POPULASI PELAJAR SESI PETANG TAHUN 2012.
Tahun lelaki % perempuan % Jumlah
1 129 46.9 146 53.1 275
2 152 50.8 147 49.2 299
3 133 49.6 135 50.4 268
Jumlah 414 49.2 426 50.6 842
VISI SESI PETANG
BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA
CARA NYA
- Berkhidmat dengan jujur dan ikhlas.
- Berkhidmat dengan perasaan penuh tanggungjawab.
- Mengajar dan menjalankan tugas semata - mata kerana allah.
- Sentiasa mengamalkan budaya cemerlang tugas harian.
- Peka akan perubahan dan perkembangan semasa dalam dunia pendidikan.
- Menghormati profesion keguruan.
- Taat dan patuh kepada ajaran agama.
MISI SESI PETANG
MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG DAN BERTAQWA SUPAYA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT
CARANYA
- Cemerlang dalam akademik.
- Berakhlak mulia.
- Cemerlang dalam kegiatan kokurikulum.
- Menghormati guru dan ibubapa.
- Tahu akan tanggungjawab sebagai pelajar cemerlang.
- Sayang dan cintakan sekolah.
- Mengamalkan budaya cemerlang.
Cemerlang dalam akademik.
Pelbagai program telah dirancang dan sedang dilaksanakan untuk mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar sesi petang antaranya ialah :
- Penganugerahan sijil dan lenca 5A kepada pelajar cemerlang yang mendapat 5A dalam peperiksaan fasa 1 , pertengahan tahun , fasa 2 dan akhir tahun.
- Membuat banner pelajar cemerlang yang mencatatkan nama - nama pelajar cemerlang serta kelas mereka. Banner ini ditempatkan dibahagian hadapan laluan masuk ke sekolah untuk tonton ibubapa pelajar dan semua pelajar. Ia bertujuan untuk memotivasikan mereka untuk terus mengekalkan dan meningkatkan prestasi.
- Mengambil gambar mereka semasa penyampaian sijil cemerlang dan lencana 5A serta memasukkan dalam Facebook untuk tatapan umum. Penyampaian sijil dalam majlis rasmi yang disampaikan oleh Guru Besar.
- Menyalurkan maklumat pencapaian pelajar dalam facebook yang menggandungi pencapaian keseluruhan semua mata pelajaran - peratus kelulusan , bilangan pelajar yang mendapat 5A dan GPS tahun 1 , 2 dan 3.
- Sentiasa memaklumkan kepada guru - guru dan pelajar tentang sasaran pencapain yang ditetapkan dalam perhimpunan rasmi sekolah serta memberikan pujian kepada kelas- kelas yang cemerlang.
- Mengadakan Majlis Muafakat ibubapa pelajar linus - perjumpaan dengan ibubapa pelajar linus yang bertujuan untuk mendedahkan program linus serta bertukar - tukar pandangan.
- Program mohon restu - dijalan pada hari akhir sebelum setiap kali peperiksaan diadakan. Pelajar berbaris dan bersalaman dengan semua guru memohon keberkatan ilmu yang diajar.
- Banner - Tahniah kerana anda hadir ke sekolah setiap hari.
Berakhlak mulia.
Program yang dirancang dan sedang dilaksanakan untuk mempertingkatkan akhlak dan adab pelajar , antaranya :
- Program sahsiahku gemilang ( PSG ) untuk pelajar tahun 1 , 2 dan 3 dengan bantuan unit bimbingan dan kaunseling serta unit disiplin sekolah.
- Program solat berjemaah disurau sekolah yang dipimpin oleh panitia agama islam - mewujudkan jadual waktu solat zuhur dan asar secara bergilir.
- Program solat Jumaat - pelajar dibawa solat jumaat setiap minggu dan diawasi oleh guru - guru lelaki islam. Program ini secara sukarela serta mendapat bantuan ibubapa pelajar yang menjadi komuniti Bikit Indah.
- Program Kem Solat Bestari untuk pelajar tahun 1 ,2 dan 3 yang dibimbing oleh panitia agama islam dan dibantu oleh semua guru. Program ini dijalankan 2 kali setahun secara bergilir.
Kegiatan kokurikulum.
Program ini hanya melibatkan pelajar tahun 3 sahaja , antara perancangan yang dilakukan :
- Aktiviti kokurikulum dimasukkan dalam jadual sekolah - Hari Rabu - pukul 12.00 hingga 1.00 tengahari. Pelajar memakai pakaian seragam unit masing - masing.
- Guru penasihat juga memakai pakaian seragam untuk memotivasikan pelajar supaya wujud perasaan bangga kepada unit mereka.
- Mengadakan pertandingan kawat kaki antara unit yang dijadikan program tahunan. Pelajar tahap 1 adalah pelapis.
Menghormati guru dan ibubapa.
Antara program yang dirancang dan sedang dijalankan , antaranya :
- Bersalaman dengan guru sebelum balik ke rumah setiap hari. Gruru membawa pelajar turun pada waktu akhir dan bersalaman sebelum balik.
- Bersalaman dengan guru dimana jua mereka bertemu dalam kawasan atau luar kawasan sekolah. Ini telah menjadi budaya pelajar sktbi.
- Memberi tahu supaya bersalaman dengan ibubapa apabila sampai ke rumah.
- Banner program - kami guru penyayang dengan kerjasam unit Hem dan Unit Ubk sekolah.
Sayang dan cintakan sekolah.
Antara program yang dijalan oleh Unit Hem adalah :
- Meningkatkan keceriaan kawasan sekolah supaya lebih kondusif dan menarik. Landskap yang indah dan menarik
- Mural dinding yang menarik.
- Stepleder di dataran perhimpunan - gergasi.
- Unit Hem mengwujudkan kumpulan kami guru penyayang dalam facebook - menyalurkan pelbagai maklumat antaranya lawatan ke hospital , penyampaian bantuan banjir , penyampaian bantuan duit raya dan lain - lain program yang sesuai.
Mengamalkan budaya cemerlang.
- Pelajar memakai lencana cemerlang 5A setiap hari.
- Slogan sekolah - Kami murid cemerlang.
- Ungkapan - Kecemerlangan anda bermula di sini - sktbi. Tertera dengan jelas menghala pintu masuk utama kawasan sekolah.
- Dataran kualiti - huruf Q tersergam melambangkan kualiti pendidikan dan pencapaian pelajar
- Menetapkan sasaran pencapaian yang perlu dicapai oleh guru - guru dan pelajar dari aspek kualiti dan kuantiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan