Selasa, 10 April 2012

PENTAKSIRAN SEKOLAH

 

Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran - pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid , meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu - satu proses pengajaran. PS boleh dilaksanakan secara :

1. Pentaksiran formatif yg dijalankan seiring dengan proses pengajaran.
2.   Pentaksiran sumatif yg dijalankan pada akhir unit pembelajaran , semester atau tahunan.

Sistem pelaporan terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Formatif - Penyataan evidence digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid. Evidences  berdasarkan lembaran kerja , projek , lukisan , pemerhatian , soaljawab lisan dll.

2. Sumatif - Penyataan deskriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid Ia berdasarkan Standart kurikulum atau sylebus bagi sesuatu mata pelajaran.

Proses perlaksanaan.
  1. Guru membuat perancangan mata pelajaran yang hendak dilaksanakan iaitu tajuk , standart pembelajaran  ( sub topik ) , bahan eviden yang hendak digunakan.
  2. Membuat eviden berdasarkan band 1 hingga 6.
  3. Guru masuk kelas dan menjalankan pengajaran.
  4. Diakhir pengajaran guru menguji kefahaman pelajar menggunakan eviden yang telah disedikan.
  5. Setelah tamat waktu pengajaran guru akan key in dalam sistem penilaian berasaskan sekolah ( SPBS ) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia secara on line.
  6. Proses ini diulang setiap kali masuk mengajar dengan topik - topik yang lain sehingga akhir tahun.
  7. Pada akhir tahun pihak Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan Laporan Pencapaian Fomatif  bagi semua 10 / 11 mata pelajaran yang diajar disekolah.
  8. Setiap orang pelajar memiliki 10 / 11 helaian laporan pencapaian formatif dengan penerangan terperinci band yang di perolehi serta tahap penguasaannya.
CONTOH LAPORAN PENCAPAIAN FORMATIF

Nama pelajar              : Adi Putera
No Mykad                  : ..........................................
Nama sekolah             : SK Panglima
Darjah / tahun            :  1
Nama Mata pelajaran : BAHASA MELAYU ( SK )

Prestasi                       : Band 3

Penyataan pelaporan prestasi.
ADI PUTERA boleh :
  1. membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mematahinya.
  2. mendengar dan memberikan respon terhadap sesuatu arahan soalan dan pesanan.
  3. mencatat maklumat yang difahami.
Syabas diucapkan kepada ADI PUTERA atas pencapaian yang amat membanggakan. Beliau telah menguasai sepenuhnya Band 3 dan layak ke Band 4.




..........................................                        ..........................................
Tandatangan                                              Tandatangan
Guru mata pelajaran                                  Ibubapa / penjaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan