PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
Pengajaran dan pemvelajaran guru yang berkesan akan ditentukan melalui pencerapan guru oleh Guru Besar / Pengetua dan pentadbir ( Penolong Kanan ) . Pencerapan dilakukan 2 kali dalam setahun dengan menggunakan Borang Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran Guru - SKPM 2010.
PENCERAPAN
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU
NAMA GURU
:………………………………….. NO KP ……………………………….
NAMA SEKOLAH ............................................................................................................ KOD SEKOLAH …………… TARIKH ……………….......................
MATA PELAJARAN
…………………………... MASA ………………………..............
KELAS ……………….. BILANAGAN MURID ……................
KELAS ……………….. BILANAGAN MURID ……................
NO
ASPEK
|
ASPEK
|
KRITERIA
KRITIKAL
|
SKOR
1 - 6
|
4.1
|
Penglibatan Murid
|
Penglibatan
aktif murid membolehkan
berlakunya
pembelajaran berkesan
|
|
4.2
|
Penguasaan
Pembelajaran Murid
|
Penguasaan
pembelajaran selaras
dengan objektif
yang ditetapkan
|
|
4.3
|
Hasil kerja
Murid
|
Hasil kerja
murid yang berkualiti
dapat mengukuhkan pembelajaran |
|
4.4
|
Perancangan
Dan Persediaan
Guru |
Perancangan
dan persediaan yang
rapimeningkatkan
keberkesanan
pengajaran
|
|
4.5
|
Kaedah
Penyampaian
|
Kaedah
penyampaian yang sesuai
meningkatkan pencapaian objektif
pengajaran
|
|
4.6
|
Kemahiran
Komunikasi
|
Komunikasi
berkesan memudahkan
pemahaman dan menggalakkan
pembelajaran murid
|
|
4.7
|
Penggunaan
Sumber Pendidikan
|
Penggunaan
sumber pendidikan yang
berkesan membantu mengukuhkan
pembelajaran murid
|
|
4.8
|
Penilaian
|
Penilaian
yang berterusan
meningkatkan keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran
|
|
4.9
|
Teknik
Penyoalan
|
Teknik
penyoalan yang berkesan
meningkatkan pemahaman murid
|
|
4.10
|
Penguasaan
Isi Kandungan
|
Penguasaan
isi kandungan yang
mendalam membolehkan pelajaran
disampaikan dengan yakin ,
jelas dan
tepat
|
|
4.11
|
Penguasaan
Kelas
|
Penguasaan
kelas yang cekap
mewujudkan suasana yang kondusif
untuk keberkesanan
pembelajaran
dan pengajaran
|
|
4.12
|
Amalan Profesionalisme
Keguruan
|
Pematuhan
ektika kerja dan amalan
nilai yang positif mewujudkan
keyakinan dan
kepercayaan murid
terhadap guru
|
|
Jumlah skor Diperolehi
|
|||
Skor Min (
Jumlah skor / 12 )
|
|||
Peratus
Pencapaian ( min – 1 / 5 x
100 ) |
|||
Taraf
Pencapaian
|
ULASAN
SELEPAS PENCERAPAN
|
I.
Kekuatan Guru
|
II.
Kelemahan
Guru
|
III.
Cadangan
Penambahbaikan ( Jika berkaitan )
|
Tandatanga
…………………………………….. Nama Pencerap : …………………………………… |
Tandatangan
guru yang dicerap : ………………………………………………
|
SANGAT LEMAH
|
LEMAH
|
MEMUASKAN
|
HARAPAN
|
BAIK
|
CEMERLANG
|
0 –
18%
|
20
– 39%
|
40
– 59%
|
60
– 79%
|
80
– 89%
|
90
– 100%
|
Pembelajaran dan pengajaran guru harus mematuhi 12 elemen yang ditetapkan. Sekurang - kurangnya 10 elemen harus mendapat skor 6 dan 2 elemen mendapat skor 5 = Jumlah skor 70 dan min = 5.8 manakala peratusnya = 5.6 - 1 = 4.6 / 5 x 100 = 92%. Untuk mendapatkan pencapian cemerlang guru harus :
1. Penglibatan murid dalam kelas harus aktif dan terkawal yang mana pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dengan menggunakan kaedah pengajaran didik hibur , aktiviti kumpulan , persembahan / lakukan , bacaan berirama dll .
2. Penguasaan pembelajaran murid dilihat kepada objektif pengajaran yang ditetapkan dalam RPH
3. Hasil kerja murid dilihat daripada semakan buku latihan pelajar yang disemak oleh guru dan ada pembetulan
4. Perancangan dan persediaan guru dilihat dari penyediaan RPH yg mengikut format std kssr yang tersusun , ada menyediakan bahan bantuan pengajaran untuk topik itu. Bahan bantuan pengajaran tak perlu cangih tapi sesuai dan berkesan .
5. Kaedah penyampaian merujuk kepada teknik pengajaran yang digunakan , suara guru dan keyakinan dalam penyampaian isi pengajaran .
6. Kemahiran komunikasi - wujud komunikasi 2 hala guru murid dan wujudnya suasana erat dan mesra . pelajar tidak merasa tertekan atau menjadi pasif.
7. Penggunaan sumber pendidikan - merujuk kepada bahan bantuan pengajaran yang digunakan
8. Penilaian - merujuk kepada soalan yg diajukan oleh guru kepada pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Solan harus jelas , mudah difahami , menyeluruh , tersusun dari mudah kepada yg lebih susah serta memberi masa kepada pelajar untuk menjawab.
9. Penguasaan isi kandungan pengajaran - guru yakin akan isi pengajaran yang hendak disampaikan
10.Penguasaan kelas - dilihat pada aspek pengurusan kelas diperingkat awal , kelas bersih , tersusun dan terurus supaya pengajaran berada dalam situasi yang kondusif. Guru harus berkeupayaan mengawal keseluruhan proses pengajaran. Suasana kelas yang aktif , beritma , menyeronokkan dan pelajar nampak ceria mengikut pengajaran guru. Kelas tak semestinya sunyi sepi atau menjadi pasif.
ALAT BANTU MENGAJAR - ABM
Alat bantuan mengajar TIDAK semestinya cangih dan memadailah dengan menggunakan sumber yang sedia ada kerana TIDAK semua sekolah mempunyai kemudahan teknologi pendidikan terkini yang cangih . Guru boleh menyediakan alat bantuan mengajar atas usaha sendiri dan berdasarkan keupayaan kelas pelajar yang dipertanggungjawabkan.
Ciri - ciri alat bantuan mengajar yang baik adalah :
1. Sesuai dengan prestasi kelas yang diajar
2. Besar dan jelas kelihatan oleh semua pelajar
3. Pemilihan warna dan perkataan yang boleh menarik perhatian pelajar
4. Berkesan untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar untuk memahami topik yang diajar
5. Dilakukan dengan teknik yang betul dan guru mahir menggunakannya supaya proses pengajaran berjalan
lancar
Pelajar yang melaksanakan proses pengajaran pada masa itu dan guru bertindak sebagai pemudah cara. Gabungan penggunaan alat bantuan mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar dapat menarik dan menyeronokan proses pengajaran. Teknik didik hibur amat berkesan jika dapat dilaksanakan dengan betul seperti nyanyian , lakukan dan aktiviti kumpulan.
Pelajar diberikan peranan untuk melakunkan aktiviti yang dirancang. Kawalan dan pengurusan kelas amat penting pada ketika aktiviti persembahan pelajar sedang dijalankan. Wujudnya ritma dalam proses pengajaran.
LATIHAN DALAM KUMPULAN
Pelajar boleh melakukan aktiviti dalam kumpulan yang dirancang oleh guru kerana proses ini dapat membantu pelajar menghayati dan menjiwai isi pengajaran yang dirancang . Membentuk pengajaran berasaskan belajar kesilapan melalui pengalaman.
Kesannya :
1. Pelajar akan berlumba - lumba untuk melakukan
yang terbaik untuk kumpulan mereka.
2. Membentuk daya saing yang positif dan sentiasa
bersemangat.
Ini merupakan proses pengajaran yang berkesan dan proses pengajaran TIDAK semestinya berlaku dalam kelas . Ia boleh dijalankan dalam bilik - bilik khas yang disediakan kerana ia akan memberikan pengalaman baru kepada mereka.