Jumaat, 4 Mei 2012

CEMERLANG BERLANDASKAN AL -QURAN

Tip cemerlang berdasarkan Al -Quran terlalu banyak diterangkan melalui kitab tafsiran al -quran oleh itu saya ingin membincangan hanya 5 sahaja iaitu :
  1. Cemerlang berdasarkan syariat
  2. Cemerlang berdasarkan kualiti
  3. Cemerlang dengan mengawal emosi
  4. Cemerlang dengan cara berkomunikasi berkesan
  5. Cemerlang dengan cara pengurusan masa
CEMERLANG BERLANDASKAN SYARIAT 
Bahkan sesiapa yang mengarahkan dirinya kepada allah disamping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran dari sisi tuhannya , tiada akan ketakutan keatasnya dan dia tidak akan berdukacita.
                                                                                                                            Al - Baqarah - ayat 112

Allah akan hanya menerima amal yang mempunyai 2 ciri utama ia itu ikhlas dan muhsin - muhsin bermaksud melakukan sesuatu berlandaskan agama. Iman Al - Ghazali membicarakan adab berusaha dan mencari kehidupan berlandaskan 7 perkara iaitu :
  1. Membaikan niat serta akidah pada peringkat awal iaitu diawal hendak melakukan sesuatu perbuatan yang yang baik.
  2. Memastikan tujuan berusaha adalah untuk menegakkan salah satu daripada tuntutan fardu khifayah
  3. Memastikan aktiviti dunia tidak menjadi penghalang aktiviti akhirat
  4. Memastikan zikir tidak dilupakan
  5. Memastikan diri tidak tengelam dalam berusaha - lalai dengan keindahan dan kesenangan dunia dan lupa tentang akhirat
  6. Memastikan diri tidak menjauhi perkara - perkara yang haram sahaja. Pastikan juga perkara - perkara yang berkaitan dengan syubahah dan meragukan .
Syariat adalah segala perbuatan berlandaskan ajaran agama seperti yang ditunjukkan oleh Rasullullah saw serta para sahabat beliau hinggalah samapai kepada kita pada hari ini. Konsepnya berusaha dan beramal serta bertawakal dalam apa jua tindakan seharian. Contohnya guru cemerlang berlandaskan syariat adalah guru yang :
  1. Menjaga dan mendidik pelajarnya serta dirinya terlebih dahulu sebelum menyebarkan kepada orang lain. Melaksanakan tanggungjawab dengan jujur , amanah serta bertimbangrasa. 
  2. Memerlukan kepakaran dalam bidang pedagogi dalam pendidikan dan berkongsi bersama dengan orang lain. Berlandaskan ilmu agama lebih diutamakan.
  3. Bersikap positif , proaktif , futuristik dan sentiasa berusaha membantu anak didiknya tanpa mengenal jemu.
  4. Berperanan memberi sumbangan dalam proses mengemilangkan sekolah dan masyarakat.
  5. Menghasilkan model pengajaran yang boleh dijadikan contoh teladan kepada orang lain.
  6. Melaksanakan tanggungjawab duniawi dan dalam masa yang sama tidak pula meninggalkan hak dan perintah allah.
Boleh dijadikan contoh teladan kepada orang lain serta sentiasa merendah diri walaupun ia berilmu dan berpengalaman. Insan cemerlang adalah insan terpilih yang boleh dijadikan teladan kepada pelajar , rakan sejawatan dan masyarakat. Cemerlang yang hakiki adalah untuk masuk syurga milik allah swt yang kekal abadi. Cemerlang jangka pendek adalah cemerlang duniawi. Saya selalu menyatakan bahawa guru mudah masuk syurga dan mudah pula masuk neraka. Ilmu yang bermunafaat yang diajarkan adalah saham keakhirat dan berterusan walaupun kita telah kembali menemui yang maha pencipta kita. Syarat utamanya adalah ikhlas dan niat kerana allah swt dan bukan untuk pujian maknusia. Mengajarkan ilmu yang salah akan ditanggung dosanya sehingga ke alam akhirat selagi orang itu mengamalkannya.

CEMERLANG BERLANDASKAN KUALITI
Dia lah ( Allah ) yang menjadikan kematian dan kehidupan agar Dia menguji siapakah antara mu yang lebih ihsan amalannya.
                                                                                                                     Al - Mulk ayat 2
Islam mementingkan kualiti yang berkaitan dengan proses dan prosidur melaksanakan sesuatu tanggungjawab atau perintah allah swt. Kualiti bermula dari dalam hati yang suci murni. Sesungguhnya allah swt tidak melihat rupa paras kamu dan tubuh jasad mu tapi allah melihat kepada hati - hati kamu. Konsep kualiti berpandukan al -quran dan sunnah adalah :
  1. Autoriti yang  tertinggi dalam kualiti adalah allah swt
  2. Kualiti bermula dari dalam - kebersihan hati adalah asas kualiti yang bersandarkan ikhlas serta jujur
  3. Kualiti perlu mengikut ukuran bukan dakwaan. Ukuran asasnya adalah syariat.
  4. Berkualiti setiap masa bukan sekali sekala - konsistan dalam melaksanakan  tanggungjawab bukan untuk mendapat pujian tetapi untuk mendapatkan keredoaan allah swt.
  5. Setiap orang adalah pemimpin sebagai khalifah allah yang diberi tanggungjawab beribadah dan bekerja. Beribadah dan bekerja harus dalam kualiti yang cemerlang. Cemerlang dunia dan cemerlang juga akhirat.
  6. Menilai sebelum dinilai - nilailah amal ibadat kita terlebih dahulu sebelum dinilai oleh orang lain. Penilai yang mutlak ialah allah swt. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangak dan nilailah diri kamu sebelum kamu dinilai oleh allah swt.
  7. Berkualiti secara holoistik dan bukan untuk beberpada saat sahaja. Imam Muslim pernah menyatakan bahawa nabi berkata - tuhan ( allah ) menuntut ihsan ( keelokkan ) wujud dalam sesuatu perkara.
  8. Pengabaian konsep berkualiti akan merugikan dunia dan akhirat. Rugi dunia berbentuk kesempitan dan kepayahan dalam hidup. Rugi diakhirat merupakan azab yang pedih. Bekerja sambil lewa atau buat ada sahaja asalkan siap. Mencuri tulang menyebabkan rezeki yang diterima tidak bersih. Akibatnya tidak pernah cukup walaupun banyak  jika dibandingkan dengan orang lain ... sedikit tapi berkat.
Insan yang cemerlang sejati memiliki kualiti - kualiti berikut:
  1. Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas iaitu selamat didunia dan selamat juga di akhirat.
  2. Sentiasa berusaha menambah ilmu dan tidak jemu mencari hingga ke akhir hayat. Mengamalkan ilmunya dan mengajarkan pula kepada orang lain.
  3. Sentiasa mencuba sesuatu yang baru demi kemajuan diri dan orang lain
  4. Bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberi serta menghasilkan kualiti kerja yang baik
  5. Tahu akan kelemahan dan kekuatan dalaman dirinya dan sentiasa berusaha meningkatkannya sepanjang masa.
  6. Berkualiti dalam usaha menunaikan hak dirinya , keluarganya , anak didiknya dan tidak lupa hak allah swt
  7. Tutur katanya sedap digengar , wajahnya sedap mata memandang dan seronok bersahabat dengannya
  8. Tidak mudah kecewa dan sentiasa berikhtiar mencari jalan penyelesaian jika menghadapi kesukaran dan tidak memindahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain.
  9. Diakui akan kebolehan atau keistimewaan yang dimilikinya. Jika diberi pengiktirafan , tidak ada kata - kata kurang manis terhapatnya. Dia memang layak ......
  10. Sedia menerima tanggungjawab yang diberi ..... tidak pernah mengelak. Mencubanya terlebih dahulu dengan sebaik mungkin
  11. Ilmu dan pengalamannya amat luas  .... bersedia berkongsi pengalam dan ilmunya dengan orang lain
  12. Tidak mudah membangga diri walaupun disanjung dan dipuji. 
  13. Segala tugas yang diberi sentiasa siap dalam masa yang ditetapkan dan tidah mudah menangguhkan kerjanya.
  14. Memunafaatkan masa dan kesempatan yang diberi sepenuhnya
  15. Sentiasa memohon kepada allah supaya dipermudahkan segala urusannya dan lidahnya sentiasa mengingati allah swt
  16. Berkeupayaan membimbing dan memotivasikan orang lain dan tidak pernah cemburu dengan kejayaan orang lain
  17. Redo menerima keputusan yang telah ditetapkan kepada dirinya walaupun kadang kala pahit. Selalu ingat bahawa semuanya datang dari allah .... dan kepada allah jua harus dikembalikan
  18. Personalitinya selalu menjadi sebutan dan dijadikan contoh teladan
  19. Sentiasa berusaha memikir dan berusaha  memajukan organisasi tempatnya mencari rezeki dan melaksanakan dengan jujur mserta ikhlas
  20. Sentiasa memegang syariat dalam menjalankan tugas harianya. Jiwanya murni dan hatinya lembut serta mudah menghulurkan bantuan bila diperlukan. 
  21. Sentiasa cuba memenohi tuntutan orang lain dan sentiasa memegang prinsip untuk tidak mengecewakan orang lain walaupun kadang - kadang pahit  dan sukar.
  22. Merasai sesuatu kekurangan atau ketidak keselesaan semasa ketiadaannya.
CEMERLANG DENGAN MENGAWAL EMOSI
Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang atau pun susah . mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka kesalahan orang lain.

                                                                                                         Surah Ali Imran - ayat 134
Emosi yang dianurehakan Allah bukan untuk diletupkan tetapi untuk dikawal supaya ia dapat disalurkan pada tempat yang betul. Mereka yang mampu mengawal emosi mampu mengawal suanana / keadaan. Mereka yang bersifat begini disegani dan dihormati. Kesemua adalah ramuan menuju kecemerlangan. Apabila kita marah , sebutlah nama allah berulang - ulang kali dan jika perlu diamlah untuk seketika. Peringatkan diri kita inilah saatnya kita akan tergelincir menjadi orang yang bodoh apabila kita tidak mampu mengawal diri.  Di dalam Ihya Ulumuddin - Imam Al - Ghazali menyatakan : Ketika perasaan marah berkobar ia boleh diubati dengan azimat ilmu dan amal.

Ayat di atas menerangkan ciri - ciri orang yang bertaqwa , ramai yang gagal berlaku adil disebabkan oleh ledakkan perasaan marah yang tidak terkawal. Punca keganasan adalah dari perasaan marah yang tidak dapat dibendung. Orang yang gagah bukanlah orang yang mampu menewaskan lawannya tetapi orang yang gagah adalah orang yang mampu mengawal kemarahannya. Dialah orang yang cemerlang. Orang yang mampu mengawal perasaan marah :
  1. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada allah dan menuju ke syurga.
  2. Orang yang gagah dan cemerlang
  3. Dihormati dan di segani
  4. Orang yang mampu mengawal suasana atau keadaan pada ketika itu
  5. Mampu membuat pertimbangan yang adil dan saksama
  6. Menghalang terputusnya siratulrahim. Akibat marah mungkin membawa perasaan dendam atau tidak bertegur sapa dan juga mungkin boleh menyebabkan kematian.
Abu Darda salah seorang sahabat nabi pernah menyoal nabi - Ya Rasulullah tunjukkan kepada ku amalan yang akan membawa aku ke syurga ?.. Nabi menjawab - Janganlah engkau marah. Hadith ini dilaporkan oleh Imam Thabrani. Kita perlu marah tapi dalam keadaan terkawal dan ia dinamakan marah yang baik serta perlu dalam kehidupan. Marah yang terkawal akan dapat :Memelihara maruah diri dan keluarga. Mempertahankan maruah diri dan keluarga perlu dan hukum wajib dilakukan.
  1. Memelihara agama dan hukum allah
  2. Memelihara maruah saudaranya lebih - lebih lagi saudara seagama
  3. Memelihara kesihatan dirinya - marah yg tak terkawal mudah mendapat penyakit jantung dan darah tinggi
  4. Dihormati , disenangi dan disegani
Marah boleh dikawal dengan beberapa cara , antaranya :
  1. Mengingatkan diri bahawa betapa sayangnya allah kepada kita apabila kita tidak marah yang tak terkawal
  2. Memfokuskan fikiran kepada akhirat , takut nanti oleh kerana marah tak terkawal jatuh kepada perbuatan zalim - berdosa
  3. Mengingatkan diri kesan negatif terhadap diri apabila marah yang melampau
  4. Mengingatkan diri betapa buruknya rupa kita apabila kita sedang marah
  5. Mencari punca kemarahan dan cuba merawatnya
  6. Menyalurkan tenaga marah kepada perbuatan lain yang lebih bermunafaat. Contohnya mengambil wuduk 
  7. Meninggalkan tempat atau suasana yang menjadi punca kemarahan
  8. Berbaik sangka dan tidak bersangka buruk terhadap orang lain
  9. Mendiamkan diri , memejamkan mata dan mengosongkan minda
  10. Beri kemaafan kepada orang yang kita marah
CEMERLANG DENGAN CARA BERKOMUNIKASI BERKESAN
Allah yang maha pengasih. Dia mengajar Quran. Dia juga mencipta insan. Dan mengajar mereka tentang ai - bayan ( percakapan ) 
                                                                                                        Ar - Rahman : ayat 3 - 4
Komunikasi penting untuk menyatakan kebenaran. Ia juga penting untuk berinteraksi dengan orang lain , oleh itu komunikasi berkesan penting untuk kecemerlangan. Menyebut sesuatu perkara dengan jelas dan terang supaya tidak berlaku salah tafsir. Bercakap dengan wajah yang senyum yang boleh menjadikan suasana lebih harmoni. Gunakan perkataan yang melambangkan tawaduk - merendah diri dan ingatlah perkataan yang datang dari hati akan masuk ke hati juga akhirnya. Sebaliknya perkataan yang keluar dari mulut hanya akan sampai ke telingga sahaja. Imam Baihaqi ada menyatakan bahawa : nabi berkata - berbahagialah mereka yang menahan percakapan yang lebih dari lidahnya dan mengeluarkan simpanan yang lebih dari hartanya. Semasa berkomunikasi kita perlu mengambil berat beberapa adab yang perlu kita amalkan. Adab - adab tersebut :
  1. Sentiasa bercakap benar - surah al - Ahzab ayat 70 - wahai orang - orang yang beriman , bertaqwalah kamu kepada allah dan bercakaplah perkara yang benar. Tiga perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu munafik - apabila dia bercakap dia berdusta , apabila dia berjanji dia memungkiri janjinya dan apabila dia diberi kepercayaan , dia mengkhianati kepercayaan itu walaupn dia berpuasa , bersolat dan mendakwa dirinya muslim.
  2. Menjauhi tutur kata yang haram seperti mengumpat , maki hamun , mencela dan menabur fitnah. Surah al - Hujurat ayat 12 - dan janganlah kamu mengumpat antara satu sama lain. Orang mukmin bukalah seorang yang suka mengutuk.
  3. Menjauhi perbantahan dalam perbincangan kerana ia melambangkan keperibadianyang lemah. Abu Darda pernah berkata - cukuplah dosa bagimu bahawa kamu suka berbantah - bantah dengan orang lain.
  4. Berfikir sebelum bercakap. Nabi pernah berkata - dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf besok - hadith diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah
  5. Mengamalkan apa yang dikatakan. Allah berfirman dalam surah as - saff ayat 2 - wahai orang - orang yg beriman , mengapa kamu katakan apa yang kamu tidak kerjakan. Ayat mudahnya adalah kata tak serupa bikin. Bijak berkata - kata tapi tak pernah melakukannya. Pandai berlakun dihadapan orang lain dan menganggap bahawa dia bijak atau interlek.
  6. Berlembut dalam mengeluarkan tutur kata dan bukan menengking , mengherdik dan menyergah. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 159 - Dengan rahmat daripada allah , kamu lemah lembut dengan mereka. Jika kamu bersikap keras lagi berhati kasar sudah pasti mereka menjauhkan diri dari mu.
  7. Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
  8. Menjadikan komunikasi sebagai alat mengajak manusia kepada kebenaran.
CEMERLANG MELALUI PENGURUSAN MASA


Demi masa , Sesungguhnya manusia itu benar - benar barada dalam kerugian kecuali orang - orang yang beriman dan mengejakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapkan kesabaran.

                                                                                                            Surah Al - Asr - ayat 1 - 3
Kecemerlangan memerlukan masa , dalam islam masa itu bukan emas tetapi nyawa dan kehidupan. Manusia yang tidak mahir menguruskan masa sebenarnya seperti mereka tidak menghargai hidup serta nyawanya. Suhuf  Nabi Ibrahim as terdapat beberapa kaedah umum aspek pengurusan masa yang efektif. Dalam suhuf tersebut masa dibahagikan kepada 4 iaitu :
  1. Sesaat untuk bermunajat kepada allah swt
  2. Sesaat untuk muhasabah diri
  3. Sesaat untuk bertafakur tentang penciptaan allah
  4. Sesaat untuk mencari keperluan makan minum
Selain daripada 4 perkara tersebut orang - orang yang berakal waras hendaklah juga menggunakan masa itu untuk perkara - perkara berikut :
  1. Mencari bekalan untuk ke akhirat
  2. Mencari bekalan untuk hidup didunia
  3. Bersuka - suka dalam perkara yang tidak mengharamkan
Orang - orang yang waras hendaklah peka terhadap suasana zamannya , berhati - hati dalam melakukan tindakan serta sentiasa menjaga lidahnya. Dalam surah al - mukminun ayat 3 - Di antara sifat - sifat orang mukmin yang berjaya adalah , mereka berpaling dari melakukan perkara - perkara yang sia -sia. Imam Mujahid menyatakan beliau mendengar sahabat Abdullah bin Abas berkata - Ada 5 perkara yang amat beliau sukai melebihi kessukaannya terhadap kuda yang dihadiahkan kepadanya. Lima perkara itu :
  1. Tidak berkata - kata dalam perkara yang tidak bermanfaat
  2. Tidak bertengkar dengan orang yang penyantun dan orang yang soleh
  3. Tidak berkata - kata tentang seseorang sahabat dengan perkataan yang kita sendiri tidak suka ia diperkatakan terhadap kita
  4. Bergaul dengan kawan - kawan dengan cara kita sendiri suka semasa digauli
  5. Melakukan sesuatu dengan penuh sedar bahawa perbuatan itu akan di balas sama ada baik mahu pun buruk
Kita harus meluangkan sedikit masa untuk berdoa , berzikir , bersembahyang , bertafakur , melakukan muhasabah diri dan menggilap hatinya. Dalam kitab Ilya Ulumuddin , Imam Al - Ghazali berkata - modal bagi sesorang hamba allah ialah waktunya. Masa 24 jam yang allah berikan itu aibarat seperti hadiah yang amat bernilai. Ia diberikan sama rata kepada setiap orang , orang yang berjaya dan cemerlang adalah orang yang dapat mengisi masa 24 jam itu dengan perkara - perkara yang bermunafaat. Masa yang berlalu dan di sia - siakan merupakan kerugian yang amat besar dan tidak boleh diganti. 

Anne McGee Cooper menggariskan 13 tip pengurusan masa yang efektif. antaranya :
  1. Laburkan masa untuk merancang - gagal merancang bermaksud merancang untuk gagal
  2. Tentukan matlamat
  3. Tentukan keutamaan
  4. Buat senarai perkara yang perlu dilakukan setiap hari
  5. Bersikap fleksibel dalam perancangan harian
  6. Tentukan masa produktif kita  - iaitu pusingan biologi dirinya
  7. Lakukan perkara yang betul
  8. Hapuskan kerja - kerja yang mendesak. Kerja yang perlu diberi keutamaan adalah kerja yang penting dan bukan kerja yang mendesak
  9. Ketepikan tugas secara bijak - berikan tumpuan kepada perkara - perkara yang penting dan buang perkara - perkara yang remeh
  10. Jangan jadi sang sempurna - Hanya allah swt jua yang sempurna jadi lakukan dengan sebaik mungin dan jauhi perkara - perkara was - was atau meragukan
  11. Hancurkan sikap suka menangguhkan kerja - kerja yang ditangguhkan atas sebab yang kurang munasabah ibarat telah mengengkari amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya
  12. Belajar untuk berkata tidak - katakan tidak terhadap ajakkan atau jemputan yang tidak penting dengan hormat supaya tidak menyinggung orang lain
  13. Anugerahi diri kita sendiri - apabila kita berjaya melakukan sesuatu kerja dengan baik , maka jangan lupa kita menghadiahkan untuk diri kita. Hadiah mungin bercuti bersama keluarga , makan malam ditempat yang istimewa bersama keluarga .... dan lain - lain


             ....................  inshaallah 3 lagi akan disambung dalam masa terdekat  ..............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan