Selasa, 1 Mei 2012

KEM BESTARI SOLAT & KELAS TASMIK - JQAF




Kem Bestari Solat dan Kelas Tasmik merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Program JQAF yang wajib dikendalikan oleh pihak sekolah. Kem Bestari Solat yang melibatkan pelajar tahap 1 diadakan 2 kali setahun bagi setiap aliran. Program ini dikendalikan oleh Panitia Agama Islam & JQAF. Mereka dibekalkan dengan buku Panduan Solat Bestari yang boleh digunakan untuk 3 tahun , dari tahun 1 hingga tahun 3 secara percuma. Aktiviti yang dijalankan direkodkan dan dihantar ke Unit Agama Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Antara perkara yang di ajar adalah :
  1. Rukun dan syarat solat.
  2. Rukun , niat dan amali wuduk
  3. Niat - niat solat 5 waktu
  4. Surah Al - Fatihah dan ayat lazim dalam solat.
  5. Gerakan dalam solat yang betul
  6. Solat bersendirian dan solat berjemaah.
Program ini bertujuan supaya pelajar menjadi insan yang taat perintah Allah swt dan dapat melakukan solat yang berkualiti seterusnya menunaikan kewajipan setiap hari. Pelajar tahun 3 , kami ada menyediakan jadual solat berjemaah waktu zuhur dan Asar di surau yang dibawa oleh ustaz dan ustazah mengikut giliran masing - masing. Pelajar tahun 1 dan 2 yang ingin menunaikan solat , guru kelas akan mengeluarkan pas untuk pergi solat di surau. Mereka diberi berdua dalam satu - satu waktu. Jika ada guru - guru yang menunaikan solat ketika itu mereka boleh berjemaah dengan guru yang ada. Setakat ini alhamdulillah ... ada kesan yang positif.

Selain daripada solat berjemaah , pelajar juga dibawa Solat Jumaat di Masjid Bukit Indah yang berhampiran dengan sekolah. Syukur kepada allah yang memberikan kemudahan ini. Program ini secara sukarela dan bukan paksaan. Mereka diawasi oleh guru lelaki yang juga menunaikan solat jumaat di masjid yang sama. Alhamdulillah .... ada juga masyarakat Bukit Indah yang turut membantu. Mereka bergerak berjalan kaki ke masjid beramai - ramai setiap minggu kecuali waktu cuti sekolah.

Kelas Tasmek pula dijalan diluar jadual waktu yang khusus membantu mengaji dan Bahasa Arab. Mereka menggunakan Buku Rasam Uthmani yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Alhamdulillah , program ini telah masuk ke tahun 6 tahun ini. Pada akhir tahun ini pelajar tahun 6 akan mengadakan Program Khatam Al - Quran perdana di Dewan Budiman. Kelas Tasmek dijalankan pada jam 12.30 hingga 1.00 tengahari untuk pelajar sesi petang yang dikendalikan oleh guru JQAF. Jadual giliran disediakan :
Isnin     -  tahun 1
Selasa  -  tahun 2
Khamis - tahun 3

Sambutan untuk program ini amat baik dan pelajar yang terlibat ramai yang hadir pada hari - hari yang ditetapkan. Syukur kepada allah dan terima kasih kepada semua ibubapa yang perihatin. Untuk melengkapkan rohani anak - anak ini mereka berzikir dan berdoa di Dewan Budiman setiap hari sebelum naik ke kelas pada jam 1.20 petang. Sebagai penutup hari , pelajar bersalaman dengan guru - guru sebelum mereka balik ke rumah masing - masing. Ia dilakukan setiap hari supaya jiwa anak - anak ini bersih.


Semua program ini telah berjalan selama 6 tahun , hasilnya tahun demi tahun sktbi mencipta nama dan kegemilangan sama ada peringkat daerah atau negeri. Antara kegemilangan yang dicipta oleh sktbi adalah :
  1. Naib Johan Sekolah Harapan Negeri Selangor pada tahun 2007
  2. Nombor 1 peratusan tertinggi UPSR Daerah Gombak pada tahun 2011
  3. Kedudukan 3 terbaik dalam Daerah Gombak dan ke 23 Negeri Selangor
  4. Johan PPDa Negeri Selangor pada tahun 2012
  5. Tempat ke 3 Landskap MPAJ tahun 2012
  6. Calun sekolah KLUSTER pada tahun 2011
Kami semua warga sktbi amat - amat berterima kasih kepada semua ibubapa / penjaga sktbi , PIBG , PPD Gombak , Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang banyak membantu untuk mencapai kegemilangan ..... Terima kasih dari kami semua .................


Tiada ulasan:

Catat Ulasan