Isnin, 30 April 2012

PROGRAM SAHSIAHKU GEMILANG ( PSG )


Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling dengan bantuan Unit Disiplin pelajar sesi petang sebagi salah satu usaha untuk mempertingkatkan sahsiah pelajar supaya menjadi pelajar cemerlang dari segi akhlak dan akademik. Program ini menekankan tentang adab dan tingkahlaku yang sewajarnya ditunjukkan oleh setiap pelajar di sekolah. Program ini penting sebagai satu usaha pendedahan secara khusus kepada murid tentang adab di sekolah yang mana sememangnya kurang didedahkan di dalam kelas yang bersifat akademik.

Rasionalnya 
Rasional kepada keperluan program seumpama ini adalah untuk :
  1. Memberi kesedaran kepada semua pelajar  tentang perlunya adab walaupun di mana mereka berada.
  2. Mendedahkan pelajar tentang adab di sekolah sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.
  3. Memberi kefahaman kepada pelajar tentang kesan kepada diri jika tidak mempamirkan adab yang baik.
Adab amat penting dan perlu didedahkan kepada pelajar khasnya tahap 1 supaya mereka diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka masuk ke tahap 2. Biasanya pelajar tahap 1 seronok melakukan sesuatu perbuatan tanpa memikirkan resiko yang mungkin mereka hadapi. Ini adalah sifat kanak - kanak yang belum matang.

Matlamatnya.
Program ini didedahkan dengan tujuan untuk membentuk dan membimbing pelajar supaya sentiasa menjaga adab walaupun di mana mereka berada.

Objektif program.
Pada akhir program ini adalah diharapkan supaya pelajar dapat :
  1. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab dengan guru.
  2. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab dalam kelas atau dikenali juga dengan rukun dalam kelas.
  3. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab semasa berada di kantin.
  4. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab semasa berada dan menggunakan kemudahan yang ada dalam tandas.
  5. Mengetahui dan mengamalkan adab - adab semasa berada di dewan dan tapak perhimpunan
Tarikh perlaksanaan.

Tarikh   : 20 , 22 , 27 dan 29 hb.Mac dan 2 dan 5 hb. Apr 2012.
Hari      : Isnin , Selasa dan Khamis.
Masa    : 1.20 - 3.20 dan 4.10 - 6.10
Tempat  : Bilik Gerakan
Sasaran : Semua pelajar tahun 1 , 2 dan 3

Program ini menggunakan vedio dan slide sebagai bahan program. Vedio dan slide diambil berdasarkan perkembangsaan semasa sekolah supaya mereka melihat sendiri perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan semasa berada dalam kawasan sekolah sebagai iktibar. Pelajar juga diberikan perbincangan secara berkumpulan berdasarkan topik - topik yang dirancang. Ia merupakan program sehari yang jika dikendalikan dengan betul ia dapat memberikan kesan yang positif. Ini adalah kali ke 2 program ini dijalankan. Berdasarkan pengalaman pertama ia membawa inpak yang positif.

Untuk menjadikan program ini lebih berkesan semua guru harus bertindak proaktif selepas program ini dilaksanakan dengan memberikan teguran kepada pelajar apabila melihat mereka mempamirkan adab yang negatif. Teguran berhemah dengan kata - kata yang sopan secara berterusan akan dapat membentuk pelajar yang memiliki adab yang baik serta cemerlang dalam pelajaran. Kita harus ingat bahawa pelajar :

1. Masih memiliki sifat keanak - anakan
2. Tidak sempurna sepanjang masa - we are not perfect 100%.
3. Pelajar sentiasa memerlukannasihat dan bimbingan
4. Perlu dibentuk diperingkat awal supaya mereka memiliki akhlak yang mulia.

BILIK KSSR DAN PBS


Bilik KSSR / PBS merupakan bilik operasi penyimpanan bahan - bahan KSSR dan PBS. Dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa KSSR / PBS harus menetapkan cara penyimpanan bahan - bahan kssr dan pbs serta tempoh penyimpanan evidens yang disimpan dalam fail peribadi pelajar. Bilik ini memerlukan bahan - bahan seperi :
  1. Rak fail peribadi pelajar dan bahan showcase guru.
  2. Fail peribadi pelajar.
  3. Fail showcase guru
  4. Komputer berinternet
  5. Pencetak.
  6. Meja guru.
  7. Hawa dingin / kipas.
  8. Papan kenyataan diluar bilik operasi.
FAIL PERIBADI PELAJAR.


Fail peribadi pelajar menggandungi profil pelajar di bahagian hadapan bersama dengan gambarnya sekali. Bahagian dalam fail dibahagikan kepada 10 bahagian yang mana setiap satu bahagian mewakili setiap mata pelajaran yang diajar pada tahap 1. Contohnya bahagian 1 untuk subjek Bahasa Melayu ( sk ). Yang perlu pada bahagian ini ialah lebel subjek dan evidens subjek tersebut yang disimpan untuk sesuatu tempoh tertentu. Evidens mungkin dalam bentuk lembaran kerja yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan ditandakan bandnya sekali. Evidens dibina berdasarkan standard pembelajaran ( sylebus subjek ) .Dalam fail ini juga mesti ada carta atau graf perkembangan prestasi pelajar bagi setiap topik dalam Standard Pembelajaran.  Fail peribadi pelajar sangat penting kerana :
  1. Menjadi bahan rujukan kepada ibubapa apabila diminta untuk menunjukkan bukti pencapaiaan dan tugasan yang diberi kepada anak mereka.
  2. Menjadi bahan rujukkan kepada pegawai - pegawai dari PPD , JPN atau LPM serta penyelaras pbs / kssr peringkat daerah atau negaeri.
Evidens yang disimpan dalam fail ini harus ditetapkan tempoh masa penyimpanannya contohnya untuk 3 bulan. Selepas 3 bulan evidens tersebut dilupuskan dengan memulangkan semula kepada pelajar berkenaan dan rekod telah di masukkan dalam Potal Lembaga Peperiksaan secara online.

FAIL SHOWCASE GURU


Fail showcase guru merupakan fail rujukkan guru yang mana fail ini perlu ada pada semua guru kssr tahap 1 setiap mata pelajaran. Fail ini harus sentiasa berada bersama - sama guru sepanjang masa dan pada akhir tahun fail ini disimpan dalam bilik kssr / pbs. Fail ini menggandungi bahan - bahan berikut :
  1. Maklumat peribadi serta gambar guru
  2. Jadual waktu - peribadi guru
  3. Contoh bahan - bahan evidens yang akan digunakan
  4. Standard pelajaran - sylebus
  5. Standard prestasi - penyataan standard pencapaian pelajar ( Band 1 hingga Band 6 )
  6. Laporan pencapaian pelajar - secara manuel.
  7. Dokumen- dokumen lain yang difikirkan perlu.
HARI TERBUKA / BICARA AKADEMIK
SEMAKAN FAIL PERIBADI PELAJAR


Pada hari terbuka / Bicara Akademik ibubapa / penjaga pelajar diberikan peluang untuk menyemak fail kssr / pbs anak - anak mereka untuk :
  1. Menyemak evidens setiap mata pelajaran yang dimasukkan oleh guru mata pelajaran
  2. Menyemak keputusan Linus Literasi - Bahasa Melayu , Numerasi , Literasi Bahasa Inggeris , Bahasa Arab dan jawi.


Ahad, 29 April 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )




PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN

Kurikulum Standart Sekolah Rendah ( KSSR ) berkait rapat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 
( PBS ). Program ini bermula pada tahun 2011 dan kini telah masuk ke tahun 2.  Pentaksiran Sekolah
( PS ) adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.  Pentaksiran Sekolah mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu - satu proses pengajaran. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan , pembinaan item dan instrumen pentaksiran , pentadbiran , pemeriksaan atau pengskoran , perekodan dan pelaporan. 

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang ( JERI - Jasmani , Emosi , Rohani dan Interlek ).  PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi murid ke tahap maksimun.

PS mempunyai ciri - ciri berikut :
  1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
  2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan proses pengajaran.
  3. Fleksibal iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
  4. Merujuk standart prestasi yang dibina berdasarkan standart kurikulum.
Pentaksiran Sekolah boleh dijalankan secara :
  1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran.
  2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran , semester atau tahunan.
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDART.
Ia menggunakan Standart Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang pelajar. Ia merupakan proses mendapat maklumat tentang sejauh mana murid tahu , faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standart prestasi yang ditetapkan mengikut tahap - tahap pencapaian seperti yang dihasilkan dalam dokumen kurikulum ( Standart Kurikulum ).

Pentaksiran Rujukan Standart tidak membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain tetapi melaporkan prestasi pelajar dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan pelajar. Pelajar dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan , kebolehan , bakat , kemahiran dan potensi diri tanpa membandingkan dengan orang lain.

STANDART PRESTASI
Merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam tempoh pembelajaran berdasarkan satu petanda aras yang telah dikenal pasti . Ia menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti pelajar , ibubapa serta pihak yang berkepentingan. Dengan menggunakan standart prestasi :
  1. Pelajar tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai , apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
  2. Guru tahu maklumat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah . apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada pelajar.
  3. Ibubapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak - anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk sesuatu tempoh tertentu.
  4. Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.
KERANGKA STANDART PRESTASI
Standart Prestasi menggandungi 6 Band sebagai asas pentaksiran. Pentaksiran dibuat bersasarkan Evidens dan Deskriptor. Penyataan standart bermaksud penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran yang merujuk kepada objektif mata pelajaran. Deskriptor bermaksud Apa yang murid tahu dan boleh buat yang merujuk kepada standart kurikulum ( Sylebus ). Evidens bermaksud bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat.


Band 1 - murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau member respon terhadap 
                perkara asas. ( Tahu )
Band 2 - murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta 
               menjelaskan apa yang telah dipelajari. ( Tahu dan Faham )
Band 3 - murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu 
               situasi. ( Tahu , Faham dan Boleh Buat )
Band 4 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab seperti tertib atau melaksanakan sesuatu 
               mengikut prosidur / arahan secara sistematik. ( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab ).
Band 5 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru dengan mengikut 
               prosidur / arahan secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. ( Tahu , Faham dan Boleh      
               buat  dengan beradab Terpuji ).
Band 6 - murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif  , mempunyai keupayaan membuat 
              keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh 
              berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara 
              bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.  ( Tahu , Faham dan Boleh Buat dengan beradab 
              Mitali ).

PERANAN STANDART PRESTASI DALAM PENGAJARAN.
  1. Guru memilih standart kurikulum yang hendak diajar ( sylebus )
  2. Guru merancang pengajaran , pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran ( evidens ).
  3. Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran di akhir pengajaran atau sesuatu topik pengajaran.
  4. Guru menilai prestasi pelajar , merekod dan melaporkan berdasarkan evidens - Key in dalam Potal Lembaga Peperiksaan.
  5. Melakukan pemulihan kpd pelajar yg gagal dalam standart penilaian yg ditetapkan
  6. Pilih Standart pengajaran yang baru dan laksanakan pengajaran , pembelajaran dan pentaksiran seterusnya.
CONTOH PELAPORAN DARI POTAL LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.

PENYATAAN PELAPORAN PRESTASI SUMATIF MURID
BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK ( SK ) KSSR TAHUN 1

Nama murid               :  DAVINA ALBAB
No. MyKid               :  023401002789
Nama Sekolah            :  SK DAYANG
Kod Sekolah              :   BBA 5423
Darjah                        :  1
Nama mata pelajaran :   MATEMATIK ( SK )

Prestasi                      : Band 3

Penyataan pelaporan prestasi.
DAVINA ALBAB boleh :
  1. boleh menyelesaikan operasi asas tambah dan tolak
  2. boleh membundarkan nombor bulat
  3. boleh melengkapkan pola berbentuk tiga dimensi ( 3D ) dan bentuk dua dimensi ( 2D ) serta pola nombor bulat.
  4. boleh melakukan penukaran nilai wang
  5. boleh menulis waktu 
Syabas diucapkan kepada DAVINA ALBAB di atas pencapaian yang amat membanggakan. Beliau telah menguasai sepenuhnya Band 3 dan layak ke Band 4.




.......................................................                                                   ..................................................
Tandatangan Guru mata pelajaran                                                       Tandatangan ibubapa / penjaga.


Jumaat, 27 April 2012

PROGRAM LINUS - NKRA PENDIDIKAN


PROGRAM NUMERASI LINUS - TAHUN 1
Selain daripada Program literasi , pelajar tahun 1 juga terlibat dengan program numerasi bagi pelajar yang gagal dalam saringan pertama dan berstatus linus atau linus tegar. Sama seperti literasi pelajar arus perdana akan mengikuti Program Kssr manakala pelajar linus dan linus tegar akan mengikuti Program Numerasi. Pelajar linus akan diajar oleh guru numerasi linus manakala pelajar linus tegar diajar oleh guru pemulihan. Guru linus numerasi dibekalkan dengan buku modul numerasi manakala pelajar juga diberikan buku modul yang sama.

Kandungan modul numerasi tahun 1 menggandungi 11 unit yang perlu dihabiskan dalam masa setahun. Ada 3 saringan yang perlu dilalui semasa tahun 1 , 2 dan 3. Pelajar linus numerasi tahun 2 mempunyai modul yang berasingan. Isi kandungan modul untuk tahun 1 adalah :

NOMBOR BULAT 1 HINGGA 10
  1. Menyebut nombor 1 hingga 9
  2. Mengenalpasti angka 1 hingga 9
  3. Membilang objek dalam kumpulan 1 hingga 9
  4. Menulis angka 1 hingga 9
  5. Membaca nombor dalam perkataan 1 hingga 9
  6. Menulis nombor dalam perkataan satu hingga sembilan
  7. Menyusun nombor 1 hingga 9 - membilang satu - satu secara menaik dan membilang satu - satu secara menurun.
  8. Menyebut nombor 0 hingga 10 - mengenalpasti angka 0 dan 10 dalam membilang , membilang objek dalam kumpulan hingga 10 , menulis angka 0 dan 10 , membaca nombor dalam perkataan sifar hingga sepuluh dan menulis nombor dalam perkataan sifar hingga sepuluh.
  9. Menyusun nombor 0 hingga 10 - membilang satu - satu secara tertib menaik , membilang satu - satu secara tertib menurun , membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik dan membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.
  10. Membandungkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang.
  11. Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada sesuatu nombor.
NOMBOR BULAT HINGGA 20

  1. Menyebut nombor 11 hingga 20 , mengenalpasti angka 11 hingga 20 dan menulis angka 11 hingga 20.
  2. Membilang objek dalam kumpulan 11 hingga 20.
  3. Membaca nombor dalam perkataan sebelas  hingga dua puluh , Menulis nombor dalam perkataan sebelas hingga dua puluh.
  4. Menyatakan nilai setiap digit dalam satu nombor , menyusun nombor 11 hingga 20 - membilang satu - satu secara tertib menaik , membilang satu - satu secara tertib menurun , membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik dan membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.
TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10
  1. Menentukan lebih satu daripada satu nombor.
  2. Menyatakan jumlah bagi dua nombor.
  3. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.
  4. Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jumlah yang sama.
  5. Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor.
  6. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
TAMBAH LINGKUNGAN 18
  1. Menyatakan lebih satu daipada dua nombor.
  2. Menyatakan jumlah bagi dua nombor.
  3. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.
  4. Menyatakan secara spontan fakta asas tambah.
  5. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10
  1. Menyatakan kurang satu daripada satu nombor.
  2. Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.
  3. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18
  1. Menyatakan kurang satu daripada satu nombor.
  2. Mencari beza antara dua nombor.
  3. Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.
  4. Menyatakan secara spontan fakta asas tolak.
  5. Menyatakan pasangan nombor yang mungkin di mana apabila di tolak memberikan baki yang sama.
  6. Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor.
  7. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
KONSTRUK LINUS NUMERASI

Pelajar linus numerasi harus melepasi 12 konstruk dalam tempoh 3 tahun yg bermula di tahun 1 hingga ke tahun 3. Konstruk tersebut adalah :
1. Keupayaan pranombor dan mengenal angka
2. Keupayaan membilang
3. Keupayaan memahami nilai nombor
4. Keupayaan membuat seriasi
5. Keupayaan mengenal wata wang Malaysia
6. Keupayaan menyatakan waktu
7. Keupayaan mengendalikan operasi asas
8. Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
9. Keupayaan mengukur panjang objek , jisim dan isipadu
10. Keupayaan menterjemahkan ayat biasa kepada ayat matematik
11. Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada 
       nombor bulat
12. Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang      
       , masa dan ukuran panjang.

SK Taman Bukit Indah tidak ada pelajar Numerasi tegar tahun 1 , 2 dan 3. Tahun 2 dan 3 semua arus perdana. Tahun 1 berdasarkan saringan pertama yang lalu didapati 63 / 275 = 23.3%  berstatus Linus. Bilangan ini wujud disebabkan oleh peningkatan  syarat kelulusan oleh NKRA Pendidikan . Tahun lalu hingga konstruk 8 tapi tahun ini ditingkatkan hingga konstruk 12. Status linus bermaksud pembelajaran agak lembab ( slow learner ). Berdasarkan pengalaman lalu , jumlahnya akan berkurangan 50% pada saringan ke dua dan 100% pada sariongan ke tiga. 

Khamis, 26 April 2012

PROGRAM LINUS - NKRA PENDIDIKAN


MODUL PROGRAM LINUS LITERASI
TAHUN 1
Pelajar tahun 1 yang gagal dalam instrumen saringan menulis pertama - Kementerian Pelajaran Malaysia - NKRA Pendidikan yang diuji pada bulan Mac akan mengikuti program ini selama 3 bulan setiap saringan. Mereka yang berstatus Linus akan mengikuti Program Linus yang dikendalikan oleh guru Linus dan yang Linus Tegar akan mengikuti Program Pemulihan Khas yang dikendalikan oleh guru pemulihan. Yang berstatus Perdana akan mengikuti Program KSSR - Kurikulum Standart Sekolah Rendah dan PBS - Penilaian berasaskan sekolah.

ISI KANDUNGAN PROGRAM 
Terdapat 4 unit dan 4 kemahiran yang berlainan. Kesemua unit dan kemahiran mesti dilalui selagi mereka berstatus Linus.

UNIT 1 - Mengenali , menyebut dan menulis huruf  a , i , u , b , d , h , k , l dan t. Membaca , membina 
               dan menulis suku kata KV. Membaca , membina dan menulis perkataan KVKV.

UNIT 2 - Mengenali dan menyebut huruf  e , o , c , m , n , r dan s. Membaca , membina dan menulis suku 
                kata KV. Membaca , membina dan menulis perkataan VKV dan KVKVKV.

UNIT 3 - Mengenal dan menyebut huruf  f , v , w , x dan z. Membaca  , membina dan menulis suku kata 
                KVK. Membaca , membina dan menulis perkataan  KVK dan VKVK.

UNIT 4 - Mengenali dan menyebut huruf  g , j , p , q , r dan y. Membaca , membina dan menulis suku kata
                KVK. Membaca , membina dan menulis perkataan KVKVK , KVKKV dan KVKKVK.

KONSTRUK LINUS LITERASI

Pelajar linus literasi harus  melepasi 12 konstruk yang ditetapkan oleh kementerian dalam tempoh 3 tahun di tahap 1. Mereka akan menduduki 9 saringan dalam tempoh 3 tahun iaitu 3 disetiap tahun. Konstruk yang ditetapkan ialah :
1. Keupayaan menamakan huruf vocal dan konsanan
2. Keupayaan membunyikan suku kata terbuka
3. Keupayaan membaca perkataan yg menggandungi suku kata terbuka
4. Keupayaan membunyikan suku kata tertutup
5. Keupayaan membaca suku kata tertutup
6. Keupayaaan membaca perkataan yg mengandungi suku kata tertutup - ng
7. Keupayaan membaca perkataan yg mengandungi diftong
8. Keupayaan membaca perkataan yg mengandungi vocal berganding
9. Keupayaan membaca perkataan yg mengandungi digraf dan konsonan bergabung
10. Keupayaan membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
11. Keupayaan membaca ayat mudah
12. Keupayaan membaca dan memahami berdasarkan bahan ransangan


Guru Linus Literasi dibekalkan oleh Kementerian buku modul yang MESTI diajar kepada semua pelajar berstatus linus. Buku tersebut menggandungi isi kandungan ( sylebus ) dan bentuk latihan yang diberi. Pelajar Linus Tegar juga diajar menggunakan kandungan program yang sama. Bezanya ia dikendalikan oleh guru Pemulihan Khas. 

Pelajar tahun 1 dan 2 terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu pelajar Perdana , pelajar Linus dan pelajar Linus Tegar. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berbeza iaitu :
  1. Pelajar Arus Perdana - Mengikuti Program KSSR dan diajar oleh guru KSSR. Dinilai melalui PBS - LPM ( Lembaga Peperiksaan Malaysia - on line )
  2. Pelajar Linus - Mengikuti program Literasi yang diajar oleh guru Linus. Dinilai melalaui Saringan Linus.( NKRA Pendidikan - on line )
  3. Pelajar Linus Tegar - Mengikuti Program Pemulihan dan diajar oleh guru pemulihan. Dinilai melalaui Saringan Linus ( NKRA Pendidikan - on line )
Pelajar tahap 1 ( tahun 1 , 2 dan 3 ) harus menguasai kemahiran asas membaca , menulis dan mengira dan pada tahun 4 mereka MESTI berstatus Perdana yang mana mereka telah menguasai 3 elemen asas tersebut. Tidak lagi timbul masalah murid tidak tahu membaca , menulis dan mengira pada tahap 2 iaitu ( tahun 4 , 5 dan 6 ) seterusnya ke sekolah menengah. Program ini telah masuk ke fasa 3 dan tahun 2013 akan memasuki tahap 2. Program ini berjaya mengurang dan menghapuskan masalah murid yang tidak menguasai asas 3 M pada tahun 3 jika ianya dikendalikan dengan betul serta mengikut arahan serta panduan yang diberikan oleh pihak kementerian.

Syarat yang perlu ada pada diri seseorang guru Linus adalah :
  1. Memiliki tahap kesabaran yang tinggi kerana pelajar linus sangat istimewa dan tidak boleh dikendalikan oleh sebarangan guru.
  2. Seorang guru wanita ( sudah berumah tangga ) kerana mereka memiliki sifat keibuan yang sayangkan anak - anak.
  3. Mempunyai pengalaman yang luas terhadap program linus dan sekurang - kurangnya 2 / 3 tahun pengalaman.
  4. Kebolehan dan keupayaan menggunakan komputer serta tahu cara mengekses internet kerana data linus di key in secara on line ke Potal NKRA Pendidikan.
  5. Memiliki kepelbagaian dalam teknik pengajaran kerana pelajar linus AMAT PERLU pengajaran berasaskan bahan bantu mengajar yang sesuai serta teknik mengajar didik hibur.
  6. Kesanggupan dan kerelaan mengajar pelajar linus BUKAN satu paksaan serta berminat dalam bidang tersebut.
  7. Tidak mudah mengalah atau cepat kecewa kerana pelajar linus dikenal pasti sebagai pelajar lembab ( slow leaner )
Ciri - ciri pelajar linus - amnya.
  1. Pelajar lembab atau buta huruf disebabkan mungkin TIDAK mengikuti Program PraSekolah.
  2. Menghadapi masalah disiplin diri yang tinggi.
  3. Tidak ada / kurang perhatian atau bantuan di rumah kerana ibubapa mungkin sibuk mencari rezeki.
  4. Menghadapi masalah genatik / keturunan.
  5. Masalah fizikal - sengau iaitu kecacatan pada bahagian hidung atau mulut.
  6. Masalah keluarga yang tidak stabil iaitu ibubapa bercerai dan kurang pembelaan.
  7. Pelajar berkeperluan khas yang disebab oleh penyakit.

Rabu, 25 April 2012

Pengurusan Berkualiti, Wajah Sekolah Cemerlang


Wajah Sekolah Cemerlang

Kualiti dan cemerlang adalah dua perkataan yang saling berkait rapat. Pengetua / Guru Besar yang mengamalkan kualiti dalam setiap tugasnya pasti akan mempamirkan bentuk pengurusan dan pentadbiran cemerlang spt yg dilaporkan oleh Fred Hechinger - dalam setiap kes jatuh bangun sekolah ditentukan oleh kualiti Pengetua / Guru Besarnya ....

Jika pengetua / Guru Besar itu berkualiti , dimana - mana sahaja beliau ditempatkan walaupun sekolah itu sekolah yang banyak masalah , namun beliau akan berjaya mengubah keadaan itu kepada keadaan yang lebih baik. Team work dalam pengurusan sekolah amat penting jika ingin berjaya. Sebaliknya jika Pengetua / Guru Besar itu tidak berkualiti  , dimana-mana sahaja beliau ditempatkan walaupun sekolah itu berprestasi tinggi , beliau tetap akan gagal membawa perubahan positif di sekolah itu. Beliau menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan.

Sekolah yang dipimpin oleh Pengetua / Guru Besar yang berkualiti akan mempamirkan ciri - ciri berikut :
  1. Suasana sekolah yang kondusif , bersih , ceria dan harum seperti berada disebuah taman yang indah dan menyegarkan.
  2. Dapat mendengar dan melihat pengajaran serta pembelajaran yang memberansangkan dengan suara guru masih boleh didengar walaupun sedikit kebisingan. Wujudnya ritma pengajaran yang pelbagai.
  3. Bilik - bilik darjah , bilik khas dan stor sukan diurus dengan baik sesuai dengan fungsi bilik itu.
  4. Kakitangan sokongan dan guru - guru bekerja dalam suasana harmonis dan bermotivasi. Tidak nampak ketegangan atau tekanan pada wajah mereka. Seronok dan ceria menjalankan tugas harian.
  5. Pelajar dalam keadaan bersopan. Mengucapkan salam kepada tetamu yg hadir dan tidak kekok. Tidak ada pelajar yang berkeliaran di kaki lima sekolah tanpa tujuan.
  6. Dinding tandas dan bangunan bebas dari contengan atau kotoran seperti bekas tapak kasut pelajar , contengan perkataan yg kurang manis dan sebagainya.
  7. Papan - papan kenyataan tidak diganggu dan maklumat lengkap serta kerap diselengara oleh unit - unit yg berkaitan.
Bangunan dan landskap adalah gambaran awal kepada tetamu yang datang. Wajah sekolah yang malap menggambarkan bahawa pengurusan sekolah kurang prihatin dan kurang bermotivasi. Keadaan sekolah yang cemerlang bercahaya dan seronok mata memandang serta terpikat kepada keindahannya. Landskap yang teratur menyejukkan mata memandang. Taman - taman yang ada diselengara dengan baik , pokok - pokok hidup menghujau , segar dan ceria. Didinding bangunan terdapat lukisan mural yang menarik serta bermakna. Terdapat pelbagai ungkapan yang boleh memotivasikan pelajar. Contohnya kecemerlangan anda bermula di sini - sk Taman Bukit Indah. Terima kasih kerana anda hadir ke sekolah setiap hari.

Kecemerlangan sesebuah sekolah akan dinilai berdasarkan Dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPM ) yang disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti , Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan SKPM itu sesebuah sekolah akan dinilai oleh Jemaah Nazir berdasarkan 8 elemen yang ditetapkan iaitu :

  1. Gaya kepimpinan pengurusan sekolah - Pengetua / Guru Besar sebagai ketua pentadbir.
  2. Penetapan dan perlaksanaan hala tuju - visi dan misi sekolah.
  3. Kemahiran komunikasi - perkongsian idea dan maklumat.
  4. Kemahiran merancang - perancangan strategik , taktikal dan operasi.
  5. Kemahiran memotivasi dan mengerakkan warga sekolah.
  6. Kemahiran membuat keputusan.
  7. Kepimpinan instruksional.
  8. Perkongsian kepimpinan.
Gaya kepimpinan.
Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembeling tenaga warga sekolah kearah pencapaian matlamat sekolah.Kepimpinan sekolah berperanan sebagai berimpak tinggi dan berupaya menggembeling dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Untuk mencapai hasrat tersebut kepimpinan sekolah hendaklah :
  1. Mengamalkan gaya kepimpinan berkesan. 
  2. Memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.
  3. Menerajui penyediaan perancangan strategik.
  4. Mewujudkan perkongsian tanggungjawab untuk memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.
Penetapan dan perlaksanaan hala tuju.
Visi dan misi sekolah menjadi dokumen penting sebagai penetapan dan perlaksanaan hala tuju. Visi adalah matlamat yang hendak dicapai dan misi merupakan penerangan yang lebih jelas , tersusun dan realistik. Dokumen penting ini harus difahami dan dihayati oleh seluruh warga sekolah supaya objektif yang ditetapkan mudah dicapai.

Kemahiran berkomunikasi.
Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk berkongsi idea dan menyalurkan maklumat kepada pihak - pihak yang berkepentingan sama ada dalaman atau pun luaran. Teknologi maklumat merupakan saluran yang berkesan untuk menyampaikan maklumat. Pihak sekolah seharusnya mempunyai halaman blognya sendiri atau halaman facebook yang amat popular masa kini. Teknologi internet memudahkan pihak sekolah menyalurkan maklumat dan berkongsi idea dengan orang lain. Wujudkan kumpulan tertutup dalam facebook sebagai saluran yg boleh merapatkan hubungan dengan seluruh warga sekolah. Kumpulan PIBG untuk merapatkan hubungan dengan pihak ibubapa pelajar , dimana mereka boleh  menyalurkan maklumat atau perkongsian idea.

Kemahiran memotivasikan dan menggerakkan warga sekolah.
Kepimpinan sekolah harus berusaha dan merancang bagaimana hendak memotivasikan dan mengerakkan warga sekolah mencapai matlamat yang ditetapkan. Kejayaan sesebuah sekolah terletak kepada hubungan yang erat antara pihak pentadbir dengan guru - guru , pelajar dan pihak ibubapa pelajar serta PIBG sekolah. Kepimpinan melalui teladan , konsep kekeluargaan dalam organisasi , sekolah penyayang adalah diantara beberapa contoh konsep yang boleh diamalkan. Keharmonian dan keceriaan seluruh warga sekolah adalah kunci kepada kejayaan. Warga sekolah seronok dan ceria semasa melaksanakan tanggungjawab mereka. Tidak nampak ketegangan atau tekanan yang melampau dalam proses pengurusan.

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Sebarang keputusan atau tindakan hendaklah dibuat secara adil dan saksama berdasarkan peraturan dan pusat tanggungjawab yg diberi. Pentadbir harus faham dan jelas setiap peraturan yang diadakan berdasarkan  Perintah Am Kerajaan , Pekeliling Kementerian dan Ektika Profesion Keguruan. Yang paling penting ialah aspek budi bicara.

Kepimpinan instruksional.
Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya pelajar. Persekitaran sekolah yang kondusif dan ceria menjadi daya tarikan kepada pelajar untuk seronok berada di sekolah. Program 3K harus digerakkan supaya ianya mencapai matlamat tersebut. Persekitaran pembelajaran yang menarik dan pelbagai menjadikan pelajar seronok belajar. Penggunaan LCD dan perisisan Power Point serta CD yang dibekalkan oleh pihak Biro Buku Teks boleh digunakan secara optimum. Makmal komputer dan Lap Top yang diberikan harus digunakan sepenuhnya. Teknik pengajaran - didik hibur amat berkesan jika digunakan secara efektif.

Perkongsian Kepimpinan.
Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab untuk memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam menguruskan sekolah. Agihan tanggungjawab harus adil dan seimbang kepada keseluruhan warga sekolah dan tidak membebankan satu pihak sahaja. Bersaing secara positif dan mengelakkan prajudis serta buruk sangka. Idea dan saranan dari staf bawahan harus diterima secara terbuka dan difikirkan serta diimplimentasikan jika ianya baik untuk kemajuan sekolah. Cara ini dapat mewujudkan perasaan bawa idea dan saranan mereka di iktiraf serta dihargai.

Sabtu, 21 April 2012

VISI DAN MISI SESI PETANG


POPULASI PELAJAR SESI PETANG TAHUN 2012.
                     Tahun                       lelaki           %         perempuan         %            Jumlah
                      1                            129       46.9             146             53.1           275
                      2                            152       50.8             147             49.2           299
                      3                            133       49.6             135             50.4           268
                  Jumlah                        414       49.2             426             50.6           842


VISI SESI PETANG
BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA
CARA NYA
  1. Berkhidmat dengan jujur dan ikhlas.
  2. Berkhidmat dengan perasaan penuh tanggungjawab.
  3. Mengajar dan menjalankan tugas semata - mata kerana allah.
  4. Sentiasa mengamalkan budaya cemerlang tugas harian.
  5. Peka akan perubahan dan perkembangan semasa dalam dunia pendidikan.
  6. Menghormati profesion keguruan.
  7. Taat dan patuh kepada ajaran agama.
MISI SESI PETANG
MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG DAN BERTAQWA SUPAYA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT
CARANYA

  1. Cemerlang dalam akademik.
  2. Berakhlak mulia.
  3. Cemerlang dalam kegiatan kokurikulum.
  4. Menghormati guru dan ibubapa.
  5. Tahu akan tanggungjawab sebagai pelajar cemerlang.
  6. Sayang dan cintakan sekolah.
  7. Mengamalkan budaya cemerlang.
Cemerlang dalam akademik.
Pelbagai program telah dirancang dan sedang dilaksanakan untuk mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar sesi petang antaranya ialah :
  1. Penganugerahan sijil dan lenca 5A kepada pelajar cemerlang yang mendapat 5A dalam peperiksaan fasa 1 , pertengahan tahun , fasa 2 dan akhir tahun.
  2. Membuat banner pelajar cemerlang yang mencatatkan nama - nama pelajar cemerlang serta kelas mereka. Banner ini ditempatkan dibahagian hadapan laluan masuk ke sekolah untuk tonton ibubapa pelajar dan semua pelajar. Ia bertujuan untuk memotivasikan mereka untuk terus mengekalkan dan meningkatkan prestasi.
  3. Mengambil gambar mereka semasa penyampaian sijil cemerlang dan lencana 5A serta memasukkan dalam Facebook untuk tatapan umum. Penyampaian sijil dalam majlis rasmi yang disampaikan oleh Guru Besar.
  4. Menyalurkan maklumat pencapaian pelajar dalam facebook yang menggandungi pencapaian keseluruhan semua mata pelajaran - peratus kelulusan , bilangan pelajar yang mendapat 5A dan GPS tahun 1 , 2 dan 3.
  5. Sentiasa memaklumkan kepada guru - guru dan pelajar tentang sasaran pencapain yang ditetapkan dalam perhimpunan rasmi sekolah serta memberikan pujian kepada kelas- kelas yang cemerlang.
  6. Mengadakan Majlis Muafakat ibubapa pelajar linus - perjumpaan dengan ibubapa pelajar linus yang bertujuan untuk mendedahkan program linus serta bertukar - tukar pandangan.
  7. Program mohon restu - dijalan pada hari akhir sebelum setiap kali peperiksaan diadakan. Pelajar berbaris dan bersalaman dengan semua guru memohon keberkatan ilmu yang diajar.
  8. Banner - Tahniah kerana anda hadir ke sekolah setiap hari.
Berakhlak mulia.
Program yang dirancang dan sedang dilaksanakan untuk mempertingkatkan akhlak dan adab pelajar , antaranya :
  1. Program sahsiahku gemilang ( PSG ) untuk pelajar tahun 1 , 2 dan 3 dengan bantuan unit bimbingan dan kaunseling serta unit disiplin sekolah.
  2. Program solat berjemaah disurau sekolah yang dipimpin oleh panitia agama islam - mewujudkan jadual waktu solat zuhur dan asar secara bergilir.
  3. Program solat Jumaat - pelajar dibawa solat jumaat setiap minggu dan diawasi oleh guru - guru lelaki islam. Program ini secara sukarela serta mendapat bantuan ibubapa pelajar yang menjadi komuniti Bikit Indah.
  4. Program Kem Solat Bestari untuk pelajar tahun 1 ,2 dan 3 yang dibimbing oleh panitia agama islam dan dibantu oleh semua guru. Program ini dijalankan 2 kali setahun secara bergilir.
Kegiatan kokurikulum.
Program ini hanya melibatkan pelajar tahun 3 sahaja , antara perancangan yang dilakukan :
  1. Aktiviti kokurikulum dimasukkan dalam jadual sekolah - Hari Rabu - pukul 12.00 hingga 1.00 tengahari. Pelajar memakai pakaian seragam unit masing - masing.
  2. Guru penasihat juga memakai pakaian seragam untuk memotivasikan pelajar supaya wujud perasaan bangga kepada unit mereka.
  3. Mengadakan pertandingan kawat kaki antara unit yang dijadikan program tahunan. Pelajar tahap 1 adalah pelapis.
Menghormati guru dan ibubapa.
Antara program yang dirancang dan sedang dijalankan , antaranya :
  1. Bersalaman dengan guru sebelum balik ke rumah setiap hari. Gruru membawa pelajar turun pada waktu akhir dan bersalaman sebelum balik.
  2. Bersalaman dengan guru dimana jua mereka bertemu dalam kawasan atau luar kawasan sekolah. Ini telah menjadi budaya pelajar sktbi.
  3. Memberi tahu supaya bersalaman dengan ibubapa apabila sampai ke rumah.
  4. Banner program - kami guru penyayang dengan kerjasam unit Hem dan Unit Ubk sekolah.
Sayang dan cintakan sekolah.
Antara program yang dijalan oleh Unit Hem adalah :
  1. Meningkatkan keceriaan kawasan sekolah supaya lebih kondusif dan menarik. Landskap yang indah dan menarik
  2. Mural dinding yang menarik.
  3. Stepleder di dataran perhimpunan - gergasi.
  4. Unit Hem mengwujudkan kumpulan kami guru penyayang dalam facebook - menyalurkan pelbagai maklumat antaranya lawatan ke hospital , penyampaian bantuan banjir , penyampaian bantuan duit raya dan lain - lain program yang sesuai.
Mengamalkan budaya cemerlang.
  1. Pelajar memakai lencana cemerlang 5A setiap hari.
  2. Slogan sekolah - Kami murid cemerlang.
  3. Ungkapan - Kecemerlangan anda bermula di sini - sktbi. Tertera dengan jelas menghala pintu masuk utama kawasan sekolah.
  4. Dataran kualiti - huruf Q tersergam melambangkan kualiti pendidikan dan pencapaian pelajar
  5. Menetapkan sasaran pencapaian yang perlu dicapai oleh guru - guru dan pelajar dari aspek kualiti dan kuantiti
PENCAPAIAN UJIAN SARINGAN LINUS TAHUN 1 DAN TAHUN 2 
 SARINGAN 1 DAN 4

Ujian saringan Linus tahun 1 , 2 dan 3 telah adakan pada 2hb. April 2012 dimana ujian saringan Linus khas tahun 3 telah dipantau oleh Puan Suhaila - JU Linus , PPD Gombak. Jumlah pelajar tahun 1 seramai 275 orang. Pelajar tahun 2 seramai 299 orang dan pelajar tahun 3 seramai 268 orang. Ujian saringan tahun 1 dan 2 diadakan pada 2 hb. April hingga 6hb. April 2012 , manakala ujian khas tahun 3 diadakan pada 2hb.April 2012 serentak. Kertas Literasi menggandungi 20 soalan dan diberi masa selama 30 minit. Manakala kertas Numerasi juga 20 soalan dan masa yang diberi selama 30 minit.

Tujuan ujian khas pelajar tahun 3 bertujuan untuk menguji keberkesanan dan ketelusan pengendalian serta menguji piawaian yang ditetapkan. Pelajar tahun 3 yang akan naik ketahun 4 pada tahun 2013 harus berada pada tahap Perdana iaitu TIDAK menghadapai masalah 2M. Tahun 1 dan 2 pula bertujuan untuk mengesan dan membimbing pelajar yang ada masalah 2M diperingkat awal.


TAHUN 1 - SARINGAN 1

Literasi
Arus Perdana
205 / 275 = 74.6%

Linus
60 / 275 = 21.8%

Linus tegar
10 / 275 = 3.6%
Numerasi
Arus Perdana
211 / 275 = 76.7%

Linus
64 / 275 = 23.3%

Linus tegar
TIADA

TAHUN 2 - SARINGAN 4

Literasi
Arus Perdana
295 / 299 = 98.7%

Linus
4 / 299 = 1.3%

Linus tegar
TIADA
Numerasi
Arus Perdana
299 / 299 = 100%

Linus
TIADA

Linus tegar
TIADA





PERLAKSANAAN DAN KETERANGAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHAP 1 LINUS MULAI TAHUN 2012




BIL
SASARAN KUMPULAN MURID
TAHAP ASAS PENGUASAAN MURID
PROSES SARINGAN SETIAP MURID
KOHORT
TAHUN
LITERASI
NUMERASI

1

Kohort 1

Tahun 3, 2012




1.1    MURID LINUS TEGAR
-          Murid tidak melepasi mana- mana atau keseluruhan konstruk 1& 2

1.2   MURID LINUS
 Murid tidak melepasi salah satu atau sebahagian atau keseluruhan konstruk 3 hingga  8.

1.3   MURID PERDANA
 Murid yang melepasi konstruk 9 (minimum) dan ke atas

1.1  MURID LINUS TEGAR
-          Murid tidak melepasi mana – mana atau  keseluruhan konstruk 1& 2

1.2   MURID LINUS
Murid tidak melepasi salah satu atau sebahagian atau keseluruhan konstruk 3 hingga  9.

1.3   MURID PERDANA
Murid yang melepasi konstruk 10 (minimum) dan ke atas


1.1     MURID LINUS TEGAR  DAN MURID LINUS
   Perlu mengikuti saringan berikutnya sehingga menguasai literasi dan numerasi.

1.2     MURID PERDANA
  Tidak perlu mengikuti Saringan seterusnya apabila telah menguasai literasi & numerasi.

2

Kohort 2

Tahun 2, 2012




3

Kohort 3 dan Seterusnya




Tahun 1,
2012 dan Seterusnya




1.1     MURID LINUS TEGAR
-          Murid tidak melepasi salah satu atau sebahagian atau keseluruhan konstruk 1 dan konstruk 2.

1.2     MURID LINUS
-          Murid tidak melepasi salah satu atau sebahagian atau keseluruhan konstruk 3 hingga 12.

1.3     MURID PERDANA
-          Murid melepasi semua konstruk yang diuji dari konstruk 1 hingga konstruk 12.


Semua murid termasuk murid Arus Perdana perlu mengikuti semua Saringan LINUS sepanjang 3 tahun di tahap 1 sekolah rendah.