PENILAIAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH - PKBS
LINUS JAWI DAN BAHASA ARAB
Program Penilaian Jawi dan Bahasa Arab menyerupai Program Linus Literasi , Nunerasi dan Bahasa Inggeris di bawah Potal Lembaga Peperiksaan secara dalam talian. Penilaian akan direkodkan terus ke potal yang ditetapkan dan soalan penilaian datangnya dari NKRA Kementerian Pelajaran. Semua pelajar tahun 1 , 2 dan 3 diwajibkan menduduki ujian penilaian ini yang bertujuan untuk mengesan kelemahan konstruk yang ditetapkan dan diberikan pemulihan. Penilaian jawi tahun 1 ada 6 konstruk yang ditetapkan untuk dikuasai sepanjang tahun. Tahun 2 pula mempunyai 7 konstruk wajib lulus manakala tahun 3 pula ada 9 konstruk yang perlu dikuasai.. Manakala Bahasa Arab pula penilaian dibuat bedasarkan 4 kemahiran iaitu :
- Kemahiran mendengar
- Kemahiran bertutur
- Kemahiran membaca
- Kemahiran menulis
PENILAIAN JAWI - TAHUN 1
Pelajar tahun 1 akan diuji dengan 6 konstruk dan dikehendaki menguasainya semasa berada di tahun satu. Kesemua 6 konstruk ini merupakan asas jawi untuk meneruskan pelajaran di tahun 2 dan 3. Konstruk - konstruk atau bahagian tersebut adalah seperti berikut :
- Melengkapkan huruf jawi tunggal mengikut urutan yang betul
- Melorekkan huruf yang sama bentuk
- Menjelaskan , memilih dan memadankan huruf tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung
- Menyambung huruf tunggal menjadi suku kata
- Mencerakinkan suku kata
- Memadankan suku kata ( 2 suku kata ) yang sesuai dengan gambar
Jika pelajar gagal konstruk 1 dan 2 ia dianggap sebagai Tegar Jawi dan perlu diberikan pemulihan. Menguasai konstruk 1 dan 2 tapi gagal mana - mana satu dari konstruk 3 , 4 , 5 dan 6 ia dianggap Linus Jawi dan juga perlu diberikan pemulihan. Jika seseorang pelajar melepasi konstruk 1 dan 2 , dia sudah boleh menguasai Band 3 dalam Program PBS / KSSR iaitu tahu , faham dan boleh buat. Pelajar yang menguasai kesemua 6 konstruk tersebut dianggap Perdana Jawi - Tahun 1.
PENILAIAN JAWI - TAHUN 2
Pelajar tahun 2 akan diuji dengan 7 konstruk dan dikehendaki menguasainya semasa di tahun dua. Kesemua 7 konstruk itu merupakan lanjutan kepada konstruk di tahun satu. Ia akan menjadi asas untuk meneruskan pembelajaran di tahun tiga. Konstruk - konstruk tersebut adalah :
- Melengkapkan suku kata menjadi perkataan
- Memadankan perkataan dengan gambar yang diberi
- Rumikan perkataan yang ditulis dalam jawi dan jawikan perkataan yang dditulis dalam jawi
- Menyambung huruf tunggal dan suku kata menjadi perkataan ( 3 suku kata )
- Memadankan rangkaian kata
- Menyusun perkataan menjadi ayat yang sempurna
- Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
Jika pelajar gagal konstruk 1 dan 2 ia dianggap Tegar Jawi - Tahun 2 dan perlu diberikan pemulihan. Menguasai konstruk 1 dan 2 tapi gagal mana - mana satu dari konstruk 3 , 4 , 5 , 6 dan 7 ia dianggap Linus Jawi - Tahun 2 dan perlu diberikan pemulihan. Pelajar yang menguasai kesemua 7 konstruk tersebut dianggap sebagai Perdana Jawi - Tahun 2.
PENILAIAN JAWI - TAHUN 3
Pelajar tahun 3 akan diuji dengan 9 konstruk yang ditetapkan sebagai lanjutan kepada pengajaran ditahun dua. Pelajar dikehendaki menguasai kesemua 9 konstruk yang ditetapkan. Apabila ia naik ke tahun 4 ia telah menguasai sepenuhnya 22 konstruk asas jawi dan dianggap telah menguasai tulisan dan pembacaan jawi sepenuhnya. Konstruk - konstruk tersebut adalah :
- Merumikan perkataan jawi yang diberi
- Memasukkan imbuhan awalan yang sesuai
- Menyambung huruf menjadi perkataan yang betul
- Menyesyuaikan perkataan berimbuhan dengan kata dasar yang betul
- Mencerakinkan huruf bagi perkataan berimbuhan
- Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
- Mengeluarkan imbuhan apitan daripada perkataan berimbuhan yang diberi
- Menyusun perkataan menjadi ayat yang sempurna
- Menjelaskan perkataan berimbuhan yang diberi
Linus Tegar Jawi - Tahun 3 iaitu pelajar yang gagal konstruk 1 dan 2 manakala Linus Jawi - Tahun 3 pula menguasai konstruk 1 dan 2 tapi gagal mana - mana satu daripada konstruk 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 dan 9. Pelajar Perdana Jawi - Tahun 3 boleh menguasai kesemua 9 konstruk yang ditetapkan.
PENILAIAN BAHASA ARAB - LINUS BAHASA ARAB
Penilaian Bahasa Arab terdiri daripada 4 komponen asas iaitu Kemahiran mendengar , Kemahiran bertutur , kemahiran membaca dan kemahiran menulis Bahasa Arab. Komponen - komponen ini berada dalam penilaian di tahun 1 , 2 dan 3. Pelajar yang gagal mana - mana bahagian yang ditetapkan akan diberikan pemulihan oleh guru yang mengajar Bahasa Arab.
PENILAIAN BAHASA ARAB - TAHUN 1
BAHAGIAN LISAN
Kemahiran mendengar perkataan dalam Bahasa Arab yang dibunyikan. Ia terdiri daripada komponen berikut :
- Mendengar bunyi huruf hijaiyyah berbaris di atas dengan betul
- Mendengar perkataan yang disebut oleh guru dengan betul
Kemahiran bertutur berkaitan dengan membaca ungkapandalam Bahasa Arab. Ia hanya ada satu komponen sahaja itu :
- Membaca ungkapan harian di dalam Bahasa Arab dengan betul
Kemahiran membaca pula mempunyai 2 komponen asas iaitu :
- Membaca huruf hijaiyyah berbaris atas dengan betul
- Membaca ayat mudah dengan betul
BAHAGIAN BERTULIS - MENULIS
Bahagian ini menggandungi 6 komponen utama yang perlu dikuasai oleh pelajar tahun 1 dan diuji dengan menggunakan soalan yang disediakan oleh NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia. Komponen - komponen tersebut adalah :
- Menyambung huruf hijaiyyah mengikut titik - titik yang dilakar
- Menulis huruf hijaiyyah mengikut susunan huruf hijaiyyah yang betul
- Menyambung huruf hijaiyyah tunggal menjadi perkataan
- Menulis perkataan yang betul berdasarkan gambar yang diberi
- Menulis ungkapan yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi
- Menulis jawapan yang betul berdasarkan pertanyaan mudah
PENILAIAN BAHASA ARAB - TAHUN 2
BAHAGIAN LISAN
Bahagian lisan terbahagi kepada 3 komponen asas iaitu kemahiran mendengar , kemahiran bertutur dan kemahiran membaca.
- Kemahiran mendengar - mendengar perkataan mudah dan tandakan ( betul ) mengikut gambar yang betul
- Kemahiran bertutur - Membalas ungkapan dan pertanyaan di dalam Bahasa Arab dengan betul
- Kemahiran membaca - Bahagian ini terdiri dari 3 komponen asas iaitu :
a. Membaca huruf hijaiyyah pelbagai baris
b. Membaca perkataan mudah
c. Membaca ayat mudah.
BAHAGIAN BERTULIS - MENULIS
Bahagian ini menggandungi 7 pecahan kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar tahun 2 sebagai persediaan ke tahun 3. Pecahan - pecahan itu adalah :
- Menulis huruf hijaiyyah mengikut susunan huruf hijaiyyah yang betul
- Menulis semula ayat mudah dengan betul
- Memadankan perkataan mengikut gambar yang diberi
- Menulis ayat yang betul berdasarkan gambar yang diberi
- Menulis dhomir ( kata ganti nama ) yang betul berdasarkan perkataan muzakar ( lelaki ) atau muannas ( perempuan )
- Menulis nombor dan bilangan yang betul berdasarkan gambar yang diberi
- Menyambung huruf hijaiyyah tunggal menjadi perkataan
PENILAIAN BAHASA ARAB - TAHUN 3
BAHAGIAN LISAN
Bahagian lisan terbahagi kepada 3 kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar tahun 3. Kemahiran - kemahiran tersebut adalah :
- Kemahiran mendengar - Bahagian ini menggandungi 2 pecahan kecil ia itu :
a. Membezakan bunyi huruf yang hampir sama dengan betul
b. Mendengar perkataan mudah dan menulisnya dengan betul - Kemahiran bertutur - Menulis ungkapan dan persoalan di dalam Bahasa Arab dengan betul
- Kemahiran membaca - membaca perkataan dan ayat mudah dengan harakat pendek / panjang dengan betul
BAHAGIAN BERTULIS - MENULIS
Bahagian ini menggandungi 7 pecahan kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar semasa di tahun 3. Pecahan - pecahan tersebut adalah :
- Menyambung huruf menjadi perkataan
- Menyambung huruf tunggal yang diberi ) di awal , di tengah dan di akhir perkataan )
- Menulis semula perkataan dan warnakan gambar yang betul
- Mengisi tempat kosong berdasarkan gambar yang diberi
- Menulis nombor dan bilangan yang betul
- Menulis semula ayat mudah dan memadankannya mengikut gambar yang diberi
- Menulis isim isyarah ( kata tunjuk ) dan dhomir ( kata ganti nama ) yang betul berdasarkan kalimah yang diberi
KAEDAH PERLAKSANAAN
Apbila mendapat surat arahan dari pihak Kementerian Pelajaran dan penetapan tarikh - tarikh penilaian serta soalan penilaian , pihak sekolah mengadakan taklimat penilaian bersama semua guru mata pelajaran agama islam dan Jqaf. Menyusun dan menetapkan kaedah penilaian. Penilaian akan dilaksanakan semasa pdp mata pelajaran agama atau Bahasa Arab.Penilaian lisan secara individu manakala penilaian bertulis dijalankan serentak macam peperiksaan sekolah. Semua pelajar wajib mengambil peperiksaan lisan dan bertulis. Jika ada pelajar yang TIDAK HADIR , mereka dikehendaki membuat penilian pada hari berikutnya. Tidak ada seorang pun yang terkecuali.