Selasa, 13 September 2011

PROGRAM TADARUS - BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

PELAJAR-PELAJAR SKTBI BERTADARUS SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK
Program ini melibatkan kelas tahun 3 Bestari , Cemerlang , Dinamik dan Gemilang yang dijalankan setiap hari Jumaat bulan Ramadan yang lalu. Ia dibimbing oleh Ustaz dan Ustazah yang mana setiap kelas akan membaca surah-surah yang ditetapkan. Ia merupakan program tahunan yang telah berjalan lebih kurang 3 tahun yang lalu.Program ini dijalankan di Dewan Budiman pada jam 4.00 hingga 5.30 petang.Ia juga melibatkan lebih kurang 120 orang pelajar.
Program ini anjuran Panitia Agama Islam dan JQAF sktbi yang antara lain bertujuan untuk :
  1. Mewujudkan penghayatan kepada pelajar dalam bulan yang mulia dan amalan yang dituntut oleh agama.
  2. Mengasuh dan membimbing pelajar cinta dan sayangkan Al-Quran sebagai pewaris jenerasi masa depan yang bertaqwa dan beriman.
  3. Memohon keredoaan Allah SWT supaya memberi rahmat kepada semua umat dan sktbi khasnya supaya menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang.
  4. Salah satu pengisian dalam bulan ramadan selain daripada ceramah Israk & Mikraj.
  5. Membimbing anak-anak ini supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.
  6. Memohon keberkatan untuk mereka , ibubapa mereka dan muslimim dan muslimat.
Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat , Panitia Agama Islam sktbi dan ibubapa pelajar yang terlibat serta mereka-mereka yang memberikan sokongan dalam usaha yang murni ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan