Ahad, 29 April 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )




PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN

Kurikulum Standart Sekolah Rendah ( KSSR ) berkait rapat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 
( PBS ). Program ini bermula pada tahun 2011 dan kini telah masuk ke tahun 2.  Pentaksiran Sekolah
( PS ) adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.  Pentaksiran Sekolah mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu - satu proses pengajaran. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan , pembinaan item dan instrumen pentaksiran , pentadbiran , pemeriksaan atau pengskoran , perekodan dan pelaporan. 

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang ( JERI - Jasmani , Emosi , Rohani dan Interlek ).  PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi murid ke tahap maksimun.

PS mempunyai ciri - ciri berikut :
  1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
  2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan proses pengajaran.
  3. Fleksibal iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
  4. Merujuk standart prestasi yang dibina berdasarkan standart kurikulum.
Pentaksiran Sekolah boleh dijalankan secara :
  1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran.
  2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran , semester atau tahunan.
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDART.
Ia menggunakan Standart Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang pelajar. Ia merupakan proses mendapat maklumat tentang sejauh mana murid tahu , faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standart prestasi yang ditetapkan mengikut tahap - tahap pencapaian seperti yang dihasilkan dalam dokumen kurikulum ( Standart Kurikulum ).

Pentaksiran Rujukan Standart tidak membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain tetapi melaporkan prestasi pelajar dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan pelajar. Pelajar dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan , kebolehan , bakat , kemahiran dan potensi diri tanpa membandingkan dengan orang lain.

STANDART PRESTASI
Merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam tempoh pembelajaran berdasarkan satu petanda aras yang telah dikenal pasti . Ia menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti pelajar , ibubapa serta pihak yang berkepentingan. Dengan menggunakan standart prestasi :
  1. Pelajar tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai , apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
  2. Guru tahu maklumat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah . apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada pelajar.
  3. Ibubapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak - anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk sesuatu tempoh tertentu.
  4. Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.
KERANGKA STANDART PRESTASI
Standart Prestasi menggandungi 6 Band sebagai asas pentaksiran. Pentaksiran dibuat bersasarkan Evidens dan Deskriptor. Penyataan standart bermaksud penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran yang merujuk kepada objektif mata pelajaran. Deskriptor bermaksud Apa yang murid tahu dan boleh buat yang merujuk kepada standart kurikulum ( Sylebus ). Evidens bermaksud bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat.


Band 1 - murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau member respon terhadap 
                perkara asas. ( Tahu )
Band 2 - murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta 
               menjelaskan apa yang telah dipelajari. ( Tahu dan Faham )
Band 3 - murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu 
               situasi. ( Tahu , Faham dan Boleh Buat )
Band 4 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab seperti tertib atau melaksanakan sesuatu 
               mengikut prosidur / arahan secara sistematik. ( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab ).
Band 5 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru dengan mengikut 
               prosidur / arahan secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. ( Tahu , Faham dan Boleh      
               buat  dengan beradab Terpuji ).
Band 6 - murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif  , mempunyai keupayaan membuat 
              keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh 
              berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara 
              bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.  ( Tahu , Faham dan Boleh Buat dengan beradab 
              Mitali ).

PERANAN STANDART PRESTASI DALAM PENGAJARAN.
  1. Guru memilih standart kurikulum yang hendak diajar ( sylebus )
  2. Guru merancang pengajaran , pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran ( evidens ).
  3. Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran di akhir pengajaran atau sesuatu topik pengajaran.
  4. Guru menilai prestasi pelajar , merekod dan melaporkan berdasarkan evidens - Key in dalam Potal Lembaga Peperiksaan.
  5. Melakukan pemulihan kpd pelajar yg gagal dalam standart penilaian yg ditetapkan
  6. Pilih Standart pengajaran yang baru dan laksanakan pengajaran , pembelajaran dan pentaksiran seterusnya.
CONTOH PELAPORAN DARI POTAL LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.

PENYATAAN PELAPORAN PRESTASI SUMATIF MURID
BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK ( SK ) KSSR TAHUN 1

Nama murid               :  DAVINA ALBAB
No. MyKid               :  023401002789
Nama Sekolah            :  SK DAYANG
Kod Sekolah              :   BBA 5423
Darjah                        :  1
Nama mata pelajaran :   MATEMATIK ( SK )

Prestasi                      : Band 3

Penyataan pelaporan prestasi.
DAVINA ALBAB boleh :
  1. boleh menyelesaikan operasi asas tambah dan tolak
  2. boleh membundarkan nombor bulat
  3. boleh melengkapkan pola berbentuk tiga dimensi ( 3D ) dan bentuk dua dimensi ( 2D ) serta pola nombor bulat.
  4. boleh melakukan penukaran nilai wang
  5. boleh menulis waktu 
Syabas diucapkan kepada DAVINA ALBAB di atas pencapaian yang amat membanggakan. Beliau telah menguasai sepenuhnya Band 3 dan layak ke Band 4.




.......................................................                                                   ..................................................
Tandatangan Guru mata pelajaran                                                       Tandatangan ibubapa / penjaga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan