Selasa, 13 September 2011

MAJLIS MUAFAKAT IBUBAPA PELAJAR LINUS

IBUBAPA PELAJAR LINUS SKTBI
Perjumpaan ibubapa pelajar Linus Litrasi & Numerasi telah diadakan pada Hari Terbuka Sekolah sempena penyampaian Buku Adab Pelajar. Lebih kurang 30 orang ibubapa hadir dalam perjumpaan tersebut yang berjalan lancar dan dianggap berjaya serta berkesan. Guru Besar ( Pn. Jamilah bt. Abd. Rahman ) , GPK Petang ( En. Ishak Osman ) , Guru Linus Litrasi ( Pn. Norzila bt. Jaapar ) , Guru Linus Numerasi ( Pn. Norihan bt Nawawi ) dan Guru Pemulihan Khas ( En. Shahril ) telah memberikan taklimat tentang perkembangan semasa Program Linus SKTBI supaya ibubapa pelajar faham dan dapat membantu peningkatan pelajar-pelajar linus. Naib Pengerusi PIBG ( En. Azhar ) juga hadir sama dalam majlis perjumpaan tersebut. Perjumpaan ini bertujuan untuk :
  1. Mendedahkan program baru Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM )
  2. Mewujudkan hubungan siratulrahim yang lebih erat dan mesra antara pihak sekolah , PIBG dan ibubapa pelajar yang terlibat.
  3. Memberi peluang kepada ibubapa pelajar bertanyakan sebarang soalan atau pemasalahan tentang Program Linus.
  4. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan kaedah pendidikan kanak-kanak yang istimewa ini.
  5. Salah satu daripada agenda dalam program linus sekolah.
  6. Untuk meningkatkan pencapian pelajar linus dalam ujian saringan yang diadakan oleh pihak kementerian.
Hasil daripada perjumpaan ini didapati keputusan pelajar linus meningkat dalam saringan ke 2 dan bilangan pelajar linus berkurangan iaitu tahun 2 tinggal 4 orang dan tahun 1 tinggal lebih kurang 11 orang. Tidak ada pelajar linus tegar. Numerasi tahun 1 dan 2 semua pelajar berada aras perdana.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan