Ahad, 11 September 2011

LAWATAN PASUKAN TAEKWONDO PEACECOP DARI KOREA SELATAN KE SK TAMAN BUKIT INDAH

PASUKAN TAEKWONDO PEACECOP DARI KOREA SELATAN 
Pada 1hb. April 2011 PIBG SK Taman Bukit Indah dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Malaysia telah mengadakan demonstrasi di Dataran Perhimpunan sempena pendaftaran ahli pasukan taekwondo sekolah. Deligasi di ketuai oleh En. Rajindran salah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah. Kehadiran mereka adalah untuk :

  1. Menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum khasnya taekwondo.
  2. Memberi pendedahan kemahiran asas kepada pelajar
  3. Menjadi sebahagian daripada aktviti dan sumbangan pihak PIBG kepada sekolah dan pelajar khasnya.
Kehadiran mereka dapat menambah minat pelajar akan kepentingan taekwondo sebagai asas mempertahankan diri dari gangguan orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka menghabiskan masa lebih kurang 2 jam dan beramah mesra dengan pelajar. Sebelah malamnya pula mereka kembali ke Korea Selatan. Peluang ini menjadi kenangan manis kepada pelajar khasnya sesi petang. Ini adalah julungkalinya pihak luar negara yg sudi membuat pertunjukkan. Terima kasih kepada Persatuan Taekwondo Malaysia, PIBG SK Taman Bukit Indah dan Pasukan Peacecop Korea Selatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan