Khamis, 31 Mei 2012

PENGURUSAN EVIDENS PELAJAR - SAPBS




   PENDAHULUAN.

Peranan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah ( PS ) boleh diringkaskan kepada 6 peringkat iaitu :
  1. Permulaan - Guru memilih Standard Kurikulum yang hendak diajar pada hari tersebut - Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ).
  2. Peringkat Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran - Guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) dan menyediakan kaedah pentaksiran yang hendak digunakan.
  3. Peringkat Perlaksanaan - Guru melaksanakan RPH yang telah disediakan. Di akhir pengajaran atau sesuatu topik , guru menjalankan pentaksiran berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan.
  4. Peringkat Penilaian - Guru menilai prestasi pelajar berdasarkan instrumen pentaksiran yang telah disediakan. Merekod dan melaporkan prestasi pelajar dalam Pengkalan Data Pengoperasian PBS - LPM.
  5. Peringkat Pemulihan - Pelajar yang TIDAK melepasi tahap penguasaan yang ditetapkan ( sekurang - kurangnya Band 3 ) harus melalui proses pemulihan sehingga melepasi tahap penguasaan yang ditetapkan. Band 3 - Tahu , Faham dan boleh buat berdasarkan topik tertentu. 
  6. Peringkat penerusan - Guru boleh memilih standard kurikulum yang baru untuk pelajar yang telah melepasi syarat / tahap penguasaan iaitu Band 3 , 4 , 5 dan 6. 
  7.  
    EVIDENS DAN PENYATAAN STANDARD PRESTASI  Evidens  merupakan dokumen pentaksiran yang dibina untuk membuktikan apa yang pelajar tahu , faham dan boleh buat terhadap sesuatu topik yang diajar oleh guru. Penyataan Standard Prestasi merupakan penyataan tentang prestasi pencapaian pelajar. Penyataan Standard Prestasi bagi setiap mata pelajaran TIDAK sama dari aspek jenerik penyataan. Contohnya Band 3 untuk :
    1. Bahasa Melayu ( sk ) - Memberi respon terhadap sesuatu perkara yang didengar atau ditulis.  membaca bahan bacaan secara makanis. 
    2. Matematik ( sk ) - Tahu dan faham pengetahuan asas matematik dan boleh melakukan operasi asas matematik , penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan.
    3. Bahasa Arab ( sk ) - memberi respon terhadap sesuatu perkara yang didengar dan ditulis. Membaca dan membezakan sebutan. Rujuk kepada Dokumen Penyataan Standard bagi setiap mata pelajaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
    PENGURUSAN EVIDENS  
     Evidens yang dibina dan dirangka harus sama dengan Penyataan Standard Prestasi. Untuk    membina   evidens guru harus faham dan memiliki dokumen - dokumen berikut :
         1.  Standard Kurikulum - Sylebus atau sukatan pelajaran
         2.  Standard Prestasi - penyataan standard pencapaian pelajar
         3.  Buku teks atau buku kerja pelajar
         4.  Contoh RPT dan RPH

         Pengurusan evidens harus melalui 3 proses penting sebagai asas iaitu :
         1. Sebelum proses pengajaran
         2. Semasa proses pengajaran
         3. Di akhir proses pengajaran
         
   
Sebelum proses pengajaran - Peranan Panitia mata pelajaran ( Perinkat Perancangan ) Ketua Panitia mata pelajaran harus memainkan peranan penting selari dengan JK PBS Peringkat Sekolah.   Antara tugas penting yang perlu dilaksanakan :

         1. Memastikan latihan dalaman telah dilakukan pada awal tahun dengan menggunakan
             khidmat guru  yang telah menghadiri kursus KSSR - PBS sekolah masing - masing. Jadual
             Pengendalian kursus dalaman mesti disediakan untuk tujuan pemantauan.
        2. Memastikan semua guru dibawah seliaannya memiliki dokumen Standard Kurikulum ,
            Standard  Prestasi dan Fail Showcase guru.
        3. Menetapkan kaedah pentaksiran bagi subjeknya dan membina evidens untuk unitnya.
            Evidens yang  dibina harus bermula dari Band 1 hingga Band 6 bagi setiap topik.
        4. Menetapkan tahap minima kelulusan penguasaan pelajar - contohnya harus melepasi
            tahap Band  3 untuk meneruskan ke topik yang lain.

Peranan guru mata pelajaran juga harus selari dengan apa yang telah diputuskan oleh JK Panitia Mata  Pelajaran pada awal tahun sebagai panduan yang perlu di ikuti. Ia juga harus selari dengan apa yang  telah diputuskan oleh JK PBS Peringkat Sekolah supaya tidak wujud kecelaruan. Antara tugas guru mata pelajaran adalah :

      1. Memiliki Standard Kurikulum yang hendak digunakan untuk menyediakan
           Rancangan Pelajaran  Harian ( RPH ).
      2. Memiliki Standard Prestasi untuk digunakan semasa menyediakan evidens dan membuat 
          penilaian  prestasi pelajar.
      3. Menyediakan RPH dan Evidens yang hendak dilaksanakan pada hari tersebut. RPH harus
          berpandukan Standard Kurikulum subjek masing - masing. RPH juga harus selari dengan
          kandungan dalam buku teks pelajar serta buku kerja jika ada.
      4. Menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian untuk hari tersebut.
      5. Menetapkan teknik pengajaran yang hendak digunakan supaya pengajaran menarik dan
         pelajar  seronok mengikuti proses pengajaran. Teknik didik hibur merupakan teknik yang
         paling menyeronokan dan menggunakan alat bantuan pengajaran terkini iaitu LCD serta
         komputer.
 
    Semasa proses pengajaran dan pembelajaran ( Peringkat Perlaksanaan ) 

Peringkat perlaksanaan adalah peringkat yang paling penting kerana ia merupakan keadaan sebenar yang berlaku dalam kelas. Ia juga merupakan hasil kepada peringkat perancangan yang dilakukan berdasarkan kepada keadaan persekitaran kelas , kualiti pelajar dan kemudahan  yang ada dalam kelas  Kejayaan proses pengajaran bergantung kepada kemahiran guru , pengalaman serta keyakinan  diri yang dimiliki. Rancangan pelajaran dapat disediakan dengan baik tapi gagal dari aspek perlaksanaan.
Kegagalan mungkin berpunca dari faktor - faktor berikut :

        1. Kegagalan guru mengawal persekitaran kelas - gagal mengawal disiplin pelajar
        2. Rancangan pelajaran mungkin tidak sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar kelas itu
        3. Teknik pengajaran membosankan dan tidak dapat menarik minat pelajar
        4. Sikap guru yang terlalu autokratik menyebabkan kelas sunyi sepi - tak wujud keseronokan
        5. Persekitaran kelas yang tidak kondusif


Guru melaksanakan RPH yang telah dirancang dan berusaha merealisasikan RPH itu menjadi menarik dan dapat memudahkan pelajar memahami topik yang diajar. Situasi kelas harus memiliki ritma yang pelbagai seperti wujudnya respon dua hala yang harmoni , ada bunyi gelak ketawa , ada bunyi tepokkan pelajar , ada bunyi bacaan serentak , suara pelajar diselangi dengan suara guru dan ritma lain yang bersesuaian. Di akhir pengajaran , guru boleh menilai pengajaran dengan menggunakan evidens yang telah disedikan untuk tajuk atau topik tersebut. Jika semua pelajar mencapai tahap Band 3 atau lebih tinggi , ia mengambarkan guru telah berjaya melaksanakan RPHnya dengan baik. Pelajar berjaya memahami dan boleh membuat tugasan yang diberi berkaitan dengan topik yang diajar oleh  guru pada hari tersebut. Tugasan diperingkat ini boleh diringkaskan :

         1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan RPH yang telah disediakan
         2. Melakukan pentaksiran berdasarkan evidens yang telah ditetapkan kaedahnya
         3. Melengkapkan catatan dalam buku ringkasan mengajar iaitu bahagian
             penilaian pengajaran dan refleksi pengajaran untuk hari tersebut


   Di akhir pengajaran ( Peringkat penilaian )  
Peringkat ini merupakan peringkat pentaksiran atau peringkat penilaian Pentaksiran boleh jadi dengan   menggunakan kaedah atau  cara meneliti respon pelajar semasa pengajaranlembaran kerja , buku kerja ,hasil kerja pelajar dan  keupayaan pelajar melakukan sesuatu aktiviti. Evidens peringkat pentaksiran merupakan bahan bukti akan keupayaan atau standard prestasi pelajar terhadap sesuatu topik.



Ia juga  menjadi bahan bukti jika ada di antara ibubapa pelajar yang sangsi ( tidak percaya ) dengan keupayaan anak - anak mereka. Evidens akan menjadi bukti kemasukkan data kedalam SPPBS Lembaga  Peperiksaan. Pada peringkat ini tugas guru tertumpu kepada :

       1. Menanda atau menyemak evidens yang digunakan sebagai kaedah pentaksiran
       2. Memasukkan data ke dalam Pengkalan Data SPBS - Lembaga Peperiksaan
       3. Mengasingkan tahap pelajar yang mendapat Band 1 dan 2 untuk tujuan pemulihan
       4. Membuat penilaian tehadap RPH yang telah dilakukan sama ada berjaya atau
           gagal dibawah tajuk   Refeksi dan mencatatkan tahap pencapain pelajar untuk topik tersebut.
       5. Memasukkan evidens dalam Fail Peribadi pelajar
       6. Membuat catatan dalam graf perkembangan pelajar


Graf atau carta perkembangan pelajar merupakan titik - titik perkembangan prestasi pelajar mengikuttopik    - topik  yang telah ditetapkan. Ia merupakan graf individu dan terdapat dalam fail peribadi pelajar dan satu    salinan dalam fail showcase guru untuk tujuan rujukkan jika diperlukan oleh pihak - pihak luar  yang berkepentingan

   Di peringkat pemulihan - sebelum peringkat penerusan.
Pelajar yang TIDAK melepasi tahap penguasaan prestasi yang ditetapkan harus melalui proses pemulihan terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan ke topik yang baru. Pelajar yang mendapat band 1 dan 2 adalah kumpulan yang tahu dan faham tapi TIDAK boleh membuat tugasan yang diberi. Mereka diberikanulangan tajuk yang sama dan penilaian yang sama seperti peringkat awal pengajaran. Evidens yang sama juga digunakan. Pelajar harus melepasi band 3 untuk meneruskan pembelajaran ke topik baru. Ulangan perlu dilakukan sehingga pelajar mendapat band 3 dalam sesi penilaian. Pengurusan kelas amat penting pada peringkat ini kerana terdapat 2 kumpulan pelajar yang berbeza tahap penguasaan dalam kelas yang sama. Ada yang melepasi tahap penguasaan yang di tetapkan dan ada yang gagal yang perlu diberi pemulihan. Topik pengajaran pada peringkat ini juga berbeza iaitu topik baru dan topik ulangan. Guru perlu  melakukan :

          1. Pengasingan pelajar -  satu kumpulan yg melepasi tahap dan satu lagi yg gagal dlm kelas 
              yg sama
          2. Kelas boleh dipecahkan kepada 2 kumpulan yg berasingan
          3. Menjalankan sesi pengajaran kepada kumpulan yg melepasi tahap penguasaan - topik 
              baru
         4. Melakukan pemulihan kepada pelajar yang gagal - topik lama yang diulang

Keperluan 2 orang guru untuk satu kelas adalah keperluan yang ideal. Pada peringkat ini keperluan tenaga pembantu guru amat diperlukan. Pembantu guru boleh ditugaskan untuk memasukkan data dalam Pengkalan Data PBS dan membantu menguruskan pemulihan pelajar yang gagal. Guru Pemulihan TIDAK boleh digunakan kerana mereka terlibat dalam Program Linus - NKRA tahap 1. Pelajar tahun 3 harus berstatus  Arus Perdana sebagai syarat naik ke tahun 4 , dengan lain perkataan pada tahap 2 TIDAK ada pelajar  yang tidak boleh menguasai 2M.

   Peringkat Penerusan - peringkat topik baru

Guru boleh meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar yang melepasi band 3 ke atasuntuk belajar topik baru. Situasi ini berlaku pada waktu atau masa yang berikutnya atau hari berikutnya.  Guru akan mengulangi proses 1 hingga 5 , dengan RPH yang baru dan topik baru.

PELAPORAN PENCAPAIAN PRESTASI PELAJAR


Pelaporan boleh dibuat dalam 2 keadaan iaitu secara online atau secara manuel. Jika sistem online berfungsi sepenuhnya guru boleh memasukkan data dalam pengkalan data yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Memandangkan ia merupakan program baru yang dibangunkan , tentu ia akan menghadapi pelbagai rintangan oleh itu pihak sekolah boleh menyimpan data secara manuel. Pada pertengahan tahun tentu ibubapa ingin melihat prestasi anak - anak mereka maka disini kita akan menghadapi masalah :
  1. Kemasukan data ke pengkalan data tidak boleh dilakukan kerana sedang dikemaskini oleh pihak yang bertanggungjawab ( LPM )
  2. Data tidak boleh diproses dan tidak boleh dicetak
  3. Bagaimana cara pihak sekolah hendak menyediakan pelaporan tersebut ?.
  4. Bagaimanakah evidens yang terkumpul dalam fail peribadi pelajar hendak diproses dan mendapatkan keputusan prestasi pelajar untuk pertengahan tahun  ( Jan hingga Jun )
Kaedah penilaian dalaman boleh dilakukan sebagai alternatif oleh pihak sekolah seperti mana peperiksaan biasa tetapi ia berbeza sedikit dari aspek pengendalian iaitu :
  1. Soalan yang disediakan diambil dari evidens secara rawak untuk setengah tahun dari Dokumen Standart Pembelajaran.
  2. Ia merangkumi semua band penilaian ia itu band 1 hingga band 6. Band 1 mungkin mengandungi 5 soalan , begitu juga dengan band 2 , 3 , 4 , 5 dan 6. Jadi keseluruhan soalan berjumlah 30.
  3. Tidak ada sebaran luaran berkaitan dengan penilaian tersebut , dengan lain perkataan TIDAK ada siaran kepada ibubapa atau pelajar secara bertulis.
  4. Tidak ada masa yang ditetapkan bagi setiap subjek dan pengendalian dijalankan dalam masa 2 minggu. Guru mata pelajaran akan mengendalikan penilaian tersebut pada masa / waktu pengajaran mereka berdasarkan Jadual Waktu Peribadi Guru.
  5. Tidak ada pengawas peperiksaan disediakan - proses berjalan seperti pengajaran biasa dalam kelas dan guru dibenarkan membantu dan membimbing pelajar menjawab soalan yang disediakan dalam evidens tertentu.
Ia merupakan cadangan dan pandangan sebagai penyelesaian sementara sehingga pengkalan data LPM berfungsi sepenuhnya dan memenuhi keperluan iaitu mudah memasukan data dalam pengkalan data , mudah dicapai oleh guru pada bila - bila masa , data yg terkumpul boleh dikeluarkan analisanya 2 kali setahun dan boleh dicetak dan pihak ibubapa boleh mengekses pengkalan data tersebut dengan mudah.

Ada juga sekolah yang menjalankan peperiksaan dalaman seperti biasa pada pertengahan tahun dan akhir tahun untuk menilai prestasi semasa pelajar. Peperiksaan yang dijalankan hanya tertumpu kepada subjek teras ia itu :
  1. Bahasa Melayu ( sk )
  2. Bahasa Inggeris ( sk )
  3. Matematik ( sk )
  4. Dunia sains dan teknologi ( sk )
  5. Pend. Islam ( sk ) / Pend. Moral ( sk )
Ini bersamaan dengan UPSR pada tahun 2016 nanti  dimana pelajar akan dinalai berasaskan subjek teras utama dan 40% pemarkahan akan diambil kira manakala 60% lagi dari Potal SPPBS Lembaga Peperiksaan. Kaedah ini amat baik kerana ia merupakan persediaan awal pelajar ke arah UPSR - Transfomasi. Apa pun altenatif yang di ambil ia harus diputuskan oleh Ajk PBS Peringkat Sekolah pada awal tahun. Hanya Ajk PBS peringkat sekolah sahaja yang mempunyai kuasa kata putus oleh itu mesyuarat pertama Ajk PBS peringkat sekolah amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju yang perlu diikuti pada tahun berkenaan. Jadi perkara penting yang harus diputuskan ialah :
  1. Peperiksaan dalaman - pertengahan & akhir tahun : perlu / tidak diadakan
  2. Standart prestasi yang harus di lepasi oleh pelajar
  3. Adakah akan berlaku pertukaran kelas pada tahun berikutnya
  4. Pelajar yang tidak melepasi tahap - siapakah yang mengendalikan

                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan