Selasa, 1 Mei 2012

LAWATAN PENGIKTIRAFAN DARI SK AMPANG - PPD HULU LANGAT



Satu lagi pengiktirafan bagi unit kssr / pbs telah diberikan oleh rombongan 10 orang guru dari SK Ampang , PPD Hulu Langat pada 27hb. Feb 2012 yang lalu yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Pentakbiran sekolah mereka.. Mereka datang meninjau perkembangan bilik kssr / pbs sktbi dan berkongsi pengalaman dalam usaha meningkatkan keberkesanan program kssr / pbs di sekolah mereka. Sebelum diberi taklimat oleh Pn. Jamilah bt. Abd. Rahman , Guru Besar SK Taman Bukit Indah , mereka dibawa melihat bilik kssr / pbs terlebih dahulu untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu dilakukan dan bagaimana kami melaksanakannya. Mereka berpeluang melihat kandungan fail peribadi pelajar , fail showcase guru , contoh evidens yang kami gunakan dan proses pengendalian bilik tersebut.

Taklimat ringkas telah diberikan oleh Pn. Jamilah Abd. Rahman ( Guru Besar ) , Pn. Azira Arif ( JU kssr Negeri Kedah  ) , cik Maryam Adila ( setiausaha pbs ) dan En. Ishak Osman ( GPK Petang ). Puan Guru Besar memberi taklimat umum kssr , Pn. Aziera Arif memberikan penerangan tentang pengendalian kssr / pbs , cik Maryam Adila memberi penerangan tentang fail showcase guru dan GPK Petang memberi penerangan dari aspek pengurusan bilik kssr pbs dan sumber evidens. Sesi soaljawab diadakan untuk proses pertukaran idea dan pengalaman. Sesi soaljawab tertumpu pada aspek :
  1. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang menggunakan standart kurikulum dan standart prestasi.
  2. Penyediaan fail peribadi pelajar dan fail showcase guru.
  3. Penggunaan evidens dalam penilaian dan sumbernya
  4. Pengurusan dan pengendalian bilik kssr / pbs serta sumber kewangannya.
Sktbi amat bertuah kerana diberikan pengiktirafan sebegini yang jarang diperolehi , begitu juga yang diberikan untuk unit PDDa sktbi oleh pihak - pihak luar. Mereka berpuas hati dengan apa yang mereka lihat dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam usaha mengendalikan Program kssr / pbs apabila mereka kembali ke sekolah mereka. Kami semua warga sktbi mengucapkan berbanyak terima kasih dan berharap mereka dapat apa yang mereka hajati dari lawatan ini. Kami doakan semoga mereka berjaya dalam usaha menguruskan unit kssr / pbs di sekolah mereka nanti. 

Kami juga mendapat tetamu dari SK Gombak 1 pada petengahan bulan Sept yang lalu dan mereka diberikan penerangan oleh puan guru besar dan dibawa melihat bilik kssr tahun 1 dan tahun 2. Mereka juga berpeluang melihat Surau Al - Mubarak sktbi yang menjadi Johan Daerah Gombak dan juga diberikan penerangan tentang PDDa sktbi yang menjadi Johan Negeri Selangor dan akan mewakili Negeri Selangor di peringkat kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan