Hari terbuka & Bicara Akademik diambil kesempatan oleh pihak pengurusan sekolah tahap 1 iaitu tahun 1 hingga 3 yang terlibat dengan Program Kssr / Pbs manakala tahun 4 hingga 6 terlibat dengan Program Kbsr yang menggunakan Buku Adab Pelajar. Pada kesempatan ini kami menggunakannya dengan memberikan keputusan Program Linus kepada ibubapa pelajar menggantikan Buku Adab. Keputusan Saringan Pertama digunakan sebagai asas untuk subjek :
- Literasi Bahasa Melayu
- Literasi Bahasa Inggeris
- Numerasi
- Bahasa Arab
- Jawi / Pend. Moral
Subjek - subjek lain dikehendaki memasukkan evidens pelajar dalam Fail Peribadi Pelajar dengan menandakan Band yang diperolehi. Guru - guru yang terlibat dengan Program Linus , Bahasa Arab , Jawi dan Pendidikan Moral dikehendaki memasukkan Kertas Soalan Saringan dalam fail yang sama untuk semakkan ibubapa / penjaga pelajar pada hari terbuka / bicara akademik.
PROSES PENGENDALIAN SEMAKKAN FAIL PERIBADI PELAJAR
Proses pada hari tersebut melibatkan 2 tempat yang berasingan iaitu :
- Bilik Darjah
- Bilik Operasi Pbs / kssr.
BILIK DARJAH
Bilik darjah dikehdalikan oleh Guru Kelas dimana mereka dibantu oleh Guru Ganti untuk mengawal pelajar dengan memberikan tugasan tertentu untuk dibuat manakala Guru Kelas akan melayan ibubapa yang datang untuk mengambil keputusan Ujian Saringan Linus. Tugasan yang perlu dilakukan oleh Guru Kelas sebagai persediaan :
- Menyediakan Keputusan Ujian Saringan Linus - 2 Salinan
- Nombor giliran
- Kerusi menunggu
- Keputusan Ujian Saringan Linus dari Potal NKRA Linus - konstruk yg dikuasai / belum kuasai
- Borang kehadiran ibubapa / penjaga
- Penerangan tentang konstruk Program Linus
Guru kelas akan berbincang dengan ibubapa / penjaga berkaitan perkembangan potensi anak mereka dengan memberikan keputusan ujian saringan sebagai asas perbincangan. Guru kelas akan memaklumkan ibubapa / penjaga pelajar diberikan kebenaran untuk melihat Fail Peribadi Pbs / Kssr anak mereka ditempat yang ditetapkan
BILIK OPERASI KSSR / PBS
Bilik utama operasi Fail Pbs / Kssr ditempatkan. Bilik ini dikendalikan oleh 7 orang guru yang berfunsi sebagai :
KAUNTER PERMOHONAN
Ibubapa / penjaga pelajar boleh mendapatkan borang permohonan untuk semakan fail kssr / pbs anak mereka dengan mengisi borang permohonan. Borang tersebut menggandungi maklumat nama ibubapa , nama pelajar dan kelas mereka. Guru yang bertugas dikaunter ini akan mengambil fail yang dipohon dan memberikan kepada pemohon.
Meja semakan disediakan untuk ibubapa / penjaga pelajar yang telah menerima fail anak mereka untuk penelitian dan semakan. Guru Penolong Kanan akan berada disini untuk menjawab dan memberikan penerangan yang diperlukan khasnya tentang Program Linus dan Program Pbs / Kssr.
KAUNTER PEMULANGAN FAIL
Kaunter ini berfungsi untuk menerima fail yang telah disemak oleh ibubapa pelajar dan cop borang permohonan sebagai tanda pemulangan telah dilakukan. Ia berfungsi untuk mengesan fail yang tidak dipulangkan oleh ibubapa pelajar selepas semakkan dibuat.