Khamis, 10 Mei 2012

SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID - SSDM


Sistem Salahlaku Disiplin Murid ( SSDM ) adalah kaedah atau cara yang digunakan untuk mengawal dan mengekalkan disiplin pelajar di sekolah. Sistem ini berkonsepkan Merit dan Demerit iaitu denda dan ganjaran. Kita melihat disiplin pelajar berdasarkan sudut positif dan negatif.  Positif bermaksud akhlak mulia yang dipamirkan harus diberikan ganjaran atau pengiktirafan. Negatif pula bermaksud kesalahan yang dilakukan berdasarkan peraturan sekolah yang harus dihukum mengikut peraturan yang sedia ada. SSDM merupakan sistem online dengan Unit Hal Ehwal Murid , Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri khasnya di Negeri Selangor. 

Persoalan mungkin timbul ...... kenapa pelajar mudah melakukan kesalahan disiplin di sekolah ?. Pelbagai jawapan boleh diberikan tetapi adakah pelajar sedar dan faham bahawa sekolah mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi atau mereka lupa bahawa kesalahan yang mereka lakukan itu tidak mendatangkan kesan kepada diri mereka. Bagaimanakah sistem ini berfungsi ?.
  1. Sistem ini berlandaskan program yang dibangunkan secara talian terus kepada pihak - pihak yang berkepentingan.
  2. Pelajar diberikan taklimat tentang sistem ini supaya mereka faham akibat terhadap perbuatan salah yang mereka lakukan di sekolah dan memiliki Buku Peraturan Sekolah. Buku peraturan ini harus didaftarkan Pejabat Pendidikan Daerah terlebih dahulu sebelum di laksanakan
  3. Mereka  di berikan Kad Penalti setiap orang semasa di tahun 1 dan dibawa bersama naik ke tahun yang lebih tinggi
  4. Guru merekaodkan setiap kesalahan yang mereka lakukan dalam kad yang di sediakan
  5. Setiap minggu guru akan key in data dalam sistem berdasarkan catatan dalam kad penalti
  6. Pelajar di berikan modal 100 mata pada awal setiap tahun dan akan ditolak apabila kesalahan dilakukan
Dalam buku peraturan sekolah ada diterangkan Sistem Penalti dan mata mengikut salahlaku yang dilakukan , iaitu penolakkan dari 100 mata yang diberi. Dalam buku ini dicatatkan kod kesalahan , jenis kesalahan perlakukan , mata penalti dan tindakan disiplin yang perlu dilakukan. Ia terbahagi kepada 8 jenis kesalahan disiplin. Jenis - jenis tersebut adalah :
  1. Kod 8.1 - Tingkah laku Jenayah
  2. Kod 8.2 - Tingkah laku lucah
  3. Kod 8.3 - Tingkah laku kemasan diri
  4. Kod 8.4 - Tingkah laku tidak mementingkan masa
  5. Kod 8.5 - Tingkah laku yang kurang sopan dan biadab
  6. Kod 8.6 - Tingkah laku pemusnah
  7. Kod 8.7 - Tingkah laku tidak jujur
  8. Kod 8.8 - Tingkah laku ponteng sekolah
Kod 8.1 - Tingkah laku Jenayah
Tingkah laku jenayah bermaksud tingkah laku yang berunsur jenayah dan di ketogorikan sebagai SSDM A iaitu kesalah berat yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pelajar sekolah yang berdaftar dengan kementerian. Dalam peraturan ini terdapat 17 jenis kesalahan yang membawa penalti sebanyak 40 mata setiap satu. Jika setiap satu kesalahan yang dilakukan seseorang pelajar boleh di gantung persekolahan selama satu minggu dan jika berulang sebanyak 3 kali , ia boleh di buang sekolah untuk kali pertama. Siapakah yang mempunyai kuasa untuk memutuskan atau menjatuhkan hukuman tersebut ?. Jawapannya ialah Lembaga Tatatertib Sekolah yang di pengerusikan oleh Guru Besar atau Pengetua dan dianggotai oleh sekurang - kurangnya 3 orang penolong kanan dan seorang pencatat minit mesyuarat. Guru Penolong Kanan HEM bertindak sebagai pendakwa dan TIDAK boleh menjadi ahli lembaga. Bagaimana ia dijalankan ?.
  1. Guru Penolong Kanan HEM menyediakan laporan salah laku pelajar untuk di bawa ke mesyuarat lembaga pada tarikh dan masa yang di tetapkan
  2. Pengerusi menentukan tarikh , masa dan tempat mesyuarat di adakan
  3. Pelajar dimaklumkan akan kesalahan yang dilakukan dan memaklumkan untuk hadir ke mesyuarat lembaga yang akan di adakan
  4. Pelajar diberi peluang untuk membela diri dan diberi peluang untuk mengemukan bukti serta saksinya
  5. Lembaga akan memutuskan hukuman yang akan di putuskan serta memaklumkan kepada pelajar akan keputusan di buat
  6. Keputusan hendaklah di minitkan dan di masukkan dalam Fail Lembaga Tatatertib sekolah sebagai rekod dan di key in kan dalam sistem.
Contoh kes - kod 8.1.111 - Berjudi dalam kawasan sekolah. Mata penaltinya 40 dan hukumannya boleh di gantung persekolahan. Sebelum digantung persekolahan pelajar berkenaan harus diberi sesi kaunseling individu terlebih dahulu supaya ia sedar akan kesalahan yang dilakukan serta hukumannya.

Kod 8.2 - Tingkah laku lucah
Ia di ketogorikan sebagai SSDM B iaitu sederhana dan masih mempunyai unsur - unsur jenayah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pelajar. Ia membawa mata penalti sebanyak 40 atau 20 mata dan hukumannya ialah gantung persekolahan dan memanggil ibubapa pelajar hadir ke sekolah berjumpa dengan pengerusi lembaga tatatertib sekolah untuk berbincang. 2 jenis membawa mata penalti 40 dan 4 membawa mata penalti 20. Contoh yang membawa mata penalti 40 :
  1. Bercumbuan dalam kawasan sekolah
  2. Berkhlawat dalam kawasan sekolah
Proses yang sama juga berlaku seperti dalam kod 8.1 dan pelajar harus diberikan khidmat kaunseling individu  terlebih dahulu oleh pihak sekolah.

Kod 8.3 - Tingkah laku kemasan diri
Ia di ketogorikan sebagai SSDM C iaitu kes ringan dan tidak berunsur jenayah. Kes yang kerap dilakukan oleh pelajar sekolah dan membawa mata penalti maksimum 2. Hukuman bagi kesalahan ini ialah diberikan amaran dan harus mengikuti sesi kaunseling kelompok. Contoh kepada kes ini adalah seperti kuku panjang , rambut panjang , tak memakai stokin , seluar yang berfesyen , rambut berfesyen & berinai.

Kod 8.4 - Tingkah laku tidak mementingkan masa
Ia masih di ketogorikan sebagai SSDM C iaitu kes ringan dan tidak berunsur jenayah. Kes yang kerap dilakukan oleh pelajar di sekolah. Ia membawa mata penalti maksimum 2 dan hukuman diberi amaran serta mengikuti proses kaunseling kelompok. Contoh kepada kes ini adalah seperti lewat ke perhimpunan rasmi sekolah tanpa alasan munasabah , datang lewat ke sekolah , tidur dalam kelas semasa guru mengajar , berkeliaran dalam kawasan sekolah tanpa tujuan dan lain - lain. Di bawah peratauarn ini terdapat 2 jenis yang dianggap berat iaitu :
  1. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran - 10 mata penalti ( hubungi ibubapa )
  2. Masuk dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran - 10 mata penalti ( diminta keluar )
Kod 8.5 - Tingkah laku yang kurang sopan / biadap
Ia di ketogorikan dibawah SSDM B yang ada kaitan dengan unsur jenayah tetapi kes ringan. Ia membawa mata penalti 5 hingga 15 mata setiap kesalahan. Hukuman yang ditetapkan ialah amaran , rampas barang yg dibawa , panggil ibubapa dan proses kaunseling kelompok. Contoh kes ini :
  1. Menyimpan rokok dan pemetik api
  2. Tidak mengormati arahan guru
  3. Berbahasa kasar / kurang sopan dengan guru
  4. Berbahasa kasar sesama murid
Kod 8.6 - Tingkah laku pemusnah ( venderlism )
Di ketogorikan dibawah SSDM B yang ada unsur jenayah ringan. Ia membawa mata penalti minimum 2 dan maksimum 10 mata. Hukuman amaran dan denda serta mengikuti proses kaunseling. Antara kes di bawah ketogori ini :
  1. Merosakkan harta benda sekolah
  2. Merosakkan harta benda Guru Besar / Penolong Kanan / guru - guru
  3. Merosakkan harta benda kantin sekolah
  4. Merosakkan harta benda pelajar lain
  5. Menyalah gunakan peralatan sekolah
  6. Mengotorkan kawasan / bangunan sekolah
Kod 8.7 - Tingkah laku tidak jujur
Ia di ketogorikan di bawah SSDM C iaitu kes - kes ringan dan tidak berunsur jenayah. Ia membawa mata penalti maksimum 15 mata. Hukumannya ialah hubungi ibubapa berbincang dan mengikuti proses kaunseling. Antara kes dibawah ketogori ini :
  1. Menipu melibatkan wang
  2. Menipu yang melibatkan kepercayaan
  3. Menipu semasa peperiksaan
  4. Memalsukan keterangan rekod rasmi spt memadamkan markah dalam buku laporan
Kod 8.8 - Ponteng sekolah
Ia diketogorikan di bawah SSDM B iaitu kes berat tapi tidak ada unsur jenayah. Ia membawa mata penalti minimum 2 dan maksimum 10 bagi sekolah tidak berasrama. Hukuman amaran dan proses kaunseling. Contoh kes seperti :
  1. Ponteng kelas
  2. Ponteng perhimpunan
  3. Ponteng aktiviti luar bilik darjah - kokurikulum
  4. Ponteng ujian / peperiksaan tanpa alasan munasabah atau tanpa kebenaran pihak sekolah
  5. Ponteng program sekolah - kelas tambahan , kem motivasi , perkemahan 
Untuk menjamin program ini lancar dan menghasilkan kesan yang positif , perkara yang perlu diberikan penekanan :
  1. Menyebarkan maklumat kepada ibubapa pelajar supaya mereka faham akan sistem yang dijalankan oleh pihak sekolah dan dapat mengelakkan kontroversi
  2. Unit Hal Ehwal Murid , Unit Disiplin ( pengawas ) dan Unit Bimbingan dan kaunseling harus memainkan peranan yang positif dari aspek implimentasi
  3. Data - data yang terkumpul di umumkan kepada pelajar setiap minggu supaya mereka sedar akan situasi semasa tahap disiplin mereka.
  4. Maklumat juga di pamirkan pada papan kenyataan untuk tatapan umum - elakkan dari mencatatkan nama pelajar yang terlibat. Data yang perlu di umumkan  spt  bilangan kes mengikut pecahan , analisa peningkatan atau penurunan dan punca- punca peningkatan.
  5. Jika boleh data - data tersebut mengikut aras atau tahun. Contohnya tahun 1 , 2 , 3 ...... 

 
CONTOH KAD PENALTI PELAJAR
Bahagian hadapan menggandungi maklumat peribadi pelajar dan juga maklumat peribadi ibubapa pelajar. Kad ini dokumen SULIT oleh itu ia harus diurus dan disimpan ditempat yang selamat. Kerahsiaan penting dan rekod ini dikendalikan oleh guru disiplin , guru kelas dan guru mata pelajaran. Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mengambil kad ini. Kad ini bersama dengan laporan siasatan guru disiplin berkaitan tentang sesuatu kes serta laporan dari kaunselor perlu di bawa ke Lembaga Tataterib apabila kes pelajar dibincangkan ( DIBICARAKAN )
Fail berkulit keras digunakan untuk menyimpan kad panelti pelajar mengikut kelas masing - masing. Ia ditempatkan dalam rak khas dan boleh ditempatkan dalam bilik guru untuk memudahkan guru mengambil dan membawa ke kelas pada bila - bila masa yang diperlukan. Fail ini harus dikembalikan semula ke tempat asal;nya apabila tamat waktu mengajar. Guru yang ditugaskan memasukkan data ke dalam pengkalan data SSDM menggunakan fail ini sebagai dokumen sokongan. Untuk memudahkan membuat rumusan adalah dicadangkan menggunakan 3 buah buku khas iaitu :
  1. SSDM A
  2. SSDM B
  3. SSDM C
Bilangan kes dan jumlah kes boleh didapati dengan mudah melalui buku ini dan analisa boleh dibuat untuk mendapatkan kesimpulan sama ada jumlah kes meningkat atau menurun serta jenisnya. Unit disiplin dan unit bimbingan & kaunseling boleh merangka program kaunseling kelompok sebagai tindakkan susulan. Faktor yg perlu dipertimbangkan semasa proses dilaksanakan adalah :
  1. Telus dalam proses implimentasi
  2. Bertindak adil dan saksama
  3. Hukuman berbentuk pengajaran
  4. Setiap kesalahan harus dibuktikan dan diberi peluang membela diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan