Rabu, 5 Disember 2012


 PROGRAM TRANSISI TAHUN 1



PENGENALAN

Program Transisi bertujuan untuk membantu pelajar baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program ini dijalankan selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan. Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka. Mereka diajar menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukanika yang dirancang untuk mereka.

 RASIONALNYA

Pelajar yang melangkah masuk ke tahun 1 biasanya mempunyai pelbagai pengalaman dan latarbelakang yang berbeza. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang berterusan dalam aspek pengurusan pembelajaran. Antaranya :
  1. Tahap kematangan yang berbeza antara murid
  2. Kesediaan untuk belajar
  3. Pengetahuan dan kemahiran
Tahap kematangan mereka tidak sama ia berpunca dari persekitaran mereka membesar iaitu persekitaran di rumah dan dalam masyarakat. Mereka akan bergaul dengan kumpulan yang lebih besar berbanding kumpulan yang pernah mereka lalaui semasa di PraSekolah. Pelbagai cabaran dan dugaan akan mereka hadapi khasnya pada minggu minggu pertama persekolahan. Terdapat pelajar yang tidak mengikuti program PraSekolah atau Tadika oleh itu mereka masih belum bersedia sepenuhnya. Pelajar yang mengikuti program PraSekolah dan Tadika sudah sedia untuk menerima pembelajaran secara formal. Mereka lebih mudah berkembang berbanding pelajar yang tidak mengikuti proses pembelajaran awal yang terancang.

TUJUAN PROGRAM

Program ini dirancang berdasarkan konsep Guru Penyayang - Minda cerdas ... mata bercahaya. Antara tujuannya ialah :
  1. Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran , guru - guru dan rakan - rakan baru dalam masa yang singkat
  2. Guru dapat menyelaraskan keperluan pelajar dari segi kognitif , emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1
  3. Meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk terus belajar dalam suasana yang baru
  4. Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran tahun 1
  5. Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam kelas tahun 1
  6. Menyatu padukan pendekatan PraSekolah dengan Program kssr di tahun 1
Minda cerdas bermaksud kemampuan pelajar tahun 1 membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui pelbagai aktiviti berkumpulan dan saling membantu diantara satu dengan yang lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti - aktiviti yang terancang menunjukkan minda cerdas. Mata bercahaya pula bermaksud pelajar tahun 1 dapat merasakan keseronokan untuk terus belajar bersama - sama dengan kawan - kawan , suasana , persekitaran dan guru yang baru.

OBJEKTIFNYA
Diantara objektif program ini dijalankan adalah untuk mencapai aspirasi berikut iaitu :
  1. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran tematik , bersepadu dan belajar melalui kaedah didik hibur
  2. Memudahkan guru merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara fornal
  3. Meningkatkan kefahaman tentang konsep awal kanak - kanak
  4. Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajaran dan pembelajaran serta tingkahlaku pelajar

PERLAKSANAAN PROGRAM

TUGAS GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN
  1. Memilih guru - guru tahun 1 yang sesuai dan berminat
  2. Menubuhkan Ajk Perlaksanaan
  3. Memberi sokongan dan bantuan untuk program keceriaan sekolah dan bilik darjah
  4. Memberi taklimat kepada semua guru dan ibubapa semasa Program Orientasi Pelajar Tahun 1 yang baru didaftarkan dan ditempatkan
PERSEDIAAN AWAL

Pada peringkat ini sebelum sesi persekolahan bermula , pihak sekolah harus melaksanakan penyediaan fizikal bilik darjah termasuk susun atur kerusi meja untuk memuidahkan aktiviti dijalankan. Ajk Perlaksana yang dipengerusikan oleh Guru Besar harus menyediakan perancangan aktiviti yang hendak dilaksanakan semasa minggu transisi. Menyediakan tentatif program semasa Hari Orientasi Pelajar Baru serta Taklimat pentadfbir dengan ibubapa pelajar.

MINGGU TRANSISI

Minggu Transisi yang berjalan selama 2 minggu harus mempunyai perisian program yang mantap dan bersesuaian supaya tujuan dan objektif yang ditetapkan tercapai. Aktiviti yang dirancang termasuklah aktiviti individu serta kumpulan. Bahan aktiviti harus bersesuaian dengan Program kssr yang akan mereka ikuti selepas minggu transisi. Antara kemahiran yang harus diterapkan adalah seperti kemahiran pranombor , prapenulisan dan prabacaan. Aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti :
  1. Suaikenal - rakan baru dan guru baru
  2. Hidup bersama - persekitaran kelas
  3. Pembentukan tingkahlaku - ucap selamat , doa , lagu sekolah , disiplin
  4. Motivasi diri - kaunselor sekolah
  5. Penglibatan dalam aktiviti kretif - subjek Dunia Seni Visual
  6. Main sembil belajar - lagu dan mengayakan pergerakan
Perlaksanaan aktiviti berbeza sepanjang dua minggu pertama persekolahan sebagai persediaan pelajar untuk proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokan. Pada masa yang sama guru boleh mengenalpasti kemahiran asas psikomotor , kognatif , ektika dan daya kreatif pelajar serta ketatanegaraan. Ujian Dignostik boleh dijalankan pada minggu ke 2 untuk mengesan pelajar yang masih menghadapi masalah 3M. Ujian Dignostik Bahasa Melayu , Matematik dan Bahasa Inggeris boleh diadakan sebagai persediaan pelajar yang lemah ke Program Linus Literasi , Numerasi dan Bahasa Inggeris.


CONTOH JADUAL PROGRAM TRANSISI 
MINGGU PERTAMA


WAKTU / HARI


ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

1.20 – 2.20



Perhimpunan ringkas di Dewan Budiman
Pengurusan kelas / kenali rakan sekelas
- Cerita Teladan
- Mengenal huruf besar / kecil


2.20 – 3.20


Suai kenal dengan rakan / guru
Mengenal warna dan mewarna gambar

Mewarna Jalur Gemilang

3.20 – 3.40


REHAT

REHAT

REHAT

REHAT

REHAT

3.40 – 4.40



Lawatan ke pejabat guru , surau , blk kaunseling , blk muzik . tandas , kantin

Mengenal benda Maujud dalam kelas dan luar kelas
Taklimat peraturan sekolah dari guru penasihat badan pengawas

1.40  – 5.40



Nyanyian Lagu Sekolah
Nyanyian Lagu Negara Ku
Negeri Selangor

Nyanyian lagu
Jalur Gemilang

5.40 – 6.40



Perhimpunan rasmi
Taklimat Kaunselor sekolah
Mengenal huruf vokal


CONTOH JADUAL PROGRAM TRANSISI 
MINGGU KE 2


WAKTU / HARI


ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

TEMA

HAIWAN

BENTUK WARNA
DAN SAIZ

ANGGOTA BADAN

KELUARGA

BENDA WAUJUD

1.20 – 2.20
Cerita teladan / cari ganbar tersembunyi

Cerita teladan / cari benda tersembunyi
Cerita teladan / cari benda tersembunyi
Mencari gambar tersembunyi
Bahasa Malaysia
Suku kata


2.20 – 3.20
Bahasa Malaysia
Mengecam bunyi / lakukan gerakan
Dunia Sains
Bentuk
Dunia Sains
Menggenal anggota badan
Mencari gambar tersembunyi

Bahasa Inggeris
Numbers

3.20 – 3.40


REHAT

REHAT

REHAT

REHAT

REHAT

3.40 – 4.40

Dunia sains
Menamakan bahagian tubuh badan
Pend. Seni Visual
Corak dan rekaan
Pend. Seni Visual
Boneka tapak tangan

Nyanyian
Lagu – Papa ku pulang dan warna gambar
Pend. Moral / Agama
Ciptaan tuhan / manusia

1.40  – 5.40

Pend. Seni Visual
Membuat topeng haiwan
Matematik
Banyak / sedikit
Corak
Mewarna nombor
Bahasa Inggeris
Parts of the body
Matematik
Mengenal nombor
1 - 10

Sukanika

5.40 – 6.40

Nyanyian
Bunyi Binatang
Nyanyian
Buah buahan
Malaysia
Nyanyian
Kiri dan kanan
Bahasa Inggeris
Family members
Sukanika




UJIAN DIGNOSTIK

Ujian ini diadakan bertujuan untuk mengesan pelajar yang lemah dan tidak menguasai Bahasa Melayu , matematik dan Bahasa Inggeris. Kumpulan pelajar ini akan di letakan dalam Program Linus Literasi , Linus Nimerasi dan Linus Bahasa Inggeris. Pelajar akan dibimbing dan diajar selama 3 bulan sebelum Ujian Saringan KPM di adakan. Pelajar yang sangat lemah akan dimasukan dalam Program Pemulihan Khas bagi pelajar tegar akan diajar oleh Guru Pemulihan. Pelajar Linus akan diajar oleh Guru Linus Literasi , Numerasi dan Bahasa Inggeris.

Pelajar yang melepasi tahap penguasaan akan mengikuti Program kssr dan pbs dan diajar oleh guru - guru subjek tahun 1. Pelajar tahun 1 boleh dikelasifikasikan kepada 3 kumpulan asas iaitu :

  1. Program kssr
  2. Program Linus Literasi , Numerasi dan Bahasa Inggeris
  3. Program Pemulihan bagi murid tegar
Kertas soalan bagi ujian dignostik boleh disediakan berdasarkan tahap pelajar sesebuah sekolah kerana tahap sekolah tidak sama dari aspek kualiti pelajar baru yang diterima. Ia sebenarnya untuk mengesan kelemahan penguasaan pelajar supaya bimbingan dan persediaan awal dapat dirancang. Bagi Program Linus , guru boleh menggunakan  konstruk 1 - 12 bagi literasi dan konstruk 1 - 8 bagi numerasi. Program Linus Bahasa Inggeris adalah program baru dibawah Program Tranfomasi Pendidikan , Kementerian Pelajaran.

Pada akhir bulan Januari majlis penutupan Program Transisi boleh diadakan dan penyampaian hadiah untuk aktiviti sukanika dan aktiviti dalam kelas. Pelajar akan lebih bermotivasi jika pengiktirafan sebegini diberikan kepada mereka bermula diperingkat awal persekolahan. Minggu ke 3 pengedaran buku teks boleh diberikan kepada pelajar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan