Ahad, 24 Mac 2013

PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Pengajaran dan pemvelajaran guru yang berkesan akan ditentukan melalui pencerapan guru oleh Guru Besar / Pengetua dan pentadbir ( Penolong Kanan ) . Pencerapan dilakukan 2 kali dalam setahun dengan menggunakan Borang Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran Guru - SKPM 2010.

PENCERAPAN PEMBELAJARAN  DAN PENGAJARAN GURU

NAMA GURU :………………………………….. NO KP ……………………………….
NAMA SEKOLAH   ............................................................................................................                                          KOD SEKOLAH ……………                               TARIKH ……………….......................
MATA PELAJARAN …………………………...  MASA ……………………….............. 
KELAS  ………………..                                        BILANAGAN MURID ……................

    NO
ASPEK

ASPEK

KRITERIA KRITIKAL
  SKOR
   1 - 6
4.1
 Penglibatan Murid
  Penglibatan aktif murid membolehkan
  berlakunya pembelajaran berkesan

4.2
 Penguasaan Pembelajaran Murid
  Penguasaan pembelajaran selaras
  dengan objektif yang ditetapkan

4.3
 Hasil kerja Murid
  Hasil kerja murid yang berkualiti 
  dapat  mengukuhkan pembelajaran

4.4
 Perancangan Dan Persediaan   
 Guru
  Perancangan dan persediaan yang 
  rapimeningkatkan keberkesanan  
  pengajaran

4.5
 Kaedah Penyampaian
  Kaedah penyampaian yang sesuai 
  meningkatkan pencapaian objektif 
  pengajaran

4.6
 Kemahiran Komunikasi
  Komunikasi berkesan memudahkan  
  pemahaman dan menggalakkan 
  pembelajaran murid

4.7
 Penggunaan Sumber Pendidikan
  Penggunaan sumber pendidikan yang 
  berkesan membantu mengukuhkan    
  pembelajaran murid

4.8
 Penilaian
  Penilaian yang berterusan
  meningkatkan keberkesanan  
  pembelajaran dan pengajaran

4.9
 Teknik Penyoalan
  Teknik penyoalan yang berkesan 
  meningkatkan pemahaman murid

4.10
 Penguasaan Isi Kandungan
  Penguasaan isi kandungan yang 
  mendalam membolehkan pelajaran 
  disampaikan dengan yakin , jelas dan 
  tepat

4.11
 Penguasaan Kelas
  Penguasaan kelas yang cekap 
  mewujudkan suasana yang kondusif 
  untuk keberkesanan pembelajaran 
  dan pengajaran

4.12
 Amalan Profesionalisme   
 Keguruan
  Pematuhan ektika kerja dan amalan 
  nilai yang positif mewujudkan 
  keyakinan dan kepercayaan murid 
  terhadap guru


                                               

                  Jumlah skor Diperolehi



    Skor Min ( Jumlah skor / 12 )



    Peratus Pencapaian ( min – 1 / 5 x 
    100 )



    Taraf Pencapaian



ULASAN SELEPAS PENCERAPAN


        I.            Kekuatan Guru











      II.            Kelemahan Guru













   III.            Cadangan Penambahbaikan ( Jika berkaitan )


















  Tandatanga 

……………………………………..    Nama Pencerap : ……………………………………



Tandatangan guru yang dicerap : ………………………………………………


 SANGAT LEMAH

LEMAH

MEMUASKAN

HARAPAN

BAIK

CEMERLANG
0 – 18%
20 – 39%
40 – 59%
60 – 79%
80 – 89%
90 – 100%


Pembelajaran dan pengajaran guru harus mematuhi 12 elemen yang ditetapkan. Sekurang - kurangnya 10 elemen harus mendapat skor 6 dan 2 elemen mendapat skor 5 = Jumlah skor 70 dan min = 5.8 manakala peratusnya = 5.6 - 1 = 4.6 / 5 x 100 = 92%. Untuk mendapatkan pencapian cemerlang  guru harus :

1. Penglibatan murid dalam kelas harus aktif dan terkawal yang mana pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid  dengan menggunakan kaedah pengajaran didik hibur , aktiviti kumpulan , persembahan / lakukan , bacaan berirama dll .
2.  Penguasaan pembelajaran murid dilihat kepada objektif pengajaran yang ditetapkan dalam RPH
3. Hasil kerja murid dilihat daripada semakan buku latihan pelajar yang disemak oleh guru dan ada pembetulan
4.  Perancangan dan persediaan guru dilihat dari penyediaan RPH yg mengikut format std kssr yang tersusun , ada menyediakan bahan bantuan pengajaran untuk topik itu. Bahan bantuan pengajaran tak perlu cangih tapi sesuai dan  berkesan .
5. Kaedah penyampaian merujuk kepada teknik pengajaran yang digunakan , suara guru dan keyakinan dalam  penyampaian   isi pengajaran .
6. Kemahiran komunikasi - wujud komunikasi 2 hala guru murid dan wujudnya suasana erat dan mesra . pelajar tidak  merasa tertekan atau menjadi pasif.
7. Penggunaan sumber pendidikan - merujuk kepada bahan bantuan pengajaran yang digunakan
8. Penilaian - merujuk kepada soalan yg diajukan oleh guru kepada pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Solan harus jelas , mudah difahami , menyeluruh , tersusun dari mudah kepada yg lebih susah serta memberi masa  kepada  pelajar untuk menjawab.
 9. Penguasaan isi kandungan pengajaran - guru yakin akan isi pengajaran yang hendak disampaikan
10.Penguasaan kelas - dilihat pada aspek pengurusan kelas diperingkat awal , kelas bersih , tersusun dan terurus supaya   pengajaran berada dalam situasi yang kondusif. Guru harus berkeupayaan mengawal keseluruhan proses pengajaran.  Suasana kelas yang aktif , beritma , menyeronokkan dan pelajar nampak ceria mengikut pengajaran guru. Kelas tak  semestinya sunyi sepi atau menjadi pasif.

ALAT BANTU MENGAJAR - ABM


Alat bantuan mengajar TIDAK semestinya cangih dan memadailah dengan menggunakan sumber yang sedia ada kerana TIDAK semua sekolah mempunyai kemudahan teknologi pendidikan terkini yang cangih . Guru boleh menyediakan alat bantuan mengajar atas usaha sendiri dan berdasarkan keupayaan kelas pelajar yang dipertanggungjawabkan.



Ciri - ciri alat bantuan mengajar yang baik adalah :
1. Sesuai dengan prestasi kelas yang diajar
2. Besar dan jelas kelihatan oleh semua pelajar
3. Pemilihan warna dan perkataan yang boleh menarik perhatian pelajar
4. Berkesan untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar untuk memahami topik yang diajar
5. Dilakukan dengan teknik yang betul dan guru mahir menggunakannya supaya proses pengajaran berjalan 
    lancar


PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR - LAKUNAN



Pelajar yang melaksanakan proses pengajaran pada masa itu dan guru bertindak sebagai pemudah cara. Gabungan penggunaan alat bantuan mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar dapat menarik dan menyeronokan proses pengajaran. Teknik didik hibur amat berkesan jika dapat dilaksanakan dengan betul seperti nyanyian , lakukan dan aktiviti kumpulan.

Pelajar diberikan peranan untuk melakunkan aktiviti yang dirancang. Kawalan dan pengurusan kelas amat penting pada ketika aktiviti persembahan pelajar sedang dijalankan. Wujudnya ritma dalam proses pengajaran.


LATIHAN DALAM KUMPULAN

Pelajar boleh melakukan aktiviti dalam kumpulan yang dirancang oleh guru kerana proses ini dapat membantu pelajar menghayati dan menjiwai isi pengajaran yang dirancang . Membentuk pengajaran  berasaskan belajar kesilapan melalui pengalaman.
Kesannya :
1. Pelajar akan berlumba - lumba untuk melakukan 
    yang terbaik untuk kumpulan mereka.
2. Membentuk daya saing yang positif dan sentiasa 
    bersemangat.





Ini merupakan proses pengajaran yang berkesan dan proses pengajaran TIDAK semestinya berlaku dalam kelas . Ia boleh dijalankan dalam bilik - bilik khas yang disediakan kerana ia akan memberikan pengalaman baru kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan