Ahad, 9 Jun 2013

PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK



Kejayaan dan kegemilangan sekolah tertumpu kepada aspek pencapaian prestasi akademik khasnya dalam peperiksaan awam - UPSR di peringkat sekolah rendah. PMR , SPM dan STPM di peringkat sekolah menangah. Sekolah yang sering menjadi pilihan adalah sekolah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam dari aspek kualiti dan kuantiti. Persoalannya .... bagaimanakah untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan awam atau peperiksaan dalaman ?. Banyak faktor yang berkait dengan persoalan ini. Antaranya adalah :

  1. Kepimpinan sekolah
  2. Program sekolah
  3. Status guru
  4. Status pelajar
  5. Penglibatan ibubapa dan PIBG
  6. Persekitaran dan budaya sekolah
KEPIMPINAN SEKOLAH

Kepimpinan sekolah tertumpu kepada gaya kepimpinan Guru Besar / Pengetua yang menjadi teraju utama dan dibantu oleh penolong - penolong kanan , guru cemerlang , guru pakar dan Jurulatih dalam pelbagai bidang yg ada disekolah. Pihak pengurusan sekolah harus mempunyai hala tuju yang jelas dan boleh dicapai serta tindakkan susulan yg perlu digerakkan. Visi dan Misi sekolah serta perancangan strategik dan tektikal , seharusnya diterjemahkan dan di ketahui oleh semua warga sekolah. Gaya kepimpinan yang sesuai akan memudahkan tugas pengurusan dilaksanakan dan dapat diterima oleh seluruh warga sekolah. Gaya kepimpinan bergantung kepada budaya sekolah , persekitaran dalaman dan persekitaran luaran yang menjadi pelengkap sebagai sebuah institusi. Kepimpinan yang berjaya akan :
  1. Memudahkan segala perancangan dan program yg ditetapkan untuk tahun tersebut
  2. Dapat diterima oleh seluruh entiti sekolah
  3. Dapat mewujudkan persekiran kerja yang menyeronokkan dan bebas dari tekanan
  4. Kemajuan dan pencapaian sekolah akan berkembang setiap tahun
  5. KPI yang ditetapkan mudah dicapai
  6. Mendapat sokongan dan bantuan dari faktor persekitaran luaran - ibubapa dan PIBG
  7. Wujudnya persekitaran yg kondusif dan ceria
  8. Terbentuknya budaya yang positif
  9. Prestasi akademik meningkat setiap tahun
  10. Kurang guru yang memohon pertukaran sekolah
  11. Keceriaan pelajar yang hadir ke sekolah boleh dilihat dengan jelas 
  12. Ranking sekolah akan meningkat dan menjadi pilihan
Pengurusan sekolah adalah pengurusan berangkai ( chain management ) yang mana setiap entiti penting dan berfungsi dengan sempurna serta bergerak seiring dengan perancangan strategik dan tektikal. Jika salah satu daripada rantaian putus / tak berfungsi maka visi dan misi dianggap gagal mencapai KPI yang ditetapkan. Masalah utama pengurusan adalah konterversi dan dasar yg memihak kepada satu rantaian sahaja. Wujudnya ketidak puasan kepada staf , pelajar dan juga ibubapa. Puncanya adalah pengurusan yang pincang dan tak berwawasan. Istilahnya statik / zon selesa. Penyaluran maklumat yang tersekat dan aduan tanpa tindakkan susulan. Apakah ciri - ciri yang perlu ada kepada pemimpin utama sesebuah sekolah ?. Antaranya adalah :
  1. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam mentadbir organisasi
  2. Bertwawasan dan berkrisma
  3. Diterima oleh seluruh entiti dengan senang hati
  4. Sharing n carering - berkongsi dan mengambil berat terhadap tanggungjawab
  5. Memahami keseluruhan fungsinya - persekitaran kerjanya
  6. Mesra dan mudah didampingi
  7. Pengasih dan penyayang
  8. Tahu menghargai dan menilai berdasarkan fakta yg nyata
  9. Tidak terpengaruh dan tergoda dengan provokasi atau hasutan yg negatif
  10. Tidak ada pemisah dalam sistem pengurusan - open management system
  11. Sentiasa meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang tugasnya
  12. Menjadi model atau teladan
  13. Mengotakan apa yang dikatakan
  14. Kurang berkata - kata dan lebih mendengar
  15. Sedia berkengsi dan menerima ilmu serat pengalaman dari orang bawahan
  16. Tidak terburu - buru dalam membuat keputusan
  17. Tahu apa yang berlaku dalam persekitaran sekolah
  18. Dapat kerjasama dari pengurus lini dan mudah berinteraksi
  19. Perwatakan yang sesuai dan komunikasi yang berkesan
  20. Sedia menerima teguran dan pandangan orang lain serta sentiasa berlapang dada
  21. Merendah diri walaupun banyak pengalaman serta tinggi ilmunya
  22. Berpegang teguh kepada ajaran agama
  23. Memahami peraturan dan perundangan pengurusan
  24. Sentiasa melaksanakan inovasi dalam sistem pengurusan
  25. Proses kerja yang tersusun dan teratur
Banyak model dan gaya kepimpinan serta teori dari barat dan timur tapi model yang terbaik adalah kepimpinan Nabi Muhammad saw. Baginda adalah pemimpin , guru , bapa , sahabat yang lengkap dan membawa sinar kepada umat maknusia. 4 sifat kepimpinan kauzes & Posner ( 2002 ) , Pedagogi Ledership ( 1998 ) yang merangkumi 3 aspek penting , 4 dimensi kepimpinan pengajaran ( Blase & Blase 2000 ) adalah contoh - contoh teori dan gaya kepimpinan yang boleh dipelajari. Dalam sistem pengurusan dan kepimpinan sekolah yang terbaik adalah - 4 sifat kepimpinan Kauze + 2 kepimpinan pedagogi + 4 sifat kepimpinan pengajaran yang boleh menjana kemajuan . Dari segi teori serta kefahaman sahaja tidak mencukupi kerana yang paling penting adalah perlaksanaan. Perancangan cukup bagus , strategi sesuai tetapi gagal dari aspek perlaksanaan. Akhirnya Visi , Misi , perancangan strategi dan tektikal hanya menjadi bahan catatan dalam kertas semata - mata. Jika seseorang pemimpin itu baik dan berjaya maka jika diletakkan ditempat yang kurang maju maka akan berlaku kemajuan sebaliknya jika seseorang pemimpin itu kurang baik , jika ditempatkan ditempat yg maju tempat tersebut akan merundum kegagalan.

PROGRAM SEKOLAH

Program sekolah harus dirancang dengan teliti supaya bersesuaian dengan persekitaran sekolah dan tercatat dalam Taqwim sekolah serta diketahui oleh keseluruhan entiti organisasi. Program sekolah terbahagi kepada 2 iaitu program tahunan dan Program Khas. Program khas itu merupakan core business kepada organisasi atau dengan bahasa mudahnya sasaran khusus untuk tahun tersebut. Program khas boleh diambil dari unit akademik , unit Hem atau unit kokurikulum atau projek khas PIBG berkaitan dengan kemudahan asas sekolah. Program tahunan adalah program yang biasa dilaksanakan setiap tahun secara berterusan. Antaranya adalah :

  1. Kelas tambahan                                                                   30. Solat berjemaah zuhur & Asar
  2. Program motivasi                                                                 31. Solat Jumaat
  3. Seminar peperiksaan                                                            32. Anugerah Lencana Cemerlang
  4. Program muafakat ibubapa pelajar                                       33. Program Sahsiah ku gemilang
  5. Bicara akademik                                                                 34. Program Bijak Berbelanja
  6. Pengiktirafan dan anugerah kecemerlangan
  7. Graduasi
  8. Solat hajat
  9. Hari Kantin / karnival
  10. Program Nilam
  11. Kem kepimpinan
  12. Kem rakan sebaya
  13. Program Linus
  14. Program Kssr / Pbs
  15. Program Pemulihan
  16. Program Orientasi pelajar dan guru baru
  17. Program Transisi
  18. Protim
  19. Program kesihatan
  20. Program JQAF
  21. Program Tasmek
  22. Program Hafazan
  23. Program celik jawi
  24. Program bahasa asing
  25. Program Tasmek
  26. Program Khatam Al - Quran
  27. Program Anti Dadah
  28. Program Pencegahan Jenayah
  29. Program Kesihatan dan Pergigian
  30. Program sukan , unit beruniform dan persatuan - kawat kaki , ikhtiar hidup 
Program yang dirancang harus menyeluruh dan seimbang berasakan konsep JERI iaitu Jasmani , emosi , rohani dan interlak. Program yang dirancang hendaklah :
  1. Dipantau perlaksanaannya
  2. Dibuat penilaian dan penambahbaikan
  3. Didokumentasikan sebagai bahan rujukkan masa depan
  4. Dipilih mengikut keperluan semasa dan perseekitaran
  5. Wujud nilai tambah atau value added.
  6. Melibat ibubapa dan komuniti setempat
  7. Perancangan dalam taqwim sekolah harus dilaksanakan
  8. Memastikan perlaksanaannya mencapai objektif dan kumpulan sasaran
  9. Segala maklumat harus disalurkan supaya tidak berlaku salah faham atau konterversi

STATUS GURU
Guru adalah aset penting kepada sesebuah sekolah oleh itu pihak pengurusan harus mengenali dan memahami guru - guru mereka dari aspek kekuatan dan kelemahan. Analisa Swot boleh digunakan sebagai panduan dan dokumen rujukkan. Guru yang berilmu dan berpengalaman adalah aset terpenting yang perlu diberikan perhatian. Kehilangan salah seorang daripada mereka merupakan satu kerugian kepada pihak sekolah khasnya kepakaran dan pengalaman yang dimilikinya. Apakah ciri - ciri guru yang kita perlukan untuk membangun dan mencapai kejayaan sekolah ?. Sekumpulan guru yang menjadi aset sekolah harus memiliki ciri - ciri berikut :
  1. Komited dan bertanggungjawab terhadap tugas serta amanah yg diberi
  2. Berwawasan dan berobjektif - ada sasaran yg ditetapkan
  3. Memahami budaya dan persekitaran sekolah - menjiwai budaya sekolah
  4. Memahami visi dan misi sekolah dan berusaha membantu pihak sekolah mencapainya
  5. Berilmu , berpengalaman dan memiliki kepakaran dalam bidang - bidang tertentu seperti guru cemerlang , jurulatih utam , guru inovasi , guru pakar dll
  6. Tahan lasak dan sanggup menerima cabaran
  7. Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi dan pengetahuan
  8. Disenangi dan disayangi oleh pelajar 
  9. Mempunyai keperibadian yang unggul dan boleh diteladani
  10. memiliki jiwa guru sejati.
  11. Memiliki komunikasi yang berkesan dan hubungan luar yang baik.
Apakah tindakkan yang perlu diambil oleh pihak pengurusan untuk menghasilkan sekumpulan guru yang boleh membantu kecemerlangan sekolah ?. Antaranya adalah ....
  1. Mewujudkan persekitaran kerja yang ceria dan menyeronokkan. Wujudnya rasa seronok untuk bekerja dengan ikhlas. Faktor ini berbalik kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pihak pengurusan. Gaya otokrati akan mewujudkan rasa tekanan dan ketidak selesaan manakala gaya Lasie fair pula mewujudkan zon selesa atau tidak produktif.
  2. Meletakkan guru pada tempat yang bersesuaian dengan pengalaman , ilmu dan kepakaran dalam bidang yang diberikan. Ciri - ciri terhadap sesuatu tanggungjawab itu harus difahami dan syaratnya. Contohnya calun guru tahun 1, apakah ciri - ciri dan syarat yang perlu ada pada tanggungjawab itu , jika cukup maka guru tersebut boleh diberikan kepercayaan. Kesannya wujud keseronokan untuk bekerja.
  3. Berlaku adil dalam mengagihkan tanggungjawab serta adil semasa memberi anugerah supaya tidak berlaku work load atau tidak berlaku konterversi. Contohnya calun guru untuk perkhidmatan cemerlang ..... pastikan ia benar - benar layak dan maklumkan secara terbuka sebab - sebab pemilihan. Situasi begini baru ada ada ketelusan dalam pengurusan.
  4. Perbanyakkan mendengar keluhan dan rintihan mereka supaya dapat memberikan bantuan , bimbuingan serta ransangan. Memahami mereka dan cuba tidak menghampakan mereka. Nabi saw sentiasa mengamalkan nilai murni ini.
  5. Belajar untuk menerima teguran dan kritikan dan bukan hanya tahu mengkritik atau menegur. Dengar teguran dan cuba hayati teguran itu. Jangan sekali - kali menggunakan budaya mencantas atau i am a boss. 
  6. Mendekatkan diri kepada mereka dan buang tembok pemisah maka baru wujud kemesraan dan kejelekitan dalam organisasi. Mudah didekati dan didampingi.
  7. Wujudkan budaya kekeluargaan dan kotakan apa yang dikatakan. Buktikan dengan perbuatan bukan hanya dengan lisan semata - mata. Jangan amalkan ungkapan cakap tak serupa bikin atau bijak berkata - kita.
  8. Memberi teguran serta bimbingan secara berhemah dan beradap - jauhkan pesangka negetif dan emosi yang negatif. Teguran yang diberi itu harus :
        a. Mempunyai bukti yang jelas - jangan berdasarkan hear say.
        b. Diberi peluang untuk membela atau penjelasan
        c. Berikan bimbingan
        d. Tidak wujud unsur negatif - pesangka buruk
STATUS PELAJAR
Pelajar adalah pelanggan penting kepada sesebuah sekolah kerana tanpa pelajar sekolah dan jawatan guru tidak akan wujud. Ungkapan Pelajar didahulukan dan pencapaian diutamakan amat bertepatan untuk diberikan perhatian. Status pelajar berdasarkan kedudukan sesebuah sekolah sama ada bandar , pinggir bandar atau luar bandar. Ciri dan sifatnya tidak sama kerana ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran , sosioekonomi , taraf pendidikan dan budaya hidup. Sekolah juga terdiri daripada sekolah harian , sekolah berarama atau separa asrama. Ia juga mempunyai ciri - ciri dan sifat yang berbeza. Sistem pentadbirannya sama tapi budayanya ada sedikit berbeza. Persekitaran sekolah bandar tidak sama dengan persekitaran sekolah luar bandar. 

Jika sesebuah sekolah itu teletak dalam kawasan tempat tinggal elit sudah pasti kejayaan lebih mudah dicapai berbanding sekolah luar bandar atau kampong. Bagaimanakah untuk mempertingkatkan prestasi pelajar ?. Apakah kaedah yang sesuai perlu digunakan ?. Jika sekolah itu berada dalam kawasan bandar dan penempatan elit maka usaha yang perlu digerakkan adalah :



  1. Mewujudkan budaya sekolah yang positif dan menjadi kebanggan mereka. Contohnya budaya membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu oleh itu Program Nilam harus bergerak lebih pantas dengan melakukan :
  • Mempromosikan budaya membaca seperti projek membaca 1 hari sebuah buku
  • Tanamkan sikap suka membaca dan pastikan mereka membaca buku sementara menunggu masa                   untuk naik ke kelas setiap hari di dewan atau tapak himpunan
  • Beri ransangan - hadiah mingguan atau bulanan kepada pembaca buku terbanyak
  • Bercerita selama 5 minit setiap minggu diberikan kepada pelajar diperhimpunan
  • Berikan tag , lencana atau sijil sebagai motivasi kepada mereka
  • Infokan dalam media sosial tentang aktiviti , gambar atau anugerah yang diberi
   2. Wujudkan motto atau sorakan yang membolehkan mereka bersemangat dan bangga dengan sekolah 
        mereka. Cinta dan sayangkan sekolah akan wujud dengan sendirinya.
   3. Pengajaran dan pembelajaran harus menarik serta mencabar. Contohnya penggunaan teknologi dalam 
       pendidikan ia penggunaan LCD dan komputer. Kaedah didik hibur berkeupayaan untuk menarik minat 
       pelajar untuk belajar bersungguh - sungguh.


   4.Wujudkan situasi pembelajaran yang pelbagai supaya pelajar tidak merasa bosan terperap dalam kelas 
      selama 6 jam setiap hari. Pembelajaran boleh berlaku diluar bilik darjah dengan menggunakan bilik - bilik 
       khas yang dimiliki atau pondok - pondok bacaan.


   5. Pelajar yang menggunakan makmal sains memakai pakaian jubah putih seperti seorang doktor supaya 
       mereka dapat menerap budaya dalam makmal. Bilik KH menggunakan baju yang berwarna biru seperti 
       pekerja amali bengkel.
   6. Latihan atau amali yang diberi mestilah berkualiti tinggi daripada aras sebenar. Barulah kelihatan kualiti 
       pembelajaran yang tinggi.
   7. Pelajar yang berjaya dalam setiap kali peperiksaan diberikan ganjaran supaya mereka berlumba - lumba 
       untuk mencapai ganjaran yang disediakan , contohnya Anugerah Lencana 5A dan sijil kecemerlangan 
       akademik.

   8. Wujudkan papan kenyataan khas untuk mempamirkan keputusan peperiksaan mengikut aliran dan mata 
       pelajaran. Nama pelajar yang berjaya mendapat 5A juga dipamirkan. Sebarkan maklumat anugerah 
       yang diberikan kepada semua pelajar supaya mereka membuat persediaan yang secukupnya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan