MEMBINA EVIDENS MATA PELAJARAN
Evidens adalah bahan bukti atau tugasan yang dilakukan oleh pelajar terhadap sesuatu tajuk yang diajar. Ia merupakan bahan sokongan yang digunakan untuk direkodkan dalam Potal SPPBS Lembaga Peperiksaan secara online dan juga bukti terhadap pencapaian prestasi pelajar. Membina evidens bukanlah perkara yang mudah kerana banyak faktor yang perlu dipertimbangkan , antaranya adalah :
- Keupayaan pelajar di sesebuah sekolah itu TIDAK sama dengan sekolah lain - tahap penguasaan pelajar
- Penyeragaman penggunaan diperingkat sekolah iaitu semua guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran harus menggunakan evidens yang sama
- Bahan sokongan yang digunakan untuk membina evidens tersebut , contohnya dari kssr online atau buku eviden bercetak yang ada dipasaran
- Kandungan data yang terdapat dalam Potal Lembaga Peperiksaan harus sama kodnya dengan evidens yang dibina
- Pengetahuan dan pengalam guru membina soalan peperiksaan dari aspek bentuk dan jenis soalan - pengetahuan tentang Jadual Taburan Ujian ( JTU ) , ia berkaitan dengan Aras Soalan yang dibina.
Sebelum membina evidens guru perlu memahami kandungan Standart Prestasi yang digunakan dari aspek Band ( 1 hingga 6 ) , penyataan Band dan Tafsirannya.
- Band 1 - Tahu : Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau respon terhadap perkara asas.
- Band 2 - Tahu dan Faham : Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
- Band 3 - Tahu , Faham dan Boleh buat : Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada sesuatu situasi.
- Band 4 - Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab : Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab ( mengikut arahan yg diberi , prosidur dan bersistematik ).
- Band 5 - Tahu , Faham dan Boleh buat dengan adab terpuji : Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosidur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
- Band 6 - Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab Mitali : Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif , mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi tokoh yang tekal.
Tafsiran bagi setiap mata pelajaran TIDAK sama , oleh itu ia harus berpandukan Dokumen Standart Pembelajaran mata pelajaran berkaitan. Maklumat tafsiran yang diberikan diatas merupakan tafsiran umum. Guru juga harus memahami Kod yang digunakan dalam Buku Standart Prestasi dan juga Dalam Potal Lembaga Peperiksaan. Contohnya Kod : B1D1E1 ...
- B1 : Bermaksud kod Band 1
- D1 : Bermaksud kod Deskriptor - bab pelajaran : Bab 1 hingga 14
- E1 : Bermaksud kod evidens 1 hingga 14
BAND 1
Band 1 bermaksud pelajar tahu perkara asas tentang sesuatu tajuk yang diajar oleh guru dalam proses pengajaran dalam kelas. Pelajar boleh respon apabila ditanyakan soalan tentang tajuk yang diajar. Contohnya :
- Mata pelajaran moral : Tajuk - Kepercayaan kepada tuhan - Pelajar boleh menjawab tentang bukti adanya Tuhan iaitu benda - benda ciptaan tuhan. Diskripsi eviden : Pelajar dapat membezakan benda - benda ciptaan tuhan.
- Mata pelajaran matematik : Tajuk - Nombor - Pelajar dapat membezakan nombor dengan perkataan. Diskripsi eviden : Pelajar dapat membezakan nombor dan bukan nombor.
- Mata pelajaran sains dan teknologi : Tajuk - Benda Hidup - Pelajar dapat membezakan antara benda yg hidup dan bukan hidup ( mati ). Diskripsi eviden : Pelajar dapat membezakan benda - benda hidup.
- Berdasarkan gambar dibawah tuliskan ( YA ) pada benda ciptaan tuhan dan ( BUKAN ) pada benda ciptaan manusia
- Warnakan benda benda hidup dalam gambar yang diberikan dibawah.
- Warnakan MERAH untuk nombor dan BIRU untuk perkataan
- Tandakan BETUL atau SALAH
Pada peringkat ini bentuk soalan yang sesuai adalah seperti warnakan atau tindakan pada gambar - gambar yang diberi. Pada peringkat ini soalan yang dibina harus berada pada Aras Mudah. Pelajar tahu perkara asas kepada tajuk yang diajar , dengan perkataan mudah pelajar kenal tapi tidak secara mendalam. Pelajar tahu Tuhan , pelajar tahu nombor dan pelajar tahu benda hidup kerana itu adalah asasnya.
BAND 2
Band 2 bermaksud pelajar tahu dan faham iaitu pelajar berkeupayaan menukar bentuk kefahaman kepada menterjemahkan atau menjelaskan sesuatu situasi. Pada peringkat ini Aras Soalan masih lagi pada peringkat mudah. Pelajar boleh menjelaskan bukti kewujudan Tuhan , pelajar boleh menjelaskan angka dan bilangannya atau pelajar dapat menjelaskan benda hidup dengan benda mati. Soalan YA atau TIDAK dan BETUL atau SALAH sesuai digunakan. Bentuk soalan masih lagi berpandu dan tertutup.Diskripsi eviden boleh didapati didalam dokumen standart prestasi di kolum Evidens.
Contoh :
- Mata pelajaran moral : Tajuk - Kepercayaan kepada tuhan - Menghargai alam ciptaan tuhan. Diskripsi eviden - Pelajar boleh menghargai alam ciptaan tuhan.
- Mata pelajaran matematik : Tajuk Nombor - operasi asas : tambah dan tolak. Diskripsi evidens - Pelajar boleh menyelesaikan operasi asas tambah dan tolak.
- Mata pelajaran sains dan teknologi : Keperluan asas benda hidup. Diskripsi evidens : Pelajar boleh mengenalpasti keperluan asas benda hidup.
- Tandakan BETUL atau SALAH dalam kotak yang disediakan berdasarkan penyataan yang diberi.
- Padankan perkataan yang diberi dengan gambar yang sesuai
- Tuliskan perkataan yang diberi dalam kotak yang sesuai dengan gambar yang diberi.
BAND 3
Band 3 bermaksud pelajar tahu , faham dan boleh buat iaitu menggunakan kefahaman atau kemahiran pada sesuatu situasi. Bentuk soalan masih tertutup dan berpandu. Aras soalan pada peringkat ini adalah Sederhana susah. Soalan bentuk objektif , isi tempat kosong , padankan perkataan dengan gambar dan gariskan jawapan yang betul sesuai digunakan. Pada peringkat ini kefahaman pelajar sudah pada tahap mendalam.
Contohnya :
- Bahasa Melayu - Tajuk : Membaca petikan. Diskripsi evidens - membaca ayat dengan sebutan dan entonasi yang betul , memberikan respon terhadap sesuatu soalan , arahan atau pesanan. Berkeupayaan mencatatkan maklumat yang difahami.
- Pendidikan Jasmani - Tajuk : Asas pergerakan. Diskripsi evidens - boleh melakukan pergerakan berasaskan konsep pergerakan dan boleh melakukan aktiviti fizikal berdasarkan konsep kecergasan.
- Dunia seni visual - Tajuk : Karya seni. Diskripsi evidens - mengetahui penggunaan media , teknik dan proses penghasilan karya
- Gariskan jawapan yang betul yang diberi dalam kurungan
- Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
- Jawab soalan soalan objektif berikut dan bulatkan jawapan yang betul
- Tandakan BETUL atau SALAH pada penyataan yang diberi
BAND 4
Band 4 bermaksud pelajar tahu , faham dan boleh buat dengan beradab. Menggunakan kemahiran dan melakukan dengan mengikut arahan atau prosidur yang ditetapkan. Aras soalan pada peringkat ini masih pada tahap sederhana susah. Menyusun mengikut urutan situasi , gariskan jawapan yang betul , isi tempat kosong dengan perkataan yang diberi adalah contoh - contoh bentuk soalan yang diberikan. Jika soalan objektif .. hanya ada 4 pilihan jawapan sahaja.
Contohnya :
- Bahasa Inggeris - making simple sentences. Diskription evidence - able to make simple sentence
- Dunia muzik - Tajuk : elemen muzik. Diskripsi evidens - boleh memberi respon kepada elemen muzik dengan betul
- Susun gambar mengikut urutan yang betul supaya menjadi cerita yang lengkap
- Gariskan jawapan yang betul
- Tandakan BETUL atau SALAH
- Isikan tempat kosong dengan perkataan yang disediakan diatas
- Apakah tindakan yang perlu dikta lakukan jika ........
BAND 5
Band 5 bermaksud pelajar tahu , faham dan boleh buat dengan beradab terpuji , melakukan kemahiran pada situasi baru mengikut peraturan , bersistematik , tekal dan positif. Pada tahap ini soalan yang dibina harus pada tahap SUSAH iaitu aras 6 atau 7. Bentuk soalan yang sesuai ada lah terbuka dan tidak berpandu. Pelajar harus menggunakan tahap pemikiran yang tinggi.
Contohnya :
- Pendidikan kesihatan ( sk ) - Tajuk : Menjaga kesihatan , pakaian dan alat keperluan. Diskripsi eviden - boleh mengamalkan penjagaan kesihatan , pakaian dan alat keperluan diri. Pelajar juga dapat menyedari kepentingan mengambil ubat , boleh mengurus perasaan mengikut situasi dan boleh menerangkan tentang cara kuman dan penyakit berjangkit merebak.
- Tuliskan 4 kebaikan kenapa kita pewrlu menggosok gigi setiap hari ?.
- Apakah yang perlu dilakukan terhadap pakaian yang kotor ?
- Apakah keburukan jika kita makan terlalu banyak ?. Berikan 4 akibatnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
- Nyatakan 3 jenis penyakit berjangkit ?.
- Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan di atas dan padankan dengan gambar yang diberi
BAND 6
Band 6 bermaksud pelajar tahu , faham dan boleh buat dengan mithali. Pelajar boleh menzahiran idea kreatif dan inovatif , mempunyai keupayaan membuat keputusan dan boleh menjelaskan idea dengan menggunakan ayat sendiri. Pada tahap ini soalan yang dibina harus pada tahap sukar atau SUSAH.
Contoh solan :
Soalan dari petikan teks atau topik yang diajar. Bedasarkan petikan teks diatas :
a. Terangkan maksud perkataan .......
b. Apakah pengajaran yang diperolehi dari situasi diatas
Bilangan pelajar yang boleh menjawab soalan begini sedikit kerana ia memerlukan pemikiran yang mendalam dan mempunyai asas terhadap topik yang diajar.