Jumaat, 27 April 2012

PROGRAM LINUS - NKRA PENDIDIKAN


PROGRAM NUMERASI LINUS - TAHUN 1
Selain daripada Program literasi , pelajar tahun 1 juga terlibat dengan program numerasi bagi pelajar yang gagal dalam saringan pertama dan berstatus linus atau linus tegar. Sama seperti literasi pelajar arus perdana akan mengikuti Program Kssr manakala pelajar linus dan linus tegar akan mengikuti Program Numerasi. Pelajar linus akan diajar oleh guru numerasi linus manakala pelajar linus tegar diajar oleh guru pemulihan. Guru linus numerasi dibekalkan dengan buku modul numerasi manakala pelajar juga diberikan buku modul yang sama.

Kandungan modul numerasi tahun 1 menggandungi 11 unit yang perlu dihabiskan dalam masa setahun. Ada 3 saringan yang perlu dilalui semasa tahun 1 , 2 dan 3. Pelajar linus numerasi tahun 2 mempunyai modul yang berasingan. Isi kandungan modul untuk tahun 1 adalah :

NOMBOR BULAT 1 HINGGA 10
  1. Menyebut nombor 1 hingga 9
  2. Mengenalpasti angka 1 hingga 9
  3. Membilang objek dalam kumpulan 1 hingga 9
  4. Menulis angka 1 hingga 9
  5. Membaca nombor dalam perkataan 1 hingga 9
  6. Menulis nombor dalam perkataan satu hingga sembilan
  7. Menyusun nombor 1 hingga 9 - membilang satu - satu secara menaik dan membilang satu - satu secara menurun.
  8. Menyebut nombor 0 hingga 10 - mengenalpasti angka 0 dan 10 dalam membilang , membilang objek dalam kumpulan hingga 10 , menulis angka 0 dan 10 , membaca nombor dalam perkataan sifar hingga sepuluh dan menulis nombor dalam perkataan sifar hingga sepuluh.
  9. Menyusun nombor 0 hingga 10 - membilang satu - satu secara tertib menaik , membilang satu - satu secara tertib menurun , membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik dan membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.
  10. Membandungkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang.
  11. Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada sesuatu nombor.
NOMBOR BULAT HINGGA 20

  1. Menyebut nombor 11 hingga 20 , mengenalpasti angka 11 hingga 20 dan menulis angka 11 hingga 20.
  2. Membilang objek dalam kumpulan 11 hingga 20.
  3. Membaca nombor dalam perkataan sebelas  hingga dua puluh , Menulis nombor dalam perkataan sebelas hingga dua puluh.
  4. Menyatakan nilai setiap digit dalam satu nombor , menyusun nombor 11 hingga 20 - membilang satu - satu secara tertib menaik , membilang satu - satu secara tertib menurun , membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik dan membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.
TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10
  1. Menentukan lebih satu daripada satu nombor.
  2. Menyatakan jumlah bagi dua nombor.
  3. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.
  4. Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jumlah yang sama.
  5. Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor.
  6. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
TAMBAH LINGKUNGAN 18
  1. Menyatakan lebih satu daipada dua nombor.
  2. Menyatakan jumlah bagi dua nombor.
  3. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.
  4. Menyatakan secara spontan fakta asas tambah.
  5. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10
  1. Menyatakan kurang satu daripada satu nombor.
  2. Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.
  3. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18
  1. Menyatakan kurang satu daripada satu nombor.
  2. Mencari beza antara dua nombor.
  3. Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.
  4. Menyatakan secara spontan fakta asas tolak.
  5. Menyatakan pasangan nombor yang mungkin di mana apabila di tolak memberikan baki yang sama.
  6. Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor.
  7. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
KONSTRUK LINUS NUMERASI

Pelajar linus numerasi harus melepasi 12 konstruk dalam tempoh 3 tahun yg bermula di tahun 1 hingga ke tahun 3. Konstruk tersebut adalah :
1. Keupayaan pranombor dan mengenal angka
2. Keupayaan membilang
3. Keupayaan memahami nilai nombor
4. Keupayaan membuat seriasi
5. Keupayaan mengenal wata wang Malaysia
6. Keupayaan menyatakan waktu
7. Keupayaan mengendalikan operasi asas
8. Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
9. Keupayaan mengukur panjang objek , jisim dan isipadu
10. Keupayaan menterjemahkan ayat biasa kepada ayat matematik
11. Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada 
       nombor bulat
12. Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang      
       , masa dan ukuran panjang.

SK Taman Bukit Indah tidak ada pelajar Numerasi tegar tahun 1 , 2 dan 3. Tahun 2 dan 3 semua arus perdana. Tahun 1 berdasarkan saringan pertama yang lalu didapati 63 / 275 = 23.3%  berstatus Linus. Bilangan ini wujud disebabkan oleh peningkatan  syarat kelulusan oleh NKRA Pendidikan . Tahun lalu hingga konstruk 8 tapi tahun ini ditingkatkan hingga konstruk 12. Status linus bermaksud pembelajaran agak lembab ( slow learner ). Berdasarkan pengalaman lalu , jumlahnya akan berkurangan 50% pada saringan ke dua dan 100% pada sariongan ke tiga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan