MODUL PROGRAM LINUS LITERASI
TAHUN 1
Pelajar tahun 1 yang gagal dalam instrumen saringan menulis pertama - Kementerian Pelajaran Malaysia - NKRA Pendidikan yang diuji pada bulan Mac akan mengikuti program ini selama 3 bulan setiap saringan. Mereka yang berstatus Linus akan mengikuti Program Linus yang dikendalikan oleh guru Linus dan yang Linus Tegar akan mengikuti Program Pemulihan Khas yang dikendalikan oleh guru pemulihan. Yang berstatus Perdana akan mengikuti Program KSSR - Kurikulum Standart Sekolah Rendah dan PBS - Penilaian berasaskan sekolah.
ISI KANDUNGAN PROGRAM
Terdapat 4 unit dan 4 kemahiran yang berlainan. Kesemua unit dan kemahiran mesti dilalui selagi mereka berstatus Linus.
UNIT 1 - Mengenali , menyebut dan menulis huruf a , i , u , b , d , h , k , l dan t. Membaca , membina
dan menulis suku kata KV. Membaca , membina dan menulis perkataan KVKV.
UNIT 2 - Mengenali dan menyebut huruf e , o , c , m , n , r dan s. Membaca , membina dan menulis suku
kata KV. Membaca , membina dan menulis perkataan VKV dan KVKVKV.
UNIT 3 - Mengenal dan menyebut huruf f , v , w , x dan z. Membaca , membina dan menulis suku kata
KVK. Membaca , membina dan menulis perkataan KVK dan VKVK.
UNIT 4 - Mengenali dan menyebut huruf g , j , p , q , r dan y. Membaca , membina dan menulis suku kata
KVK. Membaca , membina dan menulis perkataan KVKVK , KVKKV dan KVKKVK.
KVK. Membaca , membina dan menulis perkataan KVKVK , KVKKV dan KVKKVK.
KONSTRUK LINUS LITERASI
Pelajar linus literasi harus melepasi 12 konstruk yang ditetapkan oleh kementerian dalam tempoh 3 tahun di tahap 1. Mereka akan menduduki 9 saringan dalam tempoh 3 tahun iaitu 3 disetiap tahun. Konstruk yang ditetapkan ialah :
1. Keupayaan menamakan huruf vocal dan konsanan
2. Keupayaan membunyikan suku kata terbuka
3. Keupayaan membaca perkataan yg menggandungi suku kata terbuka
4. Keupayaan membunyikan suku kata tertutup
5. Keupayaan membaca suku kata tertutup
6. Keupayaaan membaca perkataan yg mengandungi suku kata tertutup - ng
7. Keupayaan membaca perkataan yg mengandungi diftong
8. Keupayaan membaca perkataan yg mengandungi vocal berganding
9. Keupayaan membaca perkataan yg mengandungi digraf dan konsonan bergabung
10. Keupayaan membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
11. Keupayaan membaca ayat mudah
12. Keupayaan membaca dan memahami berdasarkan bahan ransangan
Guru Linus Literasi dibekalkan oleh Kementerian buku modul yang MESTI diajar kepada semua pelajar berstatus linus. Buku tersebut menggandungi isi kandungan ( sylebus ) dan bentuk latihan yang diberi. Pelajar Linus Tegar juga diajar menggunakan kandungan program yang sama. Bezanya ia dikendalikan oleh guru Pemulihan Khas.
Pelajar tahun 1 dan 2 terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu pelajar Perdana , pelajar Linus dan pelajar Linus Tegar. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berbeza iaitu :
Pelajar tahun 1 dan 2 terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu pelajar Perdana , pelajar Linus dan pelajar Linus Tegar. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berbeza iaitu :
- Pelajar Arus Perdana - Mengikuti Program KSSR dan diajar oleh guru KSSR. Dinilai melalui PBS - LPM ( Lembaga Peperiksaan Malaysia - on line )
- Pelajar Linus - Mengikuti program Literasi yang diajar oleh guru Linus. Dinilai melalaui Saringan Linus.( NKRA Pendidikan - on line )
- Pelajar Linus Tegar - Mengikuti Program Pemulihan dan diajar oleh guru pemulihan. Dinilai melalaui Saringan Linus ( NKRA Pendidikan - on line )
Pelajar tahap 1 ( tahun 1 , 2 dan 3 ) harus menguasai kemahiran asas membaca , menulis dan mengira dan pada tahun 4 mereka MESTI berstatus Perdana yang mana mereka telah menguasai 3 elemen asas tersebut. Tidak lagi timbul masalah murid tidak tahu membaca , menulis dan mengira pada tahap 2 iaitu ( tahun 4 , 5 dan 6 ) seterusnya ke sekolah menengah. Program ini telah masuk ke fasa 3 dan tahun 2013 akan memasuki tahap 2. Program ini berjaya mengurang dan menghapuskan masalah murid yang tidak menguasai asas 3 M pada tahun 3 jika ianya dikendalikan dengan betul serta mengikut arahan serta panduan yang diberikan oleh pihak kementerian.
Syarat yang perlu ada pada diri seseorang guru Linus adalah :
- Memiliki tahap kesabaran yang tinggi kerana pelajar linus sangat istimewa dan tidak boleh dikendalikan oleh sebarangan guru.
- Seorang guru wanita ( sudah berumah tangga ) kerana mereka memiliki sifat keibuan yang sayangkan anak - anak.
- Mempunyai pengalaman yang luas terhadap program linus dan sekurang - kurangnya 2 / 3 tahun pengalaman.
- Kebolehan dan keupayaan menggunakan komputer serta tahu cara mengekses internet kerana data linus di key in secara on line ke Potal NKRA Pendidikan.
- Memiliki kepelbagaian dalam teknik pengajaran kerana pelajar linus AMAT PERLU pengajaran berasaskan bahan bantu mengajar yang sesuai serta teknik mengajar didik hibur.
- Kesanggupan dan kerelaan mengajar pelajar linus BUKAN satu paksaan serta berminat dalam bidang tersebut.
- Tidak mudah mengalah atau cepat kecewa kerana pelajar linus dikenal pasti sebagai pelajar lembab ( slow leaner )
Ciri - ciri pelajar linus - amnya.
- Pelajar lembab atau buta huruf disebabkan mungkin TIDAK mengikuti Program PraSekolah.
- Menghadapi masalah disiplin diri yang tinggi.
- Tidak ada / kurang perhatian atau bantuan di rumah kerana ibubapa mungkin sibuk mencari rezeki.
- Menghadapi masalah genatik / keturunan.
- Masalah fizikal - sengau iaitu kecacatan pada bahagian hidung atau mulut.
- Masalah keluarga yang tidak stabil iaitu ibubapa bercerai dan kurang pembelaan.
- Pelajar berkeperluan khas yang disebab oleh penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan