mengadakan pertandingan kawat kaki antara unit yang dijadikan program tahunan. Pelajar tahap 1 adalah pelapis.
Menghormati guru dan ibubapa.
Antara program yang dirancang dan sedang dijalankan , antaranya :

  1. Bersalaman dengan guru sebelum balik ke rumah setiap hari. Guru membawa pelajar turun pada waktu akhir dan bersalaman sebelum balik.
  2. Bersalaman dengan guru dimana jua mereka bertemu dalam kawasan atau luar kawasan sekolah. Ini telah menjadi budaya pelajar SKTBI.
  3. Memberi tahu pelajar supaya bersalaman dengan ibubapa apabila sampai ke rumah.
  4. Banner program - Kami Guru Penyayang dengan kerjasama Unit Hem dan Unit Ubk sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan